IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 30 OGOS 2006)

BILANGAN IKLAN:  32/08/06 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1

PEGAWAI PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

B.2 EB.3 ($2,270-$4,240 SEBULAN)

PT1. - PT5.

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

 

PT2

PENYELENGGARA STOR TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

PT3

PENYELENGGARA STOR TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

PT4

ATENDAN PERPUSTAKAAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN )

 

PT5

PENCARUK

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.1-2-3-4 EB.5 ($445-$700 SEBULAN)

 

   LK6

PENGUASA RUMAH KEBAJIKAN

DI JABATAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK6. – LK9.

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

LK7

PEGAWAI PENCEN–PENCEN TINGKAT I

JABATAN PEMBANGUNAN MASYRAKAT

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN) 

 

LK8

PENGAWAS KELENGKAPAN KEBUDAYAAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN

BELIA DAN SUKAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

LK9

KETUA ATENDAN DEWAN

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

D.3 EB.4  ( $900 - $1,465 SEBULAN )

 

LK10

PENOLONG PEGAWAI PERCUKAIAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib

 

 

PT1.

 

PEGAWAI PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Perikanan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

b)     i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perikanan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)      Mempunyai pengalaman dalam salah satu bidang-bidang di bawah merupakan kelebihan:-

 

i)  Pengajian penilaian dan pengurusan stok Perikanan laut serta menganalisa data penangkapan ikan dasar/paras laut dan udang

 

ii)   Pengurusan projek-projek Perikanan

 

iii)  Pemasaran

 

iv)  Ekonomi Perikanan

 

v)   Akuakultur/penghasilan benih

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1. Bertanggungjawab ke atas perlaksanaan kemajuan dan perkembangan industri penangkapan ikan dan akuakultur di negara ini untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

 

2.  Memastikan penghasilan benih-benih udang dan ikan yang ‘consistent’ dan berkualiti.

 

3. Memastikan akta-akta perikanan dan peraturan-peraturan perikanan dipatuhi oleh semua pihak yang berkecimpung di dalam Industri Perikanan.

 

4. Bertanggungjawab ke atas program-program perkembangan dan kemajuan perusahaan, pemerosesan termasuk promosi dan pemasaran hasil.

 

5.   Menyelaras komitment Jabatan dalam fora serantau dan antarbangsa seperti SEAFDEC, APEC dan lain-lain.

 

6.   Menyelaras perkembangan sumber tenaga manusia melalui kursus-kursus latihan dan sebagainya.

 

 

 

 

 

<< Atas

 

 

PT2.

                               PENYELENGGARA STOR TINGKAT I

                             JABATAN-JABATAN KERAJAAN

                               D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

 KELAYAKAN MINIMUM:        

 

a)     i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pembelian dan Perbekalan / Pengajian Perniagaan / Pentadbiran / Pengurusan Perakaunan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat II tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Pegawai Waran II atau Anggota Polis Diraja Brunei berpangkat sekurang-kurangnya Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

 

b)  Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.

 

2.      Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

3.      Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

4.      Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

5.      Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

6.      Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 PT3.

 

PENYELENGGARA STOR TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Lulus dengan Kepujian sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Lanjutan atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelenggara Stor Tingkat III tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Pernah berkhidmat sebagai anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei atau Anggota Polis Diraja Brunei dan berpangkat sekurang-kurangnya Staff Sarjan serta mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penyelenggara stor dan mempunyai rekod prestasi yang bersih dalam kerjayanya.

 

b)  Mempunyai pengalaman dan kebolehan dalam bidang Ilmu Simpan Kira dan/atau Perakaunan dan/atau dalam pengurusan stor/kakitangan dan/atau pembelian alat-alat merupakan kelebihan.

 

c)    Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelaras hal ehwal penerimaan, penyimpanan, pengeluaran dan pemeliharaan barang-barang dengan sempurna.

 

2.      Menyediakan dan memastikan semua rekod/akaun/ledger/buku stok sentiasa kemaskini/teratur mengikut dasar/peraturan/sistem yang berkuatkuasa masakini.

 

3.      Menyelia/mengurus perancangan pembelian barang-barang mengikut permohonan/paras stok diperlukan.

 

4.      Menyediakan pesanan permohonan barang atau bagi penambahan stok.

 

5.      Melaksanakan pemeriksaan stok dan memastikan stok mencukupi dan terkawal.

 

6.      Menyediakan laporan/penyata hal ehwal kawalan stok, pemeriksaan stok, pelupusan/hapus kira terhadap barang-barang stor.

 

 

<< Atas

 

 

PT4.

                                    ATENDAN PERPUSTAKAAN

                                    JABATAN-JABATAN KERAJAAN

                                       E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)  Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)   Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Memproses buku-buku baru sampai: melekatkan poket, label tarikh pemulangan, cap pemilikan, membubuh cap nombor siri dan membaiki buku.

 

2.      Bertugas di kaunter: penerimaan ahli, meminjamkan buku, membatalkan peminjaman, membuat dan mengeluarkan peringatan.

 

3.      Menyemak dan menyediakan buku-buku yang rosak untuk dibaiki dan dijilid semula.

 

4.      Bertugas dalam aktiviti/pameran bahagian Perpustakaan.

 

5.      Bertugas di Perpustakaan Bergerak atau Perpustakaan Cawangan.

 

6.      Membersihkan rak buku.

 

7.      Menyusun semula buku-buku yang dikembalikan ke dalam rak.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

PT5.