IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 04 JULAI 2007)

BILANGAN IKLAN: 24/06/07 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

1 – 6

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

 

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

 

3.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4  ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

4.

 

PENGAWAS KECIL

JABATAN-JABATAN KERJAAN

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

 

GH5.

 

PEGAWAI EKONOMI

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

GH6.

 

AHLI KAJI SERANGGA TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3  ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PEGAWAI PERBEKALAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Pembelian dan Perbekalan/Pengajian Perniagaan/ Pentadbiran/ Pengurusan Perakaunan/Perakaunan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat Khas dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.

 

  1. Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

  1. Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

  1. Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

  1. Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

  1. Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5  ($1,990 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains / Sains Makmal dan Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat di Jabatan Pertanian sebagai Juruteknik Makmal Kanan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam pengurusan makmal sains / veterinar adalah kelebihan.

 

c)   Berkemahiran dalam pengendalian dan pemeliharaan peralatan-peralatan makmal serta teknik-teknik pemeriksaan / penganalisaan makmal adalah kelebihan.

 

d)   Berkebolehan mengendalikan peralatan / peralatan berkomputer dan mempunyai pengetahuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JURUTEKNIK MAKMAL:

 

  1. Bertanggungjawab dalam penyelenggaran dan pengurusan perkhidmatan makmal veterinar.

 

  1. Mengawas dan menyediakan perancangan organisasi kerja bagi staf makmal.

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran makmal termasuk kawalan stok barang makmal, permohonan, pembelian dan penerimaan perbekalan.

 

  1. Melaksankan kerja-kerja pemeriksaan dan penganalisaan serta menentukan teknik-teknik pemeriksaan dan penganalisaan yang bersesuaian.

 

  1. Menyediakan laporan hasil keputusan pemeriksaan/penganalisaan makmal termasuk laporan bulanan, suku dan tahunan.

 

  1. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal dan mempastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi.

 

  1. Melatih staf makmal dalam bidang teknologi makmal yang bersesuaian.

 

  1. Melaksanakan kerja-kerja dalam memajukan sesuatu metod atau teknik penganalisaan.

 

  1. Menerima dan melaksanakan tugas atau lain-lain arahan yang diberikan dari masa kesemasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

3.

PENGAWAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4  ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang pengawasan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun .

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Kecil atau jawatan bersesuaian dalam bidang pengawasan dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 8 tahun .

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Secara am:

 

                                      I.      Mengawas / memata-matai tugasan kerja

 

                                    II.      Menyelia pekerja di bawah pengawasannya

 

                                  III.      Membuat tugas-tugas lain yang diarahkan.

 

Secara Khusus:

 

                                      I.      Mengawasi bangunan, kawasan dan asset Kerajaan tempat bertugas dari aspek keselamatan, kebersihan, pemeliharaan dan kemudahan.

 

                                    II.      Mengatur tugasan kerja pekereja di bawah pengawasannya.

 

                                  III.      Melaporkan dari masa ke semasa mengenai (i)

 

                                 IV.      Menyediakan jadual kerja pemeliharaan bangunan, kawasan dan aset Kerajaan tempat bertugas.

 

 

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

 

PENGAWAS KECIL

JABATAN-JABATAN KERJAAN

E.1-2-3 EB.4  ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)    Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB).

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)                              Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Mandur tidak kurang dari 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Mengawasi jalan-jalan kecil di luar Bandar ( kampung Pendalaman ) dan mengawal pekerja-pekerja buruh serta lain-lain tugas berkaitan.

 

<< Atas

 

 

 

GH5.

PEGAWAI EKONOMI

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)      Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek / Pentadbiran atau Pengurusan Perniagaan / Sains Kemasyarakat atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi / Dasar / Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Menjalankan penyelidikan dengan matlamat untuk memajukan dan mencadangkan strategi perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang optima.

 

  1. Membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan persediaan, penyelarasan, dan perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) dan pengubahan dasar-dasar ekonomi Negara.

 

  1. Mengikuti perkembangan RKN selaras dengan matlamat dan sasaran jangka pendek dan jangka panjang serta menyediakan laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.

 

  1. Membuat penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan perancangan dan kemajuan ekonomi.

 

 

<< Atas

 

 

 

GH6.

AHLI KAJI SERANGGA TUMBUHAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3  ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaji Serangga Tumbuhan (Applied Biology) / Pengurusan Musuh Tumbuh-Tumbuhan / Pengawalan Tanaman / Sains Biologi (Biological Science) atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

            Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         Mempunyai pengalaman dalam bidang kaji serangga tumbuhan, khidmat nasihat dan pengawalan musuh adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI KAJI SERANGGA TUMBUHAN:

 

  1. Mengendalikan kerja-kerja diagnostik, pencemen dan memberi khidmat nasihat mengenai kawalan musuh tanaman yang disebabkan oleh serangga dan perosak vertebrata.

 

  1. Merancang dan mengendalikan penyelidikan, pengumpulan maklumat dan syor kawalan mengenai musuh perosak tanaman yang disebabkan oleh serangga dan perosak vertebrata.

 

  1. Menyediakan kertas kerja cadangan projek mengenai kawalan musuh perosak tanaman dan bertanggungjawab dalam mengendalikan projek yang dicadangkan.

 

  1. Merancang dan meningkatkan kerja-kerja pencemen dan koleksi serangga perosak tanaman.

 

  1. Menyediakan lapuran dan risalah-risalah berhubung d