IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG

DALAM PERKHIDMATAN AWAM

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

(TARIKH TUTUP:   16 OGOS 2006  )

BILANGAN IKLAN:  30/7/06 (SPA/BMI)

 

 

 

No #

 NAMA JAWATAN

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

  PT1.

 PENGURUS STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

 JABATAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 PT1. – PT3.

&

CARA PERMOHONAN

 

 

PT2.

 

PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

PT3. 

 PENGENDALI SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5  ($900 - $1,625 SEBULAN) 

 

LK4. 

 PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT II

DI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

C.2 EB.3  ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 LK4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

LK5. 

PENOLONG PEGAWAI UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 LK5-LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

LK6. 

 PENOLONG PEGAWAI PERKEMBANGAN  UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

LK7.

MERINYU HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

LK8.

 

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 LK8

&

CARA PERMOHONAN

  LK9.

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT II

DI JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5  ( $530 - $1,625 SEBULAN )

JPM1/ JPM2/LK9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib       

 

 

 PT1.

 PENGURUS STADIUM DAN KOMPLEKS SUKAN

 JABATAN BELIA DAN SUKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM: BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:  

 

a)      Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Sports Education/Management atau Stadium Management.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: BAGI TANGGAGAJI B.2:          

 

b)      i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan pengurusan sesebuah stadium kebangsaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Mentadbir dan menguruskan Stadium Kebangsaan dan kemudahan-kemudahannya, termasuk kawalan kewangan dan belanjawan (budgetting).

 

2.       Menyimpan daftar pengunaan kemudahan-kemudahan dan peralatan stadium.

 

3.       Melibatkan diri dalam kemajuan para pekerja stadium.

 

4.       Membuat laporan-laporan bertulis dengan kegiatan-kegiatan dan kemajuan acara-acara sukan dan skim-skim yang dikendalikan di Stadium.

<< Atas

 

 PT2.

 PENOLONG PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Awam Tingkat II atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

c)       Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

d)      Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

e)      Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

f)        Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah merupakan satu kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Perhubungan Awam.

 

2.       Bertanggungjawab sebagai jurucakap kepada Jabatan Belia dan Sukan semasa ketiadaan pegawai yang lebih kanan.

 

3.       Membantu Pegawai Perhubungan Awam membuat respon terhadap aduan dan pertanyaan orang awam terhadap projek, aktiviti dan kemudahan Jabatan.

 

4.       Membantu Pegawai Perhubungan Awan dalam meneliti isu atau aduan orang ramai dalam media cetak yang berkaitan dengan Jabatan dan menghadapkannya kepada bahagian-bahagian serta membukukan laporan-laporan tersebut untuk dijadikan bahan rujukan pihak-pihak yang memerlukan.

 

5.       Membantu Pegawai Perhubungan Awam dalam mengemaskinikan Laman Web Jabatan, penerbitan newsletter bulanan serta menyebarluaskan kegiatan harian Jabatan termasuk bahagian-bahagian kepada pihak-pihak yang memerlukannya.

 

 

<< Atas

 

 

 PT3

 PENGENDALI SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Pengajian Komputer / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Memproses data-data bagi sistem di bawah Pusat Data.

 

2.       Bertanggungjawab dalam pengendalian sistem backup, restore dan backup tapes.

 

3.       Memantau Network Management System di bawah Pusat Data.

 

4.       Bertanggungjawab ke atas System Startup & Shutdown.

 

5.       Bertanggungjawab bagi Real Time Monitoring bagi sistem-sistem yang terdapat di Pusat Data.

 

6.       Bertanggungjawab bagi mengendalikan dan memantau meja bantu bagi Pusat Data.

 

7.       Memastikan dan bertanggungjawab pada pencetakan laporan-laporan sistem-sistem komputer mengikut yang telah dijadualkan dan diperlukan.

 

8.       Membantu Pengendali Sistem Kanan, Penyelia Sistem dan Jurutera Sistem dalam pengurusan seharian Pusat Data.

 

9.       Memantau hardware dan software installation.

 

10.   Membuat pemeliharaan sistem software.

 

11.   Mencatit laporan masalah ke dalam log book dan membuat aduan.

 

12.   Memantau dan memastikan tugas-tugas pemeliharaan peralatan di Pusat Data dijalankan dengan sempurna.

 

13.   Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atas bila diperlukan selain daripada tugas-tugas utama di atas.

 

 

<< Atas

 

 

 LK4

 PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA TINGKAT II

DI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

C.2 EB.3  ($1,450 - $2,270 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat berkhidmat di Jabatan Perancang Bandar dan Desa sebagai Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)     Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D4 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Membantu pegawai-pegawai atasan dalam mengendalikan kerja-kerja pemeriksaan terhadap tapak-tapak perancangan, permohonan-permohonan kemajuan tanah dan bangunan dengan memberikan laporan-laporan yang terperinci mengenainya.

 

2.       Mengendalikan pemeriksaan bersama terhadap permohonan-permohonan kemajuan sebelum sokongan bekalan perkhidmatan dibuat.

 

3.       Menerangkan, mengatur dan mengawasi dari masa ke semasa tugas-tugas Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat II.

 

4.       Menyemak dan meneliti serta mengulas laporan-laporan Pembantu Perancang Bandar dan Desa Tingkat II sebelum dihadapkan kepada pegawai-pegawai yang berkenaan.

 

5.       Membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.

 

Melaksanakan arahan-arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 LK5

 PENOLONG PEGAWAI UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C2  tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)     Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran pejabat merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Tugas-tugas dan tanggungjawab akan ditentukan menurut penempatan masing-masing di Jabatan-Jabatan Bahagian-Bahagian di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

<< Atas

 

 

 LK6

PENOLONG PEGAWAI PERKEMBANGAN  UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat di Jabatan Pusat Dakwah Islamiah atau Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam tanggagaji C2  tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)     Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran pejabat merupakan kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Menjalankan kerja-kerja pendakwahaan dan pengislaman.

 

2.       Menjadi tenaga pengajar di dalam kursus-kursus yang diadakan di Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

3.       Menjalankan urusan-urusan pengurusan dan pentadbiran pejabat sebagaimana yang diarahkan.

 

4.       Menjadi penceramah atau penyampai bagi rancangan ugama sama ada di majlis-majlis atau radio dan televisyen.

 

5.       Mencari bahan dan maklumat untuk dimasukkan ke dalam laman web Kementerian Hal Ehwal Ugama.

 

<< Atas

 

 

 LK7

MERINYU HAL EHWAL UGAMA

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.2-3 EB.4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei atau lulus dengan Kepujian satu mata pelajaran Sijil Am Peringkat Lanjutan termasuk mata pelajaran Pengetahuan Ugama Islam dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI  (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat di  Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun atau E1 tidak kurang dari 5 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI  (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

ATAU

 

iii)     Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 4 tahun atau E1 tidak kurang dari 6 tahun dan hendaklah lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI  (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Menjalankan siasatan dan tangkapan kesalahan di bawah Akta Penggal 77.

 

2.       Membuat laporan siasatan dan tangkapan kepada Ketua Penyiasatan.

 

3.       Mengambil penyataan (statement) tertuduh.

 

4.       Menerima arahan mahkamah seperti Waran/Bon/Saman dan sebagainya.

 

5.       Menerima arahan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 LK8

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang pengajar atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan  latihan, pentadbiran atau pengurusan kakitangan dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)      Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

c)       Pengalaman dalam Perkhidmatan Kebajikan, Group Work (Youth Work), Community Work, Persidangan Antarabangsa mengenai Belia-Belia Kemasyarakatan merupakan kelebihan.

 

d)      Kebolehan memberikan syarahan dengan baik merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Membantu Pegawai Latihan meyediakan rancangan-rancangan latihan bagi pekerja dan pemimpin belia, Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Asuhan dan pekerja Kebajikan dan melaksanakan kursus/seminar bengkel dalam bidang-bidang kebajikan, Belia dan Asuhan (Probation).

 

 

<< Atas

 

 

LK9 

 

PENGAWAL KESELAMATAN TINGKAT II

DI JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI

D.1-2-3 EB.4-5  ( $530 - $1,625 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)      i)    Lulus dengan Kepujian dalam 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding serta pernah menyertai Pasukan Kadet ABDB atau Kadet Pasukan Polis Diraja Brunei.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       Telah berkhidmat dengan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri sebagai Pengawal Keselamatan Tingkat III tidak kurang dari 5 tahun dan telahpun lulus peperiksaan Jabatan.

 

ATAU

 

iii)     Pernah berkhidmat dengan Kerajaan atau dengan Pasukan Keselamatan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Polis Diraja Brunei (PDB) dan sebagainya tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)      Berumur diantara 18 hingga 35 tahun.

 

c)       Bagi calon-calon yang baru dilantik mestilah tidak memakai kacamata/kanta lekap lebih 100 Degree.

 

d)      Calon-calon yang terdiri daripada bekas anggota Keselamatan hendaklah mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih daripada kesalahan disiplin bagi tempoh 3 tahun kebelakangan dan mengemukakan 2 orang Referees yang dikenali lebih 5 tahun. (Melengkapkan Borang Pengakuan Biodata).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.       Melakukan tugas-tugas Kawalan Keselamatan yang melibatkan:

 

                                                               i.                        Rondaan

                                                             ii.                        Pemeriksaan

                                                            iii.                        Kawalan

                                                           iv.                        Pengawasan

                                                             v.                        Perhubungan

                                                           vi.                        Catatan

 

2.       Membantu mengendalikan sistem keselamatan di dalam Pusat Kawalan secara bergilir-gilir apabila diarahkan.

 

3.       Menahan mana-mana orang atau benda yang melanggar atau mencuba melanggar peraturan keselamatan yang berkuatkuasa di dalam tempat-tempat keselamatan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa (Lawful Authority).

 

4.       Mengiringi (escort) mana-mana orang atau benda sebagaimana yang diarahkan.

 

5.       Mengendalikan penyerahan dan pemulangan Security Pass kepada/daripada orang yang dikhaskan.

 

6.       Melaksanakan tugas-tugas kawalan trafik dikawasan yang dikawal.

 

7.       Menyelamatkan orang atau benda dalam kawasan kawalannya sewaktu kejadian kecemasan (Emergency).

 

8.       Membantu Pengawal Keselamatan atau mana-mana anggota Keselamatan menjalankan tugas-tugas mereka apabila diperlukan.

 

9.       Menjalankan sebarang tugas-tugas lain yang berkaitan dengan keselamatan dan saftey yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1-PT3:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK4

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK5 - LK7

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK8

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK9/JPM1/JPM2

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM