IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP: 9 OGOS 2006 )

BILANGAN IKLAN:  28/7/06 (SPA/BMI)

 

 

 

No #

NAMA JAWATAN

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 

 

PT1. 

PEGAWAI LATIHAN

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

  PT1. – PT4. 

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 PT2.

 PUSTAKAWAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

PT3. 

 JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 PT4.

 PENOLONG PENYUNTING TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

 

LK5.

 PENOLONG PEGAWAI PELABUHAN

DI JABATAN PELABUHAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 LK5

&

CARA PERMOHONAN

 

 LK6.

 POSMEN

DI JABATAN PERKHIDMATAN POS

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

LK7. 

PENOLONG PEGAWAI PELANCONGAN

DI JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 LK7

&

CARA PERMOHONAN

  LK8.

PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH

DI JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

GH9. 

 PEGAWAI EKONOMI

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 GH9

&

CARA PERMOHONAN

 

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib       

 

 

 PT1.

PEGAWAI LATIHAN

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang pengajian yang bersesuaian. Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

 KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:

 

a)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun. 

 

ii)   Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang latihan, pentadbiran atau pengurusan kakitangan Kerajaan.

 

ATAU

 

iii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Latihan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

b)     Berkebolehan bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

c)   Berkebolehan memberi syarahan dengan baik merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Memberi ceramah

 

Berikut adalah proses kerja yang terlibat dalam tugas yang tersebut di atas:

 

Sebelum Kursus:

 

Ø      Menyediakan butir-butir dan maklumat kursus dan peserta untuk penceramah sebelum hari pertama krusus seperti:-

 

·  Senarai nama peserta kursus – jawatan dan bahagian (Divisyen) mereka

·  Bilik Ceramah

 

·  Kemudahan-Kemudahan asas yang diperlukan dalam bilik ceramah sebelum kursus dikendalikan

 

Ø      Menyediakan bahan latihan untuk peserta kursus:-

 

·        Kemaskinikan bahan ceramah jika perlu

·        Kemaskinikan objektif dan kandungan kursus

 

Ø      Menyediakan jadual kursus

 

Semasa Kursus:

 

Ø      Mengalu-alukan kehadiran peserta kursus;

 

·        Menerangkan waktu kursus (kehadiran dan rehat minum waktu pagi dan petang serta pulang waktu tengah hari dan petang)

·        Pastikan kehadiran peserta

 

Ø      Mengedarkan Borang Penilaian Kursus kepada peserta kursus;

 

·        Pastikan semua peserta mengisikan dan mengembalikan borang penilaian di akhir kursus

·        Serahakan borang penilaian kursus kepada pegawai penyelaras kursus

 

2.      Menyelaras Latihan Yang diKendalikan Oleh Konsultan

 

Sebelum Kursus:

 

Ø      Menghubungi konsultan yang telah dikenalpasti secara lisan dan pastikan pekara-pekara berikut telah diproses oleh Kerani Tingktan III (Pembantu Penyelaras Kursus);

 

·  Persuratan antara IPA dengan Konsultan yang mengandungi maklumat mengenai kursus dan disertakan juga surat Perjanjian Kontrak dengan Konsultan

·  Pencalonan peserta kursus

·  Jadual kursus

·  Fail kedatangan peserta

·  Fail/folder untuk semua peserta kursus

·  Kemudahan-kemudahan asas dalam bilik ceramah

 

Semasa Kursus:

 

Ø      Mempastikan konsultan hadir ke Institut Perkhidmatan Awam

 

Ø      Memberi penerangan tentang kursus di hari pertama kursus;

 

·        Ucapan alu-aluan dan selamat datang ke IPA

·        Penerangan tentang waktu berkursus disebelah pagi dan petang termasuk balik tengah hari dan petang

·        Waktu minum pagi dan petang

·        Kedatangan setiap hari mesti ditandatangani

·        Nenperkenalkan Konsultan kepada peserta

 

Ø      Memerhati perlaksanaan kursus disepanjang kursus berjalan

 

·        Perhatikan cara Konsultan atau penceramah mengendalikan latihan dan pemerhatian ini dimasukkakan dalam Penilaian Kursus

·        Cara penceramah dan peserta berinteraksi dan berkomunikasi

 

Ø      Mengedarkan Borang Penilaian Kursus kepada peserta kursus;

 

·        Pastikan semua peserta mengisikan dan mengembalikan borang penilaian diakhir kursus

·        Serahakn borang penilaian dan kedatangan peserta kursus kepada Kerani Tingkatan III ( Pembantu Penyelaras Kursus )

 

 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UMUM PEGAWAI LATIHAN:

 

1.      Menyampaikan taklimat dan ceramah di Kementerian dan Jabatan serta disektor swasta dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.

 

2.      Menyediakan peruntukan unit yang diketuai iaitu nama, jumlah dan kekerapan kursus yang akan dikendalikan pada tahun berikutnya dengan kosnya sekali dan dihadapkan kepada Ketua Bahagian Latihan dan Perkembangan.

 

3.      Menerima arahan dari masa ke semasa dari Pengarah IPA, Penolong Pengarah IPA dan Ketua Bahagian Latihan dan Perkembangan.

 

4.      Menilai prestasi Penolong Pegawai Latihan yang di bawah unit masing-masing.

 

                                                                                                                                                  << Atas

 

 

PT2.

 

PUSTAKAWAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.1 EB.2 ($2,450 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

a)     i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan dan Maklumat / Sains Komputer atau Pengajian Islam.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains Perpustakaan / Sains Komputer / Pengajian Islam dan telah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pustakawan Tingkat I dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun di sebuah perpustakaan akademik dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Pengetahuan dalam bahasa-bahasa lain merupakan kelebihan.

 

c)      Pengalaman dan pengetahuan dalam teknologi maklumat (IT) diutamakan.

 

d)     Mengetahui sumber-sumber elektronik dan pengurusan-pengurusan sumber Perpustakaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Pemohon-pemohon yang berjaya akan bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian atau mengetuai bahagian/unit yang tertentu bagi menjalankan berbagai tugas seperti berikut:-

 

 

1.      Penyemakan bibliografi, penyediaan dan pemerosesan pesanan Perpustakaan, menyelenggarakan butir-butir pengkatalogan.

 

2.      Membuat pengkatalogan asal dan salinan (copy cataloguing).

 

3.      Membantu menyediakan perkhidmatan maklumat termasuk kerja rujukan umum, pencarian maklumat, oenyediaan bibliografi dan lain-lain.

 

 

                                                                                                                                                    << Atas

 

 

PT3. 

 JURUTERA

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal / Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam elektronik/kelengkapan ‘solid-state’ atau rekabentuk hawa dingin/pendingin loji merupakan kelebihan.

 

c)      Memahami dengan mudah kawalan elektronik dan sistem pembahagian/penjanaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Jurutera Kerja Kanan di Bahagian masing-masing bagi disetiap Cawangan-Cawangan di Jabatan ini.

 

2.      Mengepalai Bahagian Penyelenggara Alat Hawa Dingin dan menyelia kerja-kerja penyelenggara di loji-loji yang dimiliki oleh Kerajaan.

 

3.      Membantu Jurutera Kerja Kanan dalam menyelenggara opersen pembahagian dan pemeliharaan serta mengenal pasti masalah-masalah Janakuasa dan pembahagiannya atau perkara yang bersangkutan.

 

4.      Pemohon-pemohon yang akan diarahkan bertugas ‘shift-duty’ sama ada di Bahagian Janakuasa Cawangan Gadong 3 atau Janakuasa Cawangan Berakas.

 

5.      Mengurus, menyeleras, merancang projek-projek dalam unit/cawangan.

 

6.      Membuat pensuisan (switching) sehingga 66,000V.

 

7.      Menjalankan tugas-tugas teknikal lain yang diarahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Elektrik dan Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

 

 

                                                                                                                                                    << Atas

 

 

 PT4.

 

PENOLONG PENYUNTING TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbitan/Penulisan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

ATAU

 

b)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Penyunting Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

c)   Kebolehan dan pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan.

 

d)   Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

e)   Kebolehan dalam menggunakan komputer.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

1.      Menulis dan menyunting bahan-bahan untuk penerbitan Jabatan.

 

2.      Mengumpul manuskrip-manuskrip untuk dijadikan bahan penerbitan.

 

3.      Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

                                                                                                                                                     << Atas

 

 

 LK5.

 

PENOLONG PEGAWAI PELABUHAN

DI JABATAN PELABUHAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat di Jabatan Pelabuhan sebagai Penyelia Gerakan Kanan dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penyelia Gerakan dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang bersesuaian dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam bahagian pentadbiran dan kerja-kerja pejabat, pengawasan kerja-kerja dan juga mengetahui mengenai dengan kerja-kerja pelabuhan atau perkapalan dan/atau menjadi ahli kepada badan-badan professional seperti ‘Membership Chartered Institute of Transport (MCIT) dan sebagainya merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Penyeliaan dan pengawasan kakitangan.

 

2.      Pentadbiran dan kewangan.

 

3.      Perhubungan dengan orang ramai.

 

4.      Penyelidikan dan pemeriksaan.

 

5.      Laporan dan penyeliaan kakitangan.

 

6.      Memberi tunjuk ajar dan pembahaian tugas kepada kakitangan bawahan.

 

7.      Menerima arahan dan tugas-tugas tertentu dari masa ke semasa dari pegawai atasan.

 

                                                                                                                                                       << Atas

 

 

 

 LK6.

 

 POSMEN

DI JABATAN PERKHIDMATAN POS

F.2-3-4-5 EB.6 ($495 - $790 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

 

a)   i)   Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji F1 dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

b)   Boleh menulis dan membaca dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

c)   Boleh membaca tulisan Cina merupakan kelebihan.

 

d)   Mempunyai lesen memandu Kelas 1 atau 3 yang sah.  Mempunyai kelas memandu Kelas 4 ke atas merupakan kelebihan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengisih surat-surat dan bungkusan.

 

2.      Membuat penyerahan surat-surat dan bungkusan.

 

3.      Membawa dan menghantar mel-mel surat dan bungkusan diantara pejabat-pejabat pos cawangan di Pusat Memproses Surat dan Bungkusan.

 

4.      Membuat penyerahan surat-surat ke rumah-rumah/peti surat jika dikehendaki bila-bila masa diperlukan termasuk hari kelepasan awam diluar waktu bekerja serta kemana saja diarahkan.

 

                                                                                                                                                        << Atas

 

 

 LK7.

 

PENOLONG PEGAWAI PELANCONGAN

DI JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

C.2-3 EB.4 ($1,450 - $2,620 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

a)     i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Pelancongan / Pemasaran / Pentadbiran Perniagaan / Perakaunan / Undang-Undang atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan pelancongan dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D3/D4  tidak kurang 5 tahun.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 7 tahun dalam jawatan berkaitan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal Pengurusan Pelancongan merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu tugas-tugas Pegawai Pelancongan dalam pengendalian Akta Ejen-Ejen Pelancongan 1978 dan mengawasi kegiatan-kegiatan dan perkembangan industri pelancongan Negara Brunei Darussalam.

 

2.      Membuat lawatan ke tempat-tempat syarikat ejen-ejen pelancongan dalam Negara Brunei Darussalam.

 

3.      Memastikan syarikat ejen-ejen pelancongan akan sentiasa mematuhi peraturan yang ada.

 

4.      Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dalam usaha menggalakan dan memajukan industri pelancongan.

 

5.      Menghadiri mesyuarat / pameran / kursus / seminar yang berkaitan dengan bidang pelancongan dalam dan luar negara.

 

6.      Bertanggungjawab melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai atasan yang lain dari masa ke semasa.

 

 

                                                                                                                                                         << Atas

 

LK8. 

 PEMBANTU PENGELOLA ZAKAT DAN FITRAH

DI JABATAN MAJLIS UGAMA ISLAM BRUNEI

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengajian Islam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan dan/atau pengalaman dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat di Jabatan Majlis Ugama Islam Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

1.      Membantu Penolong Pengelola Zakat dan Fitrah Tingkat II mengenai hal ehwal kutipan dan pengumpulan wang zakat.

 

2.      Membantu menghantar wang kutipan zakat harta dan zakat fitrah ke bank dan membuat urusan selanjutnya dengan Jabatan Perbendaharaan.

 

3.      Membantu mengawal resit-resit zakat.

 

4.      Menerima zakat ( sebagai Amil ) dan merekod kutipan zakat.

 

5.      Menerima borang-borang permohonan fakir miskin dan membuat penyiasatan ke atas permohonan.

 

6.      Menjadi Urusetia Jawantankuasa Mengeluarkan Wang Zakat.

 

7.      Lain-lain tugas yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

                                                                                                                                                     << Atas

 

 

 GH9.

 

PEGAWAI EKONOMI

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:     

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Ekonomi/Dasar/ Pengurusan Projek/Pentadbiran atau Pengurusan Perniagaan / Sains Kemasyarakat atau bidang bersesuaian.

 

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi dan berpengalaman kerja dalam bidang Ekonomi/Dasar/Pengurusan Projek atau Pengurusan Perniagaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

 

1.  Menjalankan penyelidikan dengan matlamat untuk memajukan dan mencadangkan strategi perancangan dan dasar-dasar ekonomi yang optima.

 

2.  Membantu dalam hal-hal yang berhubungan dengan persediaan, penyelarasan dan perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) dan pengubahan dasar-dasar ekonomi Negara.

 

3.  Mengikuti perkembangan RKN selaras dengan matlamat dan sasaran jangka pendek dan jangka panjang serta menyediakan laporan kemajuan kepada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.

 

4.      Membuat penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan perancangan dan kemajuan ekonomi.

 

 

 

                                                                                                                                                         << Atas 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG

PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1-PT4:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG

 PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK.5:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PELABUHAN MUARA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

MUARA BT1728

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG

PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK.6:

BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

PEJABAT BESAR POS

BANDAR SERI BEGAWAN BS8611

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG

PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK.7:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN
              SUMBER-SUMBER UTAMA

JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG

 PERMOHONAN BAGI BILANGAN LK.8:

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

  

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG

PERMOHONAN BAGI BILANGAN GH.9:

SETIAUSAHA, JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE

JABATAN PENTADBIRAN & ICT
JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM