IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 20 DISEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  46/11/06 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

PT1 – PT3

&

CARA PERMOHONAN

PT2

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT3

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN MUFTI KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

LK4

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK4

&

CARA PERMOHONAN

   LK5

PENGAWAS MEKANIK

DI JABATAN PENERBANGAN

 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN))

LK5

&

CARA PERMOHONAN

 

   LK6

PEGAWAI KASTAM

DI JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

LK6 – LK7

&

CARA PERMOHONAN

LK7

PEGAWAI PEMERIKSA

DI JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

LK8

PENYELIA KOPERASI

DI BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

LK8

&

CARA PERMOHONAN

LK9

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT II

DI JABATAN KERJA RAYA

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

<< Atas                                           

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                        

 

 

 

 

PT1.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

PT2.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI [PT1] DAN [PT2] DALAM TANGGAGAJI B.2 EB.3:           

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI [PT1] DAN [PT2] DALAM TANGGAGAJI B.2:

 

b)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian dan berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian (tanggagaji C3) tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau jawatan bersesuaian (tanggagaji C3) tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)      Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan Kepujian/Kredit mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau sebanding.

 

d)     Mahir dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

e)     Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

f)        Boleh menghadapi orang ramai, wartawan dan media massa.

 

g)     Fasih bertutur dalam bahasa lain merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI KEMENTERIAN KESIHATAN:

 

1. Pegawai Perhubungan Awam adalah untuk membantu Pegawai Perhubungan Awam Kanan dalam mengendalikan program-program dan aktiviti-aktiviti Perhubungan Awam bagi Kementerian kesihatan.

 

2.   Sebagai liason kepada pihak media dan orang ramai.

 

3.   Membantu mengendalikan sidang media dan pengeluaran siaran akhbar.

 

4.   Menyelaras aktiviti publisiti kempen-kempen kesihatan dan promosi kesihatan.

 

5.   Menyelaras percetakan penerbitan rasmi yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan.

 

6.   Mengendalikan pertanyaan dan aduan orang ramai, serta memantau media/press cutting.

 

7.   Mengemaskini maklumat dalam laman web Kementerian Kesihatan.

 

8.   Membantu menyediakan teks ucapan.

 

9.   Menyelaras pelawat-pelawat VIP.

 

10.  Menghasilkan program audio-visual / multimedia.

 

11.  Mengendalikan pameran.

 

12.  Membuat kerja-kerja lain seperti yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI JABATAN PERKHIDAMTAN ELEKTRIK:

 

1. Menyediakan perancangan yang berkaitan dengan bahagian Perkhidmatan Awam dan mempastikan  perlaksanaanya dengan teratur dan berkesan.

 

2.  Menyediakan bahan-bahan taklimat, memberi taklimat, maklumat dan menjadi jurucakap Jabatan Perkhidmatan Elektrik mengenai peranan, tugas matlamat dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Elektrik dari masa ke semasa kepada:

 

a)     Media Massa dan orang ramai

b)     Mahasiswa / Mahasiswi / penuntut-penuntut yang menjalani skim penempatan Indsustri atau yang membuat kajiaan ilmiah

 

3.    Mengendalikan dan menjawab surat-surat yang diterima dari orang awam/Jabatan-Jabatan Kerajaan yang berhubungkait dengan pertanyaan, permintaan dan pembekalan api elektrik dan lain-lain hal yang melibatkan perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

 

4.    Mengurus/menyelaras majlis-majlis jamuan, taklimat, keraian, perayaan, kegiatan-kegiatan dan aktiviti sosial peringkat Kementerian / Jabatan.

 

5.   Mengurus, menyelaras tempat perjumpaan, muzakarah, mesyuarat, jamuan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik dengan teratur dan sempurna.

 

6.     Mengendalikan persiapan-persiapan dan lain-lain yang perlu jika ada jawatan orang-orang kenamaan, orang ramai dari dalam dan luar negeri.

 

7.     Memproses penerbitan-penerbitan dan mengurus urusan percetakan bahan-bahan terbitan (publication) yang diungkayahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

 

8.     Menyediakan teks siaran akhbar (press release).

 

9.     Menyediakan khidmat protokol kedatangan dan pemergian tetamu / VIP.

 

10.   Mengumpul dan mengeluarkan maklumat keselamatan.

 

11.  Menjadi “focal person” dalam hal ehwal ASEAN (ASEAN matters) yang berhububngkait dengan Jabatan   

       Perkhidmatan Elektrik.

 

<< Atas

 

 

PT3.

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN MUFTI KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:        

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa / Penerangan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

b)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa / Penerangan atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian, dalam  mengendalikan perhubungan awam dan penerangan hal ehwal keugamaan, keilmuan dan seumpamannya (tanggagaji C3)  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat I atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dalam mengendalikan hal ehwal keugamaan atau keilmuan  (tanggagaji C3) tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)      Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan Kepujian/Kredit mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau sebanding merupakan kelebihan.

 

Petah bertutur dan berkebolehan menulis dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris merupakan keutamaan.

 

d)     Mahir dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

e)     Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

f)        Boleh dalam menghadapi orang ramai, wartawan dan media massa.

 

g)     Boleh menulis rencana, brief dan sebagainya.

 

h)      Mempunyai akhlak yang mulia dan mempunyai latar belakang pendidikan ugama yang baik dan sempurna.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI JABATAN MUFTI KERAJAAN:

 

1.      Bertanggungjawab kepada ketua.

 

2.      Membantu mengurus dan mengendalikan hal ehwal perhubungan awam Jabatan Mufti Kerajaan.

 

3.      Menyediakan bahan-bahan taklimat Jabatan Mufti Kerajaan.

 

4.      Membantu mengendalikan perhubungan dengan pihak Kerajaan dan bukan Kerajaan di dalam dan luar negeri.

 

5.      Mendraft teks siaran akhbar dan seumpamanya.

 

6.      Mengendalikan protokolisma bagi kedatangan dan pemergian VIP atau tetamu Jabatan Mufti Kerajaan.

 

7.      Menguruskan media penyibaran Fatwa dan Irsyad.

 

8.      Menguruskan mesyuarat-mesyuarat dan perjumpaan-perjumpaan.

 

9.      Lain-lain tugas yang diarahkan oleh ketua.

 

 

<< Atas

 

 

LK4.

 

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pengajian Komputer / Pentadbiran Awam / Pengurusan-Pengurusan Kakitangan / Pengajian Perdagangan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam bidang bersesuaian (tanggagaji C2) tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang latihan/pendidikan/pentadbiran atau pengurusan kakitangan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian (tanggagaji C2) tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 6 tahun serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang latihan/pendidikan/pentadbiran atau pengurusan kakitangan dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)         Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Pegawai Latihan dalam menyelaras/menjalankan kegiatan-kegiatan latihan termasuk persidangan, seminar, bengkel, kursus dan taklimat.

 

2.      Menyampaikan taklimat atas tajuk-tajuk yang ditentukan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei, membantu hal-ehwal pentadbiran/pengurusan latihan, kakitangan dan bangunan di Bahagaian Latihan.

 

3.      Memproses segala permohonan mengenai latihan dalam perkhidmatan dan tugas-tugas lain yang berhubungkait dengannya termasuk penyediaan kuota, program latihan, objektif dan kandungan kursus, jadual kursus dan belanjawan.

 

4.      Mengadakan perhubungan dengan pegawai sumber/konsultan dari dalam dan luar. Terlibat menjadi pegawai sumber dalam bidang yang berkaitan.

 

5.      Meneliti serta membuat penilaian kepada laporan-laporan kursus. Memberikan taklimat mengenai latihan dalam perkhidmatan atau mengenai kursus. Bukan sebagai fasilitator.

 

6.      Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Penolong Ketua Perkembangan Latihan dan Pendidikan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK5.

 

PENGAWAS MEKANIK

DI JABATAN PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:  

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Berkhidmat di Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai Mekanik Kenderaan (tanggagaji E2) tidak kurang dari 8 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian (tanggagaji E2) tidak kurang dari 9 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Ditugaskan bagi mengawasi kerja mekanik-mekanik kenderaan termasuk tatatertib dan kebajikan.

 

2.      Memelihara dan menjaga keselamatan dan penyusunan bagi semua risalah-risalah kenderaan.

 

3.      Membuat pengawasan kepada semua keperluan-keperluan dan permintaan kenderaan.

 

<< Atas

 

 

LK6.

 

PEGAWAI KASTAM

DI JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

LK7.

 

PEGAWAI PEMERIKSA

DI JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI [LK6] DAN [LK7] :       

 

a)     4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)     Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas pemeriksaan dan pengawalan atas penumpang-penumpang dan barang-barang yang keluar/masuk sama ada di Lapangan Terbang, Pelabuhan atau Sempadan.

 

 

<< Atas

 

 

LK8.

 

PENYELIA KOPERASI

DI BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

D.1-2 EB.3-4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:  

 

a)     4 Kepujian (kredit) mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)   Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelia dan memeriksa akaun perniagaan koperasi.

 

2.      Menyediakan laporan lawatan dan status perniagaan koperasi di bawah kawalannya serta memberikan bimbingan dan tunjuk ajar “on-the spot”, penyediaan buku-buku akaun dan pentadbiran koperasi.

 

3.      Membantu fungsi bahagian-bahagian yang berkenaan.

 

4.      Membantu mengawasi semua projek BINA.

 

5.      Membantu dalam mengembangkan industri dan kemajuan keusahawanan.

 

6.      Membantu dalam memberikan khidmat sokongan kepada pengusaha perindustrian.

 

7.      Membantu dalam pengumpulan/penganalisa maklumat industri pembuatan serta menyediakan garispandu yang bersesuaian.

 

8.      Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah atau pengawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK9.

 

ATENDAN JENTERA TAPISAN AIR TINGKAT II

DI JABATAN KERJA RAYA

F.2-3-4 EB.5 ($495 - $700 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)   i)    Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

            Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan (tanggagaji F1) tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

a)     Mengendalikan jentera-jentera pemerosesan air di loji-loji penapisan air seperti alat pengepam, filtration dan hal-hal yang berkaitan.

 

b)     Mengendalikan pembubuhan bahan kimia dalam pemerosesan air.

 

c)      Membantu menjalankan ujian-ujian air termasuk pemeriksaan rutin kualiti air mentah dan bersih, ujian baling dan seterusnya membuat  ‘adjustment’ pam kimia bagi memastikan penggunaan kimia yang berpatutan bagi kerja-kerja pemerosesan air.

 

d)     Membantu dalam kerja-kerja pemeliharaan harian ataupun ‘breakdown repair’ bagi loji-loji penapisan air.

 

e)     Membuat kerja-kerja seperti yang diarahkan oleh pihak atasan.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT3 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN BORANG JPM1 ATAU JPM2

 DAN MENGHANTAR

BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK4 :

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK5:

 

 

PENGARAH PENERBANGAN

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

BAHAGIAN PENTADBIRAN

PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

KEMENTERIAN KEWANGAN

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA BERAKAS BB2713

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK6 DAN LK7:

 

IBU PEJABAT

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

JALAN MENTERI BESAR BB3910

KEMENTERIAN KEWANGAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN  DAN 

SUMBER-SUMBER UTAMA

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK9:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

 IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM