IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 06 DISEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  44/11/06 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

PT1

JURUTERA PELABUHAN

JABATAN PELABUHAN

B.2 EB.3   ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

PT1 – PT5

&

CARA PERMOHONAN

PT2

PENJILID TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

PT3

KERANI

DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($650-$1,625 SEBULAN))

PT4

PEMBANTU PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN ) ATAU

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN))

   PT5

PENJILID TINGKAT IV

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)

   LK6

PENYELIA PEMBINA KAPAL

DI JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

LK6

&

CARA PERMOHONAN

   LK7

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

 DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

LK7 –LK8

&

CARA PERMOHONAN

   LK8

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

D.3 EB.4  ( $900 - $1,465 SEBULAN )

 

 << Atas                                          

 

                                      

<< Kembali Ke Arkib                                          

 

 

 

 

 

PT1.

 

 

JURUTERA PELABUHAN

JABATAN PELABUHAN

B.2 EB.3  ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang hal ehwal Pelabuhan / Mekanikal / Kejuruteraan Awam atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.     Mengawal sewa/pembelian jentera peralatan-peralatan pembaikan dan pemeliharaan jentera angkat punggah  yang digunakan oleh Jabatan ini.

 

2.     Mengawas semua bangunan-bangunan termasuk dermaga, lapangan kawasan pelabuhan, peralatan elektrik   dan telefon dan lain-lain yan di bawah kawalan Jabatan Pelabuhan.

 

3.     Mengurus kakitangan di bahagian kejuruteraan bengkel, setor serta menyediakan dokumen tawaran-tawaran bagi mendapatkan alat ganti baru dan pemeliharaan kecil dan kelengkapan.

 

4.     Membuat tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pelabuhan.

 

<< Atas

 

 

 

PT2.

 

 

PENJILID TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam jurusan percetakan yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penjilid Tingkat II dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam kerja-kerja pemeliharaan mesin-mesin penjilid adalah diberi keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam pengendalian dan pengawasan kerja-kerja serta pengawalan kakitangan di bawahnya.

 

2.   Membantu menyediakan laporan tahunan, rekod pesanan-pesanan yang diterima dan laporan pengeluaran harian di Bahagian masing-masing.

 

3.   Menentukan semua bahan pengeluaran mengikut penentuan yang dikehendaki serta memastikan dalam keadaan mutu(quality) yang terbaik.

 

4.    Mengawas penggunaan peralatan dan kelengkapan penjildan untuk memastikan ianya digunakan dengan sebaik-baiknya dan memastikan mesin-mesin penjilidan digunakan dengan cara yang betul dan selamat.

 

5.    Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diberikan serta arahan-arahan dari Pengarah atau Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

PT3.

 

 

KERANI

DI JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($650-$1,625 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i) Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah bekhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji E1-2-3 EB4  tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Bagi calon di perenggan a.ii:-

 

i) Telah lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi penetapan jawatan.

                 ii) Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Profesional sebagai Pembantu        

                     Pejabat yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.

 

c)      Berkebolehan dalam menggunakan komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Menaip persuratan termasuk penyemakan (proof reading), sistem failing dan susulan.

 

2.    Tertakluk kepada fungsi Jabatan/Bahagian/Unit tanggungjawab juga termasuk pengurusan kewangan,     memproses permohonan dan pentadbiran pejabat.

 

3.   Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian tugasnya (Job Description).

 

4.   Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

   PT4.

 

 

PEMBANTU PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN ) ATAU

F.1-2-3-4-5 EB.6 ($445 - $790 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI E1-2-3 EB4:         

 

a)     i)    BDTVEC National Vocational Certificate (NVC) dalam bidang Clerical Studies atau bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)    Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pejabat (Pelayan) dalam tanggagaji F1-2-3-4-5 EB6 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)     Bagi calun di perenggan a.iii:-

 

i)  Lulus Peperiksaan Kerani Rendah bagi kenaikan pangkat.

ii) Sekurang-kurangnya telah mengikuti kursus-kursus induksi dan Professional bagi Pembantu Pejabat

    yang dikendalikan oleh Institut Perkhidmatan Awam.

 

c)      Berkebolehan dalam menggunakan komputer merupakan kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI F1-2-3-4-5 EB6:  

 

a)   Tamat Tingkatan III

 

Kelulusan lebih tinggi dan mempunyai pengalaman yang bersesuaian merupakan kelebihan.

 

b)   Berkebolehan menggunakan komputer merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGI E1-2-3 EB4:     

 

1.     Menerima dan merekod persuratan.

 

2.     Mengawasi peredaran fail.

 

3.     Menaip persuratan.

 

4.     Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian 

        tugasnya (Job Description).

 

5.     Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI TANGGAGI F1-2-3-4-5 EB6:

 

1.      Bertanggungjawab terhadap penghantaran persuratan.

 

2.      Menghadapkan persuratan/fail kepada Pegawai Atasan.

 

3.     Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam huraian 

        tugasnya (Job Description).

 

4.     Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaiamana yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

     PT5.

   

 

PENJILID TINGKAT IV

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

F.1-2 EB.3 ($445 - $590 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Lulus Tingkatan II.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan

 

b)   Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam kerja-kerja yang berkaitan dalam bidang percetakan /

      penjilidan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Calon-calon yang dipilih akan ditempatkan di Bahagian Jilid.

 

2.      Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diberikan serta arahan-arahan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

                       

 

         LK6.

 

 

PENYELIA PEMBINA KAPAL

DI JABATAN POLIS DIRAJA BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,930 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a) i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan Diploma 

         Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Naval Architecture / Marine Engineering / Pembinaan Kapal

         atau bidang bersesuaian yang diiktiraf sebanding.

 

ATAU

 

1.  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pembina Kapal dalam tanggagaji D4/D3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Membuat pemeriksaan kapal/bot yang ada dibawah kawalan Polis Diraja Brunei.

 

2.    Membuat kerja pembaikan ke atas kerosakan badan kapal/bot termasuk kerja kayu, kimpalan, kepingan,

       logam, jubin, cat, fibreglass dan sebagainya.

 

3.    Memelihara alat perkakas kapal/bot.

 

4.    Mempastikan keselamatan dan kebersihan kapal/bot yang dibaik-pulih.

 

<< Atas

 

 

                         LK7.

   

PEGAWAI BOMBA LAPANGAN TERBANG

 DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

P.7 ($1,550 - $2,290 SEBULAN)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Penerbangan Awam

             atau bidang bersesuaian.

 

 Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Kanan Bomba (Senior Fire Officer).

 

ATAU

 

iii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Balai dalam tanggagaji P.6 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan serta mempunyai Sijil Pegawai Bomba Lapangan Terbang (Airport Fire Officer).

 

b)   Berumur tidak lebih dari 28 tahun dan mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 5 kaki 4 inci (1.63 m) dan ukuran dada sekurang-kurangnya 34 inci (86 cm) apabila tidak menarik nafas.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.    Melapor diri kepada Penguasa Bomba Lapangan Terbang.

 

2.    Mengetuai Unit-Unit dalam Perkhidmatan Bomba Lapangan Terbang.

 

3.    Bertanggungjawab dalam kesempurnaan dan keberkesanan pengurusan Anggota Bomba di bawah jagaanya.

 

4.    Bertanggungjawab bagi memastikan keperluan-keperluan perkhidmatan perlindungan dan keselamatan

     kebakaran penerbangan dan bangunan-bangunan di Lapangan Terbang dan Heliport sentiada mencukupi,      terjamin dan terpelihara di tahap yang dikehendaki.

 

5.  Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan khas dan penyediaan laporan-laporan kejadian / kemalangan.

 

6.    Menyusun dan menyediakan jadual cuti dan penempatan bertugas Anggota Bomba di bawah jagaannya.

 

7.    Menyediakan perangkaan peruntukan tahunan.

 

8.    Membuat penilaian prestasi keatas Bomba dibawah jagaannya.

 

9.    Mengambil alih tugas Penguasa Bomba Lapangan Terbang semasa ketiadaannya.

 

10.  Menjalankan apa juga tugas yang diarahkan oleh Penguasa Bomba Lapangan Terbang dari masa kesemasa.

 

<< Atas

 

 

           LK8 .

 

 

PENOLONG PEGAWAI YANG MENGUASAI LALULINTAS UDARA

DI JABATAN PENERBANGAN AWAM

D.3 EB.4  ( $900 - $1,465 SEBULAN )

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

                                                                        ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

 

c)   Mempunyai pengetahuan dalam bidang komputer merupakan kelebihan.

 

SYARAT-SYARAT KHAS:          

 

1.  Lulus peperiksaan kesihatan mengikut syarat-syarat kehendak ICAO bagi Pegawai-Pegawai Kawalan Laulintas Udara.

 

2.   Hendaklah bersedia untuk menghadiri sebarang kursus yang diberikan di dalam dan luar negeri.

 

3.   Berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun.

 

4.  Calon-calon berjaya dikehendaki lulus menjalani kursus Asas Kawalan Lalulintas Udara dan Aerodrome Control dalam masa 6 tahun.

 

Ø    Pegawai-Pegawai yang gagal mendapatkan Lisen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan tidak disokong ke peringkat EB.4 dalam tanggagaji D.3 EB.4.

 

Ø   Pegawai-pegawai yang berjaya mendapatkan Lisen Aerodrome Control dalam tempoh 6 tahun akan disokong terus ke peringkat EB.4 dalam tanggagaji D.3 EB.4 ( jika tidak ada kekosongan dalam jawatan Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara Tingkat III).

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Penyelia Shif dalam:

 

1.   Membantu Pegawai Yang Menguasai Lalulintas Udara di dalam memenuhi fungsi kawalan lalulintas udara

      samada bertugas di menara kawalan, Pusat Radar atau di Pusat Penyelarasan Mencari dan Menyelamat.

 

2.  Menerima Plan Penerbangan dan memasukkan maklumat berkenaan di ‘Flight Progress Strips’.

 

3.  Memberikan dan menerima data kawalan lalulintas udara kepada/daripada Kawalan Radar atau Unit-Unit

    Perkhidmatan kawalan lalulintas Udara yang lain termasuk bertindak sebagai penghubung bagi pegawai-pegawai

    yang menguasai lalulintas udara yang berkenaan.

 

4.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penyelia Shif dari masa ke semasa sesuai dengan  kebolehan

     pekerja tersebut.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT5 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

 

TEMPAT MENDAPATKAN BORANG JPM1 ATAU JPM2 DAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

 BILANGAN LK6:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK7 & LK8:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

TINGKAT 2, BAHAGIAN OPERESEN

IBU PEJABAT JABATAN PERNERBANGAN AWAM

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA

BERAKAS BB2513

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM