IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 29 NOVEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  43/11/06 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1

PEGAWAI HAL EHWAL BEKAS

 PERAJURIT KANAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B3  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

PT1 - PT2

&

    

  CARA PERMOHONAN

PT2

PEGAWAI KAJICUACA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

LK3

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

MAHKAMAH SYARIAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

LK3 – LK5

&

  CARA PERMOHONAN

LK4

PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN

DAN SOLEK

DI JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

   LK5

PELATIH TEKNIKAL

DI JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN ))

   LK6

GURU BAHASA

DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2  ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

LK6

&

  CARA PERMOHONAN

   LK7

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

LK7

&

  CARA PERMOHONAN

 

 << Atas                                            

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                         

 

 

 

PT1.

PEGAWAI HAL EHWAL BEKAS PERAJURIT KANAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B3  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Social Science serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Hal Ehwal Bekas Perajurit dalam tanggagaji B2 EB3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Pernah berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei dalam pangkat Lt. Kolonel atau Mejar.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam pengendalian dan pengurusan kursus dan latihan Tentera dan Awam.

 

c)      Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

d)     Mahir dalam memberikan taklimat dan kaunseling merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengetuai Unit Hal Ehwal Bekas Perajurit.

 

2.      Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia bagi kerja-kerja dan pekerja-pekerja serta kelengkapan yang terdapat di dalam unit ini.

 

3.      Menyediakan perancangan dan pengurusan bagi kursus dan latihan yang berkaitan dengan kebajikan kesejahteraan Bekas Perajurit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

 

4.      Membuat perhubungan dengan Jabatan Kerajaan, Semi Kerajaan dan Sektor Swasta bagi penyelarasan kursus, latihan, penempatan dan sebagainya.

 

<< Atas

 

 

PT2.

PEGAWAI KAJICUACA

JABATAN PENERBANGAN AWAM

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

               ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:        

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Kajicuaca / Kaji Iklim / Mathematiks / Sains / Alam Sekitar atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:       

 

b)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kajicuaca / Kaji Iklim / Mathematiks / Sains / Alam Sekitar  serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun. 

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Kajicuaca  dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

c)      Mempunyai pengetahuan dalam penjadualan serta penggunaan dan pengendalian sistem komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Melapor diri kepada Ketua Pegawai Kajicuaca.

 

2.      Mengeluarkan (dan bertanggungjawab sepenuhnya) ramalan cuaca, iklim dan yang berkaitan untuk penerbangan awam dan tentera laut dan orang ramai.

 

3.      Menyediakan (dan bertanggungjawab sepenuhnya) laporan cuaca, iklim dan amaran berkaitan jika diperlukan.

 

4.      Membantu dalam perancangan, pentadbiran dan pengurusan kakitangan Bahagian dan Jabatan.

 

5.      Menjalankan kajiselidik dan projek-projek dalam bidang berkaitan.

 

6.      Membantu dalam peruntukan Jabatan.

 

7.      Mengawasi dan mengawal mutu serta memastikan kesahihan data-data cuaca dan iklim yang dihantar keluar dan diterima.

 

8.      Memastikan peralatan kajicuaca seperti sistem komputer operasional, sistem penerimaan satelit, sistem radar kajicuaca berfungsi dengan baik dan bertanggungjawab dalam mempastikan pemeliharaan dan penyelenggaraan peralatan berkenaan oleh Bahagian Teknikal Jabatan.

 

9.      Mengendalikan penempatan dan mengawas penuntut-penuntut dari institusi tinggi.

 

10. Memberi latihan sambil bekerja kepada kakitangan Bahagian Kajicuaca.

 

 

<< Atas

 

 

LK3.

PENOLONG PENDAFTAR MAHKAMAH KADI

DI JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

MAHKAMAH SYARIAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D2/D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D2/D1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Ketua Pendaftar, Pendaftar dan Penolong Pendaftar dalam hal ehwal Mahkamah.

 

2.      Membantu tugas-tugas Penolong Pendaftar dalam mengendalikan perbicaraan-perbicaraan.

 

3.      Menyediakan saman-saman dan waran-waran di Mahkamah-Mahkamah Syariah.

 

4.      Menyediakan dokumen-dokumen perbicaraan.

 

5.      Menyelaras tarikh-tarikh perbicaraan.

 

6.      Menerima permohonan-permohonan dan tuntutan kes-kes Mahkamah.

 

7.      Menerima arahan daripada Hakim-Hakim Syarie, Ketua Pendaftar Mahkamah, Pendaftar dan Penolong Pendaftar dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

LK4.

PENOLONG PENGAWAS PAKAIAN DAN SOLEK

DI JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Dressmaking and Tailoring serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei sebagai Pembantu Pakaian dan Solek dalam tanggagaji E2 tidak kurang dari 7 tahun.

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Unit Solek dan Pendandan Rambut

 

1.      Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Solek dan Pendandan Rambut.

 

2.      Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.

 

3.      Menyelenggarakan tugas-tugas solek dan pendandan rambut kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.

 

4.      Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan imej solek dan pendandan rambu yang bermutu tinggi.

 

5.      Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

Unit Pakaian

 

1.      Bertanggungjawab kepada Pengawas Unit Pakaian.

 

2.      Bertugas mengikut penjadualan kerja-kerja harian unit tersebut bagi keperluan penerbitan rancangan TV seperti di studio-studio dan lokasi-lokasi luar.

 

3.      Menyelenggarakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkhidmatan pakaian kepada artis-artis setiap rancangan TV yang memerlukan.

 

4.      Membantu mereka dalam mencipta dan menghasilkan rekaan bentuk pakaian yang bermutu tinggi.

 

5.      Membuat, menseterika, membetulkan atau mengubah bentuk pakaian yang diperlukan.

 

6.      Menyediakan penggunaan pakaian untuk artis-artis, menyimpan pakaian-pakaian secara sistem yang teratur.

 

7.      Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK5.

PELATIH TEKNIKAL

DI JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

 Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)    Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja percetakan merupakan kelebihan.

 

LAIN-LAIN SYARAT:

 

1.  Calon-calon yang berjaya adalah dikehendaki mengikat satu PERJANJIAN dengan Jabatan Percetakan Kerajaan bagi mengikuti kursus latihan itu hingga tamat dan akan berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun selepas tamat mengikuti latihan.

 

2.  Dikehendaki menjalani skim latihan selama dua (2) tahun dan jika tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, jangka masa latihan akan dilanjutkan kepada tiga (3) tahun.  Jika masih tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang diperlukan selepas jangka waktu lanjutan ini, maka perkhidmatannya mungkin akan ditamatkan.

 

3.  Tidak dibenarkan memohon jawatan lain dalam perkhidmatan Kerajaan atau swasta semasa menjalani kursus latihan (apprenticeship).  Jika didapati melanggar peraturan, perkhidmatannya akan ditamatkan dan dikenakan membayar balik kepada Kerajaan semua jumlah gaji dan elaun-elaun yang diterima semasa menjalani kursus latihan.

 

4.    Hendaklah mematuhi semua peraturan yang dibuat oleh Jabatan Percetakan berkaitan dengan skim latihan ini.

 

PERATURAN SKIM LATIHAN:

 

1.   Pelatih Teknikal adalah dikehendaki menghadiri kelas latihan teori dan praktikal yang dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Jabatan Percetakan Kerajaan pada waktu-waktu yang tertentu.  Sebarang peraturan disiplin terbabit dengan kelas-kelas latihan ini akan boleh menyebabkan Pelatih Teknikal diberhentikan dari melanjutkan kursus dan seterusnya penamatan perkhidmatan.  Segala bayaran yang telah diterima hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.

 

2.   Ketidakhadiran Pelatih Teknikal di waktu latihan dijalankan tanpa sebab-sebab yang tertentu, seperti sakit adalah menjadi satu kesalahan besar yang mungkin menyebabkan penyingkirannya daripada skim latihan ini dan penamatkan perkhidmatannya.

 

3.   Pelatih Teknikal adalah dikehendaki menduduki peperiksaan yang diadakan oleh Jabatan Percetakan Kerajaan dan hendaklah memperolehi kelulusan lebih daripada 60% daripada keseluruhan mata pelajaran yang diajarkan kepadanya semasa latihan dijalankan.

 

4.  Penilaian kerja-kerja praktikal yang diberi dalam kelas-kelas latihan akan digunakan dalam menilai kemajuan Pelatih Teknikal yang terpilih dalam skim latihan.

 

5.  Pelatih Teknikal hendaklah bersetuju untuk mengikuti kursus latihan dalam Jabatan (In-Plan Traning Programme) yang dikendalikan di luar masa Pejabat sekurang-kurangnya 9 jam seminggu pada bila-bila masa ia dikendalikan.  Sebarang bayaran seperti elaun lebih masa (overtime) dan lain-lain tidak akan diberikan.

 

6.      Kelas-kelas latihan akan diadakan pada sebelah petang dan jadualnya adalah seperti berikut:-

 

ISNIN – KHAMIS & SABTU:            4.30 PETANG – 8.30 MALAM

AHAD (jika diperlukan)        :           8.30 PAGI – 12 TENGAH HARI

 

7.      Pelatih tidak dikehndaki hadir pada sebelah tengah hari, iaitu dari 1.30 - 4.30 petang pada hari-hari ia mempunyai kelas-kelas pada sebelah malamnya dan waktu-waktu ini tertakluk kepada perubahan.

 

8.  Gaji permulaan dalam skim latihan ini adalah menurut susunan tanggagaji E1-2-3 EB4 iaitu $515.00 sebulan.  Kenaikan tahunan semasa menjalani latihan hanya akan disokong jika pelatih itu menunjukkan kemajuan sepertimana yang dianggarkan.

 

9. Apabila tamat menjalani latihan dan telah lulus dalam peperiksaan yang diadakan oleh Jabatan Percetakan Kerajaan, maka Pelatih Teknikal akan disokong untuk dinaikkan gaji mereka dari sukatan gai E1-2-3 EB4 kepada D1-2 EB3-4.

 

<< Atas

 

 

LK6.

GURU BAHASA

DI KEMENTERIAN PERTAHANAN

G.2  ($1,050 - $2,165 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)     Diploma Pendidikan / Sijil Perguruan atau sebanding.

 

c)      Berumur 45 tahun kebawah.

 

d)     Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 5 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Calon yang berjaya akan ditugaskan di Sekolah Pengajian untuk mengajar anggota-anggota tentera yang mengikuti kursus-kursus Asas hingga ke peringkat Lanjutan Bahasa Inggeris di Sekolah Pengajian, Institut Latihan ABDB.

 

2.      Calon yang berjaya akan juga ditugaskan dan mengajar Bahasa Melayu Asas bagi Askar-Askar Pinjaman (Loan Service Personel) bersama isteri-isteri mereka yang bertugas di Angkatan Bersenjata Diraja Burnei.

 

3.      Calon yang berjaya juga ditugaskan bagi mengajar dan mengendalikan ujian-ujian pelajaran ketenteraan bagi pemohon-pemohon bakal Pegawai dan Askar Biasa.

 

4.      Calon yang berjaya juga akan membuat tugas-tugas sampingan seperti Aktiviti Ko-Kurikular (CCA) bagi peserta kursus dan Askar Muda yang belajar di Sekolah Pengajian, Institut Latihan ABDB.

 

<< Atas

 

LK7.

TIMBALAN PEGAWAI BALAI

DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

P.5 ($965 - $1,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Balai tidak kurang dari 3 tahun dan lulus Kursus Khas Timbalan Pegawai Balai (E1).

 

 

LAIN-LAIN SYARAT:     

 

b)     Pemohon-pemohon di para a(i) hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:-

 

i)          Mestilah lulus dalam peperiksaan bertulis dan ujian praktikal.

ii)          Dikehendaki untuk mengikuti Kursus Asas Pegawai Kadet Bomba.

 

c)      Kelayakan Tambahan:

 

i)       Umur       -       Tidak lebih dari 28 tahun

ii)      Tinggi       -      Sekurang-kurangnya 5’4’ (1.63m) bagi

                                                lelaki  dan 5’ bagi perempuan

iii)     Dada        -      Sekurang-kurannya 34” (86sm) bagi lelaki

                               apabila tidak ditarik nafas (biasa)

iv)    Bagi pemohon perempuan hendaklah belum berkahwin.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT2 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN BORANG JPM1 ATAU JPM2 DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK3 HINGGA LK5:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK6:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

KEMENTERIAN PERTAHANAN

 B25 SIMPANG 32-37 UNIT 2 TINGKAT 1

RUMAH PANGSA ANGGERIK DESA, BERAKAS BB4513

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK7:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

TINGKAT I, BANGUNAN SEKRETARIAT

BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM