IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
DI NEGARA
(TARIKH TUTUP 20 SEPTEMBER 2006)
BILANGAN IKLAN: 35/08/06 (SPA/BMI)
|
|
NO |
NAMA JAWATAN |
TEMPAT MENGHANTAR BORANG
PERMOHONAN |
|
|
PT1 |
PEGAWAI PROJEK
UNIT PETROLEUM
JABATAN PERDANA MENTERI B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )
ATAU
B.2
($2,270 - $3,760 SEBULAN) |
& |
|
|
PT2 |
KERANI SULIT
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN) |
|
|
|
PT3 |
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN) |
|
|
|
PT4 |
PELUKIS TINGKAT II
JABATAN-JABATAN KERAJAAN
D.4 EB.5-6 ($1,225 - $1,785 SEBULAN) |
|
|
|
LK5 |
PEGAWAI
BOMBA LAPANGAN TERBANG DI JABATAN PENERBANGAN AWAM P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN) |
& |
|
|
LK6 |
JABATAN
PENERBANGAN AWAM
P.6 ($1,105 - $1,825 SEBULAN) |
|
|
|
LK7 |
DI JABATAN PENGANGKUTAN DARAT
C.3-4 EB.5
($1,990 - $2,970 SEBULAN) |
& |
|
|
LK8 |
PELUKIS GAMBARRAJAH UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN
D.4 EB.5-6
($1,225 - $1,785 SEBULAN) |
& |
|
|
LK9 |
AHLI BOMBA PELATIH LELAKI
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI |
& |
<< Atas
<< Kembali Ke Maklumat Semasa
|
KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B2 EB3:
a)
Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Kejuruteraan khusus dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) / Kejuruteraan
Proses (Process Engineering) /
Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical
Engineering). Kelulusan lebih tinggi dalam bidang
tersebut di atas dan mempunyai pengalaman yang berkaitan merupakan kelebihan. KELAYAKAN MINIMUM: BAGI TANGGAGAJI B.2:
b)
i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan
(HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) / Kejuruteraan
Proses (Process Engineering) /
Kejuruteraan Mekanikal (Mechanical
Engineering) serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan
bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah
ditetapkan dalam jawatan.
Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.
ATAU
ii) Telah
berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Projek Tingkat I dalam
tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Mengenalpasti/menyediakan laporan kesesuaian mengenai pembangunan
industri hiliran minyak dan gas.
2.
Menilai cadangan-cadangan pembangunan industri hiliran yang diterima
dari pihak ketiga dan seterusnya menyediakan laporan dan cadangan-cadangan
mengenainya.
3.
Mengumpulkan data dan maklumat yang berkaitan dengan industri hiliran
minyak dan gas bagi kegunaan penyelidikan.
4.
Melaksanakan tugas diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke semasa.
<< Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a)
Kelulusan
Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang diiktiraf.
ATAU
b)
BDTVEC/BTEC Diploma
Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secrectarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Saiful
Rijal dan lulus trengkas dengan kepantasan sekurang-kurangnya 100 p.s.m dan
menaip dengan kepantasan 45 p.s.m
ATAU
c)
i) Telah berkhidmat dengan
Kerajaan sebagai Penolong Kerani Sulit tidak kurang dari 3 tahun atau jawatan
bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 5 tahun;DAN
ii)
Mempunyai
Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 – 100 p.s.m dan Sijil Menaip dengan
kepantasan 45 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat
Menengah yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain
Lembaga Peperiksaan.
d)
Boleh mencatat trengkas dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris merupakan kelebihan. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Urusetia dalam
tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan penyimpanan
persuratan, dokumen dan fail).
2.
Menerima
persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan
seterusnya menurut taraf tertentu.
3.
Mengatur/menyusun
jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.
<< Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a)
BDTVEC/BTEC
Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Secretarial Studies yang dikeluarkan oleh Maktab Teknik Sultan
Saiful Rijal.
ATAU
b)
i) Lulus dengan Kepujian 4 mata
pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding termasuk
mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris
adalah keutamaan;
DAN
ii)
Mempunyai
Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan
40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga
Peperiksaan.
ATAU
c)
i) Lulus dengan Kepujian 1 mata pelajaran
Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding;DAN
ii)
Telah
berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Bahagian
IV tidak kurang dari 3 tahun; DAN
iii)
Mempunyai
Sijil Trengkas dengan kepantasan 80 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan
40 p.s.m atau mempunyai Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Menengah yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga
Peperiksaan.
d)
Boleh mencatat
trengkas dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Urusetia dalam
tugas-tugas kerahsiaan dalam perlaksanaan dokumen/persuratan dan fail bertaraf ‘sulit’ (termasuk penyediaan dan
penyimpanan persuratan, dokumen dan fail).
2.
Menerima
persuratan bertaraf sulit/terhad/rahsia dan mengklasifikasikan tindakan
seterusnya menurut taraf tertentu.
3.
Mengatur/menyusun
jadual mesyuarat dan perjumpaan bagi pihak Ketua.
<< Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a)
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat
Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Seni Lukis / Rekabentuk.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di
atas merupakan kelebihan.
ATAU
ii)
Telah
berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pelukis dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam
tanggagaji D2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
ATAU
iii)
Pernah bekerja
sebagai Pelukis sambilan di Dewan Bahasa dan Pustaka atau pernah bekerja
sebagai Pelukis/Pereka Bentuk di biro-biro penerbitan swasta tidak kurang
dari 5 tahun.
b)
Berpengalaman
dan dapat menunjukkan kerja-kerja hasil sendiri dalam kerja-kerja seni grafik
dan ilustrasi buku dan majalah merupakan kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Menyediakan
lukisan untuk bahan penerbitan seperti kulit luar, ilustrasi, susun atur, isi
dalam dan lain-lain.
2.
Melukis
ilustrasi yang berkreatif dan tidak berkreatif untuk buku dan lain-lain.
3.
Membuat
lukisan penyudah [Final Artworks] untuk kulit luar dan lain-lain.
4.
Menempel
[paste-up] untuk muka
5.
Memproses dan
membuat penghasilan rekabentuk grafik [graphic production] dan memelihara
peralatan. << Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a)
i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan
(HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Penerbangan Awam atau bidang
bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di
atas merupakan kelebihan.
ATAU
ii)
Telah berkhidmat
dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari
3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai
Kanan Bomba (Senior Fire Officer).
ATAU
iii)
Telah berkhidmat
dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari
6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai
Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).
b)
Berumur tidak
lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci
(1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak
menarik nafas.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.
2.
Mengetuai Unit-Unit dalam Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.
3.
Bertanggungjawab dalam kesempurnaan dan keberkesanan pengurusan Anggota
Bomba di bawah jagaanya.
4.
Bertanggungjawab bagi memastikan keperluan-keperluan perkhidmatan
perlindungan dan keselamatan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di
Lapangan Terbang dan Heliport sentiada mencukupi, tejamin dan terpelihara di
tahap yang dikehendaki.
5.
Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan
termasuk perkhidmatan khas dan penyediaan laporan-laporan kejadian /
kemalangan. << Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a)
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat
Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.
Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.
ATAU
ii)
Telah
berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P4
EB5 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta
mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).
ATAU
iii)
Telah
berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Pegawai Balai dalam tanggagaji P4
EB5 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta
mempunyai Sijil Pegawai Rendah Bomba (Junior Fire Officer).
b)
Mempunyai
Sijil IFE Premilinary merupakan kelebihan.
c)
Berumur tidak
lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci
(1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak
menarik nafas.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.
2.
Bertanggungjawab ke atas anggota bomba di bawah jagaanya dan membantu
Ketua Unitnya dalam mengawasi kesempurnaan dan keberkesanan perkhimatan
perlindungan dan keselamatan kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di
Lapangan Terbang dan Heliport sepanjang 24 jam.
3.
Menghadiri dan mengetahui sebarang panggilan kecemasan / kemalangan
termasuk perkhidmatyan khas.
4.
Membantu Ketua Unitnya dalam menyediakan jadual serta laporan bagi
latihan-latihan dan kawad-kawad.
5.
Menyusun dan menyediakan jadual serta laporan bagi latihan-latihan dan
kawad-kawad.
6.
Mempastikan penjagaan, pemeliharaan dan pengendalian perkakas atau
kelengkapan menyelamat dan melawan kebakaran sentiasa ditahap yang baik dan
sempurna.
7.
Mengambil alih tugas Pegawai Bomba Lapangan Terbang semasa ketiadaanya.
8.
Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh
Ketua Unitnya dari masa ke semasa.
<< Atas
KELAYAKAN MINIMUM:
a) i) BDTVEC/BTEC
Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang
bersesuaian
Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.
ATAU
ii)
Telah
berkhidmat di Jabatan Pengangkutan Darat sebagai Penolong Penyelia Ujian
Memandu dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan
dalam jawatan.
ATAU
iii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam
jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam
tanggagaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
b) Mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
undang-undang dan peraturan-peraturan lalu lintas jalanraya. c) Mempunyai sekurang-kurangnya lesen
memandu kelas 1,3 dan 5 yang sah. d) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Menyediakan soalan-soalan
ujian memandu.
2.
Memeriksa
kertas-kertas jawapan ujian memandu dan seterusnya meneliti
keputusan-keputusan ujian memandu jalanraya.
3.
Menyediakan
jadual-jadual bagi ujian-ujian memandu.
4.
Mengawasi
pengendalian sistem pelajaran di sekolah-sekolah memandu.
5. Menyediakan skim perancangan serta program yang berkaitan dengan aspek-aspek pendidikan dan perancangan yang melibatkan pengajar-pengajar dan pelajar-pelajar memandu.
<< Atas
KELAYAKAN MINIMUM
a)
i) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat
Biasa (ND) dalam bidang lukisan atau dalam bidang bersesuaian.
ATAU ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam
jawatan berkaitan dengan pendidikan
kesihatan, terutama sekali dari segi penyediaan dan penghasilan bahan
pendidikan kesihatan dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam
tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun.
b)
Mempunyai kebolehan dan kecenderungan seperti
berikut:-
i.
Kebolehan
artistik yang terbukti
ii.
Mempunyai daya
fikiran yang kreatif
iii.
Dapat bekerja
tanpa pengawasan
iv.
Boleh
menghasilkan carta aliran bersifat skematik dan lukisan-lukisan yang mudah
dengan menggunakan komputer
v.
Mempunyai
kemahiran dalam pengendalian komputer/multimedia dan pengalaman dalam bidang
komputer grafik atau ilustrasi
c)
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1.
Akan
ditugaskan di bawah arahan Ketua Bahagian Promosi dan Pendidikan Kesihatan
dan Pegawai Pendidikan Kesihatan dari masa ke semasa akan mengehendaki
menyediakan lukisan-lukisan skesta atau rekabentuk bahan multimedia untuk
poster, risalah, transparencies, spanduk kesihatan, flannelgraph dan bahan
pendidikan kesihatan yang lain.
2.
Mempunyai
pengetahuan yang baik tentang bahan-bahan yang akan
digunakan untuk kerja-kerja dan bertanggungjawab bagi mempastikan
barang-barang mencukupi.
3.
Membantu dalam
mengendalikan pameran-pameran kesihatan bila diperlukan.
4. Membantu di Bahagian atau Unit lain dalam tugas-tugas promosi dan pendidikan kesihatan. << Atas
TANGGAGAJI:
Mulai dari $500 sebulan dan selepas berkhidmat selama 6
bulan dengan memuaskan, calon-calon yang dipilih akan dinaikkan pangkat
menjadi Ahli Bomba Kelas II dengan gaji $605 sebulan dalam sukatan gaji P.1
EB.2 ($605 - $885 sebulan). Tambahan elaun ‘P’ sebanyak $100 sebulan, kurnia
elaun khas sebanyak $100 sebulan dan elaun sara hidup sebanyak $140.
KELAYAKAN AKADEMIK:
c)
Lulus
Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.
KELAYAKAN FIZIKAL:
a)
Umur : Diantara
18 tahun hingga 28 tahun
b)
Tinggi : Sekurang-kurangnya
5’4” (1.63m)
c)
Dada : Sekurang-kurangnya
34” (86sm) apabila tidak menarik nafas
(biasa)
d)
Pemohon-pemohon
hendaklah tidak memakai kaca mata.
e)
Lulus dalam
ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan
ketetapan V/6/6 tanpa menggunakan kaca mata atau kanta lekap (contact lens)
dan boleh membaca dekat J.I/N.5 . Tidak buta warna (colour blind).
f)
Pendengaran
biasa dan tidak cacat.
g)
Pemohon
hendaklah mempunyai badan yang sihat dan mendapat kelulusan pemeriksaan yang
dibuat oleh Pengarah Perubatan dan Kesihatan Kerajaan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
Calon-calon yang berjaya apabila dicalonkan adalah
dikehendaki menjalankan tugas dimana-mana Balai Bomba dan Penyelamat di
Negara ini.
UJIAN:
Pemohon-pemohon adalah dikehendaki mengikuti Ujian
Bertulis dan Ujian Praktikal yang akan dimaklumkan kemudian. Mereka yang gagal dalam ujian tersebut
tidak akan disokong.
TARIKH PENGAMBILAN:
Tarikh pengambilan bagi jawatan di atas akan
diadakan pada 11, 12, 13 dan 14 September 2006 (selama 4 hari)
bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba Dan Penyelamat, Lapangan
Terbang Lama Berakas, Negara
CARA-CARA MEMOHON:
Seseorang Pegawai yang berkhidmat dengan Kerajaan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, hendaklah menghantar permohonannya melalui Ketua
Jabatan masing-masing dan Ketua Jabatan tersebut hendaklah menyertakan bersama-sama
dengan permohonannya satu laporan sulit dan salinan rekod perkhidmatan yang
lengkap sebelum tarikh tutup.
Pemohon-pemohon adalah dimestikan membawa bersama Kad
Pengenalan dan Sijil-Sijil Asal Persekolahan pada tarikh-tarikh
Pengambilan. Borang-borang permohonan SPA1
boleh didapati daripada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan
hendaklah diisikan dengan lengkap (2 salinan) dengan menyertakan 2
keping gambar terbaru ukuran Passport.
Borang-borang tersebut hendaklah diserahkan berserta dengan salinan
Surat-Surat Akuan Sijil kepada Pegawai-Pegawai yang bertugas semasa
tarikh-tarikh pengambilan tersebut.
Tarikh tutup permohonan : 14 September 2006 jam
/ 4.00 petang
|