IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 13 SEPTEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  34/08/06 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1

PEGAWAI KAUNSELOR

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

B.2 EB.3   ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT1 - PT4

&

CARA PERMOHONAN

 

PT2

JURUTERA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

B.2 EB.3 ($2,270-$4,240 SEBULAN)

 

PT3

PEGAWAI SAINTIFIK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15  ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

 

PT4

JURUTEKNOLOGI MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11($1,920 - $3,250 SEBULAN))

 

LK5

PENOLONG PEGAWAI KAUNSELOR

DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK5 – LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

   LK6

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

DI INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

LK7

PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

DI INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

LK8

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

DI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

G.6  ($1,515 - $2,370 SEBULAN)

LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH9

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

GH9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

GH10

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 << Atas                                          

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                         

 

 

 

PT1.

 

PEGAWAI KAUNSELOR

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

B.2 EB.3   ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B2 EB3:           

 

a) Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Kaunseling atau Psikologi atau bidang bersesuaian.

 

Mempunyai pengalaman dan/atau kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B2:        

 

b)    i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ii)   Mempunyai Diploma/ Sijil Kaunseling dan pengalaman dalam kerja-kerja kaunseling tidak kurang dari 1 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Tugas utama ialah membantu Ketua Bahagian dalam semua urusan yang diperlukan untuk Bahagian ini.

 

2.      Melaksanakan sesi-sesi kaunseling dan menyampaikan ceramah-ceramah seperti yang telah dijadualkan.

 

3.      Menyimpan dan merahsiakan semua rekod-rekod sesi kaunseling.

 

4.      Menerima arahan-arahan daripada Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

PT2.

 

JURUTERA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM  

B.2 EB.3 ($2,270-$4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Building Services Engineering atau Mechanical Engineering dan Electrical Engineering.

 

b)     Mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam kerja reka bentuk, pengurusan kerja pemeliharaan dan pengendalian hawa dingin, loji pendinginan, elektrik, lif dan fire services merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Ketua Estet bagi penyelanggaraan kerja-kerja pemeliharaan hawa dingin, elektrik dan Lif di Universiti Brunei Darussalam.

 

2.      Membuat peraturan dan penyeliaan pemeliharaan (Maintenance Procedure) dan pemeliharaan berjadual dalam kerja Pemeliharaan Mekanik, Hawa Dingin dan Elektrik.

 

3.      Bertanggungjawab dalam projek bersangkut paut dengan Mekanik, Hawa Dingin, Elektrik dan Lif.

 

4.      Membuat penyelarasan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Konsultan dalam kerja yang bersangkutan.

 

5.      Menjalankan tugas-tugas teknikal dan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

PT3.

 

PEGAWAI SAINTIFIK

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.13-14 EB.15  ($2,300 - $4,220 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Biomedical Science / Biotechnology / Biological Science / Microbiology / Biochemistry / Histology / Cytology / Virology / Immunology / Pharmacy / Forensic dan Food Science atau bidang bersesuaian.

 

b)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Saintifik Kanan.

 

2.      Bertugas di Unit Perkhidmatan Farmasi, Saintifik dan Makmal.

 

3.      Mengawal secara langsung semua kakitangan yang bertugas di setiap Unit.

 

 

 

<< Atas

 

 

PT4.

 

JURUTEKNOLOGI MAKMAL

JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

M.11($1,920 - $3,250 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)     i)    Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains Makmal Perubatan atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains Makmal Perubatan atau bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Juruteknik Makmal (M.9) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam bidang makmal klinikal merupakan kelebihan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggunjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan ujian diagnostik melalui pemeriksaan makmal dan apa-apa saja tugas yang diarahkan atau dipertanggungjawabkan oleh Ketua Pegawai Saintifik.

 

2.      Mempastikan kesempurnaan kajian makmal dengan mengawasi pengawalan mutu kajian makmal yang dikendalikan.

 

3.      Membantu memperbaharui atau memperbaiki atau memperkenalkan kajian makmal yang tertentu.

 

4.      Membantu mengendalikan latihan atau mengadakan seminar/kursus ulangkaji bagi kakitangan Makmal, Jururawat, Merinyu Kesihatan serta penuntut-penuntut yang sedang menjalani latihan penempatan di bahagian makmal berkenaan.

 

5.      Menyediakan laporan sulit/prestasi kerja bagi kakitangan bawahan.

 

 

<< Atas

 

 

LK5.

 

PENOLONG PEGAWAI KAUNSELOR

DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Mempunyai Diploma/Sijil Pendidikan serta mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang dari 5 tahun dan pengalaman dalam kerja-kerja kaunseling tidak kurang dari 2 tahun.

 

iii)    Mempunyai Diploma/Sijil Kaunseling.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dalam semua urusan Bahagian terutama menyampaikan ceramah seperti yang dijadualkan.

 

2.      Disamping tugas melaksanakan program-program latihan Penolong Pegawai Kaunseling dikehendaki juga melibatkan diri dalam sesi-sesi kaunseling.

 

3.      Menerima arahan-arahan dari Ketua Bahagian.

<< Atas

 

 

LK6.

 

PENOLONG PEGAWAI LATIHAN

DI INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengajian Komputer / Pentadbiran Awam / Pengurusan / Pengurusan Kakitangan / Pengajian Perdagangan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang latihan (dalam bidang pengajian yang bersesuaian) atau Pendidikan / Pentadbiran / Pengurusan Kakitangan dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru tidak kurang dari 10 tahun.

 

b)     Kelulusan Diploma / Diploma Lanjutan dalam bidang Pendidikan / Pengurusan / Latihan serta berkebolehan memberikan syarahan dengan baik merupakan kelebihan.

 

c)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelaras / menjalankan kegiatan-kegiatan latihan termasuk persidangan, seminar, bengkel, kursus dan taklimat.

 

2.      Menyampaikan ceramah atas tajuk-tajuk ‘generic’ yang ditentukan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

 

3.      Membantu hal-hal pentadbiran / pengurusan latihan, kakitangan dan bangunan.

 

4.      Melaksanakan apa-apa jua arahan yang diberikan oleh Pengarah Institut Perkhidmatan Awam dan Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

LK7.

 

PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

DI INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah bekhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

b)     Keutamaan akan diberikan kepada pemohon-pemohon yang berpengalaman luas dalam kerja-kerja menyediakan kertas kerja, penyelidikan dan persuratan.

 

c)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu membuat kaji selidik keperluan latihan bagi perkhidmatan awam dan swasta.

 

2.      Mengumpul data keperluan latihan yang dikenalpasti.

 

3.      Membantu mengenalpasti senarai nama kursus/seminar/bengkel dari kaji selidik keperluan latihan, termasuk peserta dan konsultan yang dicadangkan.

 

4.      Membantu berunding dengan Kementerian/Jabatan dan pihak swasta yang memohon untuk mengenalpasti kehendak-kehendak latihan di organisasi masing-masing,

 

5.      Mengemaskinikan maklumat yang perlu untuk simpanan dan tindakan Unit Maklumat.

 

6.      Menerima arahan dari masa ke semasa dari Pengarah IPA, Penolong Pengarah IPA, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Ketua Unit Keperluan Latihan.

 

<< Atas

 

 

LK8.

 

PEGAWAI KESEJAHTERAAN

DI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

G.6  ($1,515 - $2,370 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kaunseling atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Mempunyai Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.

 

iii)    Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulsan sebanding.

 

iv)    Mempunyai pengalaman di dalam menjalankan atau sedang menjalankan kerja-kerja yang bersangkutan dengan hal ehwal kebajikan penuntut di Sekolah Menengah atau Teknikal dan telah berkhidmat di Kementerian Pendidikan tidak kurang dari 12 tahun.

 

v)      Guru-guru yang tidak memenuhi syarat (ii) dan (iii) boleh memohon dengan syarat mereka mempunyai Sijil /Diploma dalam bidang Kaunseling dan telah berkhidmat tidak kurang dari 16 tahun di Kementerian Pendidikan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengawasi serta mengurus hal-ehwal kebajikan dan kesejahteraan, kesihatan, keselamatan dan keugamaan penuntut-penuntut waktu prasekolah.

 

2.      Menjadi Setiausaha Jawatankuasa peraturan dan disiplin sekolah.

 

3.      Menjadi penghubung antara sekolah dengan penjaga penuntut-penuntut.

 

4.      Mengawasi serta mengurus hal-ehwal kebajikan, kesihatan dan keselamatan penuntut-penuntut.

 

5.      Memberi pandangan kepada pihak sekolah tentang lantikan ketua-ketua pelajar.

 

6.      Menjadi ahli Jawatankuasa sekolah, asrama dan pelawat asrama (jika ada)

 

7.      Melibatkan diri dalam hal-ehwal keugamaan (kegiatan sekolah dan asrama)

 

8.      Membantu pihak sekolah merancang kegiatan atau program untuk meningkatkan pencapaian penuntut-penuntut yang berkaitan dengan perkembangan akademik, kokurikular, keugamaan, sosial dan kemahiran hidup penuntut-penuntut serta tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pendidikan

 

<< Atas

 

Text Box: PENGAMBILAN SECARA BERGAJI HARI

 

 

 

 


GH9.

 

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan atau Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan hal ehwal ekonomi, kewangan, pembangunan dan luar nergeri.

 

2.      Bertanggungjawab bagi membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan pentadbiran, perancangan dan pengurusan Bahagian Kewangan dan Luar Negeri.

 

3.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan Kementerian-Kementerian di bawah bidang tumpuan Setiausaha Tetap yang bertanggungjawab bagi Bahagian Ekonomi dan Luar Negeri.

 

4.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan hal ehwal berkaitan dengan Prime Minister’s Coporation.

 

5.      Membantu dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan hal ehwal Jawatankuasa Audit.

 

6.      Menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tugas Bahagian Ekonomi dan Luar Negeri dengan matlamat memajukan falsafah, dasar dan amalan-amalan hal ehwal ekonomi, kewangan, pembangunan dan luar negeri.

 

7.      Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

GH10.

 

JURUAUDIT

JABATAN AUDIT

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Accountancy / Kewangan / Pentadbiran Urusniaga atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Merancang dan menyediakan program pengauditan.

 

2.      Mengawasi pengauditan yang dijalankan ke atas pelbagai kira-kira Kerajaan.

 

3.      Memimpin dan melatih kakitangan di bawahnya dalam hal pengauditan.

 

4.      Membuat deraf / menyediakan laporan-laporan audit.

 

5.      Meneliti dan mengeluarkan pertanyaan-pertanyaan audit / peringatan-peringatan.

 

6.      Menyusuli laporan-laporan audit yang telah dikeluarkan.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT4

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN BORANG JPM1 ATAU JPM2 DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK5 HINGGA LK7

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8:

 

 

UNIT KEANGGOTAAN DAN PENGIKLANAN

BAHAGIAN PERJAWATAN, JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

BLOK B, BILIK B306, TINGKAT 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH9:

 

 

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH10:

 

 

JURUAUDIT AGUNG, JABATAN AUDIT

 TINGKAT 6, BANGUNAN BAHIRAH

 JALAN MENTERI BESAR

BERAKAS ‘A’ BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM