IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

(TARIKH TUTUP:   23 OGOS 2006  )

BILANGAN IKLAN:  31/8/06 (SPA/BMI)

 

 

 

 No #

NAMA JAWATAN

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 PT1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT1. – PT6.

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 PT2.

KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 PT3.

 PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5  ( $1,225 - $1,625 SEBULAN )

D.3 EB.4  ( $ 900   - $1,465 SEBULAN)

 

 PT4.

 PEMBANTU ARKIB TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 PT5.

 TUKANG PELAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 PT6.

 PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

D.1 EB.2  ( $530 - $820 SEBULAN )

  LK7.

PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK

DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

LK7-LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

  LK8.

KERANI DOKUMEN KONTRAK

DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

LK9.

KERANI PENDAFTAR TANAH

DI JABATAN TANAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

 GH10.

 PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa

 

 

PT1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:  

 

a)   Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan  Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)      i)  BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Teknologi Maklumat / Hubungan Antarabangsa / Perhubungan Awam / Kewangan / Ekonomi atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: ( JABATAN BANDARAN )

 

1.   Tugas umum Pegawai Tugas-Tugas Khas adalah sebagai pembantu kepada Pengerusi Lembaga Bandaran, Timbalan Pengerusi Lembaga Badaran dan Pegawai Tingkat.

 

2.   Mengetuai Unit ‘Recovery’ Hasil dan Unit Audit Dalaman.

 

3.   Selaku Unit ‘Recovery’ Hasil, Pegawai Tugas-Tugas Khas adalah bertanggungjawab dalam mengurus hal ehwal pemungutan hasil-hasil Jabatan yang tertunggak.  Ini termasuklah juga untuk memproses tindakan Mahkamah apabila semua usaha pada memungut semula hasil yang tertunggak itu menghadapi kegagalan.

 

4.   Selaku Ketua Unit Audit Dalaman, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dipertanggungjawabkan untuk memantau hal ehwal pengurusan perbelanjaan dan pemungutan hasil Jabatan; dan hendaklah sentiasa peka terhadap mana-mana kesilapan yang mungkin berlaku dalam pengurusan perbelajaan dan pemungutan hasil.

 

5.   Lain-lain tugas yand diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: ( JABATAN DAERAH BELAIT )

 

1.   Mengetuai Bahagian Pengurusan Aset, Perhubungan Awam atau mana-mana bahagian yang dimadatkan.

 

2.   Bertanggungjawab terhadap penyebaran maklumat kepada orang ramai serta sebagai penyelaras kepada aktiviti-aktiviti yang dikendalikan diperingkaty Jabatab mahupun peringkat Daerah.

 

3.   Sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa Bulletin Jabatan Daerah Belait.

 

4.   Merangka dan merancang action plan serta pelan strategik bahagian serta memantau perjalanan TPOR dan MPK di bahagian-bahagian yang ditugaskan.

 

5.   Menjalankan tugas-tugas yang lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 PT2.

 KETUA PEMBANTU TEKNIK

JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)      i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam atau bidang pembinaan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

      ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam atau bidang pembinaan dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

b)   Mempunyai pengalaman luas di dalam kerja-kerja kejuruteraan awam atau bangunan terutama di bidang pengendalian projek-projek seperti perancangan, penyiasatan tapak projek, proses rekabentuk, penyediaan dokumen tawaran, taksiran perbelanjaan projek dan pengawasan projek hingga selesai merupakan kelebihan.

 

c)   Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang penggunaan perisian AutoCAD terutama sekali lukisan kejuruteraan awam dan bangunan merupakan kelebihan.  Pemohon-pemohon hendaklah menunjukkan salinan kerja-kerja lukisan menggunakan perisian AutoCad yang pernah dibuat sebagai bukti pengalaman dalam lukisan dan semua salinan lukisan-lukisan hendaklah disahkan oleh Ketua masing-masing.

 

d)   Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

1.   Membantu ketua unit dalam perancangan, pengurusan , perlaksanaan dan pemantauan projek-projek kemajuan infrastruktur ladang yang akan dan sedang dilaksanakan bagi projek-projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN).

 

2.   Bertanggungjawab dalam melaksanakan semua kerja-kerja rekabentuk menggunakan perisian AutoCad dengan baik dan boleh menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan.

 

3.   Membantu menyediakan dokumen tawaran dan sebut harga projek yang meliputi penyediaan spesifikasi teknikal, bil bahan-bahan dan taksiran perbelanjaan projek.

 

4.   Membantu penilaian tawaran dan sebut harga yang ditawarkan oleh pemborong-pemborong bagi projek-projek infrastuktur yang telah diiklankan.

 

5.   Bertanggungjawab mengawasi, meniliti dan membuat lawatan dari masa ke semasa terhadap perkembangan dan kemajuan pembinaan projek-projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan oleh pemborong-pemborong mengikut garispandu spesifikasi tawaran/sebutharga sebelum membuat sokongan untuk proses pembayaran di buat.

 

6.    Menyediakan proses sokongan pembayaran bagi kerja-kerja infrastruktur yang sudah selesai dibuat oleh pemborong-pemborong mengikut garispandu spesifikasi tawaran dan sebutharga.

 

7.    Membuat laporan kerja bulanan dan tahunan mengenai kegiatan projek-projek Rancang Kemajuan Negara yang sedang dan telah dilaksanakan.

 

8.    Membantu menyelaraskan dengan jabatan-jabatan yang berkenaan mengenai projek-projek infrastruktur yang mempunyai hubungkait bagi kesempurnaan perlaksanaan projek yang dijalankan.

 

9.    Menjalankan apa jua tugas/arahan yang diberikan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 PT3.

 PENGAWAS TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.4 EB.5  ( $1,225 - $1,625 SEBULAN )

D.3 EB.4  ( $ 900   - $1,465 SEBULAN)

  

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.4 EB.5 : 

 

a)      i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja mengawasi buruh-buruh dan pemandu-pemandu merupakan kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4 : 

 

a)      i) BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Kecil atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 8 tahun.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja mengawasi buruh-buruh dan pemandu-pemandu merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Mengawasi kehadiran pekerja-pekerja bawahan di tempat-tempat yang telah ditentukan.

2.   Mengaturkan dan mempastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pekerja-pekerja di bawah jagaannya sentiasa dalam keadaan betul, teratur dan sempurna.

3.   Memeriksa kawasan-kawasan yang berada dalam jagaan, menyediakan laporan dan seterusnya menghadapkan sebarang cadangan untuk memperbaiki keadaanya kepada pihak atasan.

 

 

<< Atas

 

 

 PT4.

 PEMBANTU ARKIB TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Arkib Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1  tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

 

b)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca  dan menulis jawi dengan lancar.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

1.       Bertanggungjawab kepada Jabatan dalam memastikan kelicinan perjalanan Bahagian Failing dan Rekod.

 

2.       Bertanggungjawab terhadap perancangan dan pemeliharaan indeks dan sistem failing.

 

3.       Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 PT5.

 TUKANG PELAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Lukisan dalam Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Lukis dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua dalam menyediakan pelan/lukisan cadangan rekabentuk awal dan rekabentuk lanjutan.

 

2.      Menyemak semua pelan/lukisan yang telah siap sebelum dihantar kepada ketua (berpandukan kepada senarai semak lukisan).

 

3.      Membantu Ketua dalam memantau, menilai dan melaporkan kemajuan perkembangan projek di tapak bina bila diperlukan.

 

4.      Membuat tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua dari masa kesemasa.

 

 

<< Atas

 

 

 PT6.

 PELATIH TEKNIK

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

D.1 EB.2  ( $530 - $820 SEBULAN )

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)  Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.  

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik/Elektronik.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Elektrik / Tukang Panjat atau Jurumesin dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membantu Jurukamera, Perakam Suara, Jurulampu, Penyunting Pita Video dan lain-lain di bahagian operasi kejuruteraan.

 

2.   Mempelajari dan memahami tugas-tugas yang dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman di bahagian mereka di tempatkan dan seterusnya mengendalikan tugas-tugas tersebut.  Kemajuan pada keseluruhannya disepanjang tempoh percubaan akan diawasi oleh Ketua Bahagian dengan kerjasama Ketua Seksyen.

 

 

<< Atas

      

 

 LK7.

 PEGAWAI DOKUMEN KONTRAK

DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Dokumen Kontrak atau jawatan yang berkaitan dengan kerja-kerja pengendalian dokumen tawaran dan dokumen kontrak dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)    Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)    Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penggunaan komputer serta menaip merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Menyediakan / menghadapkan Bulletin Mingguan / Iklan Kenyataan Tawaran bagi projek-projek Jabatan yang perlu ditawarkan ke Jabatan Penerangan bagi pengiklanan di Pelita Brunei.

 

2.   Memastikan peruntukkan adalah mencukupi dan tajuk digunakan bagi tawaran yang hendak diiklankan adalah betul dan lengkap.

 

3.   Menyediakan persuratan bagi tawaran yang telah ditutup untuk dihadapkan kepada Ketua Bahagian bagi penilaian tawaran.

 

4.   Menyediakan persuratan dan keperluan bagi menghadapkan sokongan ke Lembaga Tawaran Negara atau pun Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Pembangunan.

 

5.   Menyediakan persuratan bagi apa-apa pertanyaan mengenai dengan tawaran yang disokong.

 

6.   Menyediakan surat penerimaan tawaran.

 

7.   Memantau dan menyediakan laporan bulanan bagi proses tawaran termasuk tarikh buka buka / tutup tawaran, tarikh sokongan, tarikh kebenaran sokongan dari LTN/LTK dan tarik penerimaan tawaran.

 

8.   Menyediakan kontrak dokumen dan memastikan dokumen adalah lengkap dan betul.

 

9.   Memantau dan menyediakan proses penyediaan kontrak dokumen.

 

10.  Memastikan kontrak-kontrak dokumen dihantar ke Pejabat tertentu.

 

11.  Memastikan perjalanan proses tawaran selaras dengan TPOR jabatan.

 

12.  Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

 LK8.

 KERANI DOKUMEN KONTRAK

DI JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

 

a)   Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam menyediakan kenyataan tawaran, pembahagian dokumen tawaran, penyediaan dokumen kontrak dan pembahagian merupakan kelebihan.

 

c)   Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penggunaan komputer serta menaip merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Membantu Pegawai Kokumen Kontrak dalam pekara-pekara berikut:-

 

i)   Menyediakan iklan tawaran dan pembahagiannya.

 

ii)   Mengendalikan dan pembahagian dokumen tawaran.

 

iii)  Mengendalikan surat penerimaan kerja dan pendaftaran dokumen, buku pendaftaran kontrak dan kad rekod para pemborong.

 

iv)  Menyusun dan pembahagian dokumen kontrak.

 

v)   Menyusun dan mencatit sijil-sijil kontrak dalam buku pendaftaran kontrak dan rekod para pemborong,

 

 

<< Atas

 

 

 

 LK9.

 KERANI PENDAFTAR TANAH

DI JABATAN TANAH

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)      i)BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang hal ehwal Tanah / Pentadbiran Tanah atau dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat di Jabatan Tanah dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan pendaftaran tanah dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membuat pendaftaran hakmilik tanah dan hal-hal lain yang diperlukan ke atasnya sama ada pendaftaran secara manual atau pendaftaran menggunakan komputer.

 

2.   Mengemaskinikan pendaftaran bagi hakmilik tanah dan hal-hal lain yang diperbuat ke atasnya.

 

3.   Menyediakan dan mengeluarkan geran-geran tanah baru serta membuat  penyemakan dan penelitian ke atas setiap pendaftaran ke atas geran-geran tanah berkenaan.

 

 

 

<< Atas

 

 

 GH10.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab di bawah fungsi Trade & Special Tasks merangkumi isu-isu yang berkaitan dengan Trade Liberalization in IT & Telecoms, Courier & Postal.

 

2.      Menyelaras isu-isu perdagangan di bawah ASEAN dan WTO dalam sektor telekomunikasi, perkhidmatan pos & courier, maritime transport dan air transport.

 

3.      Bertanggungjawab dalam perhubungan antarbangsa seperti AEAN, APEC dan lain-lain organisasi antarbangsa.

 

4.      Bertanggungjawab di bawah ICT strategic Policy untuk menyediakan kertas kerja mengenai dasar memperkembang industri ICT secara am di Negara Brunei Darussalam untuk dilaksanakan oleh AiTi iaitu sesuai dengan aspirasi Negara dari segi ekonomi, politik, sosial politik dan sebagainya.

 

5.      Menyediakan dan menguruskan inisiatif-inisiatif baru seperti Persidangan Kebangsaan Mengenai Masyarakat Bermaklumat (National Summit on Information Society – NASIS).

 

6.      Penglibatan secara substantive di dalam ASEAN & APEC TELSOM/TELMIN.

 

7.      Penglibatan di dalam ITU iaitu terutama Persidangan ‘World Telecoms Development Conference’ dan menyertai di dalam ‘APT Generall Assembly’.

 

 

   

<< Atas