IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 06 SEPTEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  33/08/06 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1

PENGUASA

DI JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT1. – PT3

&

 CARA PERMOHONAN

 

PT2

KETUA PENTERJEMAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

PT3

PENOLONG PENGARANG

PUSAT SEJARAH

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

LK4

TUKANG GAMBAR / PENYIMPAN PELAN

DI JABATAN KERJA RAYA

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

LK4.

&

CARA PERMOHONAN

 

LK5

PENOLONG PEGAWAI PEROLEHAN

DI JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

LK5.

&

CARA PERMOHONAN

 

 

   LK6

GURU BAGI ORANG-ORANG TULI

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

LK6. – LK7.

&

CARA PERMOHONAN

 

LK7

TUKANG PENGAMBIL DARAH

DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN )

 

LK8

PEMBANTU ELEKTRIK

DI JABATAN LAUT

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

LK8. – LK10.

&

CARA PERMOHONAN

 

LK9

WIREMAN TINGKAT II

DI JABATAN LAUT

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

LK10

TUKANG CAT

DI JABATAN LAUT

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

 

GH11

KETUA JURUTEKNIK UKUR

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5

 (BAHAGIAN III)

GH11.

&

CARA PERMOHONAN

                                       

 

                                      

         << Kembali Ke Maklumat Semasa                                        

 

 

 

PT1.

 

PENGUASA

DI JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i) Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan  

           Bangunan / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan.

 

Kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dalam tanggagaji C3 tidak kurang 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Calon-calon yang telah mengikuti serta lulus dengan kepujian kursus-kursus dalam bidang teknikal yang berkaitan yang dianjurkan atau diakui oleh Jabatan Kerja Raya merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

[ BAGI BAHAGIAN AIR (SWE) ]

 

1.  Melapor kepada Jurutera Air Daerah ( Unit Produksi ) dan Jurutera Air Kanan.

 

2. Mentadbir dan menyelars aktiviti-aktiviti dan pemeliharaan di Loji-Loji Rawatan yang diaturkan termasuk asset

    Babang ( Barrages).

 

3. Bertanggungjawab terhadap Pentadbiran Operasi dan keselamatan bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.

 

4.  Merancang dan mencadangkan keperluan peruntukan bagi memenuhi strategi perancangan dan operasi preventive bagi memastikan mutu pengeluaran dari Logi Rawatan Air.

 

5.   Memastikan efficiency pengeluaran dari Loji-Loji Rawatan dan Stesen Pam yang optima disetiap masa dari segi kuantiti dan kualiti.

 

6.    Memantau pengeluaran bekalan air bersih setiap hari dan kualiti air dari Loji-Loji Rawatan Air.

 

7.   Berhubung dengan unit-unit lkain bagi persediaan aktiviti pebutupan ( shutdown ) dari Loji Rawatan Air bagi yang berancang atau emergency.

 

8.   Menyediakan dan menghadapkan laporan harian dan bulanan bagi operasi Loji-Loji Rawatan Air.

 

9.   Melaksanakan dan memenuhi permohonan dan arahan dari Ketua Jabatan, Bahagian dan Unit.

 

10. Menyediakan sebutharga dan tawaran bagi memenuhi keperluan operasi dan efficiency Loji-Lojo Rawatan dan asset-asset lain dan menghadapkan ke Ketua Bahagian untuk kebenaran.  Ini termasuk kerja-kerja pengawasan dan pentadbiran kewangan dalam melaksanakan projek-projek tersebut.

 

[ BAGI BAHAGIAN PENGURUSAN BANGUNAN (SMB) ]

 

1.   Memelihara dan membuat pengubahsuaian bagi bangunan-bangunan dan perumahan Kerajaan.

 

2.   Mendapat keterangan projek dan lain-lain keperluan dari pelanggan.

 

3. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk permohonan peruntukan seperti yang dipohonkan oleh Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

 

4.  Menyediakan / menyemak dokumen tawaran projek, kontrek penggal dan sebut harga dan membuat penilaian serta temududga pemborong selanjutnya membuat sokongan.

 

5.   Mengawasi dan mengurus perlaksanaan prjek-projek pemeliharaan hingga diserahkan kepada pelanggan.

 

6.   Memeriksa dan menilai kedudukan kemajuan projek bagi pembayaran.

 

7.   Memastikan dan memantau kerja-kerja pemeliharaan mempunyai mutu kerja yang tinggi.

 

8.   Mensahkan pembayaran projek-projek dibawah pengawasan.

 

9.   Menyediakan surat-menyurat dan membuat laoran yang berkaitan dengan pentadbiran dan kontrek.

 

10. Menjaga hal ehwal kesejahteraan kakitangan bawahan.

 

11. Menerima arahan pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

PT2.

 

KETUA PENTERJEMAH

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang penterjemahan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

                                                ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penterjemah Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Sebagai Jurubahasa kepada Persidangan Majlis-Majlis Mesyuarat.  Menyemak terjemahan kertas-kertas Majlis Mesyuarat yang sudah ditaip dan yang diterima.  Menterjemahkan Minit-Minit Mesyuarat dan Kertas-Kertas Majlis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris atau sebaliknya. Menjadi Pegawai Protokol kepada pelawat-pelawat.

 

 

<< Atas

 

 

PT3.

 

PENOLONG PENGARANG

PUSAT SEJARAH

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang penulisan atau bidang bersesuaian.

 

Mempunyai pengalaman dan/atau kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang yang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat di Pejabat Pusat Sejarah sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan /Penerbitan dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pengarang atau dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang Penulisan / Penyuntingan / Penerbitan dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 4 tahun atau tanggagaji D1 tidak kurang 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

b) Mempunyai bakat dan pengalaman dalam bidang penulisan secara kreatif dan ‘non-kreatif’ serta dapat menunjukkan karya-karya yang sudah diterbitkan.

 

c)  Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan.

 

2.   Membantu mengumpul dan mecari bahan seperti menghubungi penulis dan membuat wawancara.

 

3.  Membantu dalam kerja-kerja pemilihan dan penyuntingan bahan dan seterusnya menaip atau mengedit / menyemak pruf bagi penerbitan majalah bulanan.

 

4.   Menulis karya-karya kreatif dan non kreatif untuk disumbangkan dalam majalah / jurnal terbitan Jabatan.

 

5.   Kerja-kerja lain yang diaturkan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK4.

 

TUKANG GAMBAR / PENYIMPAN PELAN

DI JABATAN KERJA RAYA

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan kerja-kerja melukis dan memahami kerja-kerja mencetak, menyusun dan menyimpan lukisan-lukisan pelan dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

[ Bagi Jabatan Kerja Raya Kuala Belai (SKB) ]

 

1.  Membantu tugas-tugas Tukan Pelan dan Tukang Lukis.

 

2.  Boleh mengendalikan mesin penggambar dibilik gambar.

 

3. Bertanggungjawab ke atas penyimpanan / failing pelan-pelan yang diarahkan dengan menggunakan sistem

    perfailing yang besistematik.

 

4. Mengemaskinikan data-data penyimpanan dengan menggunakan komputer.

 

[ Bagi Bahagian Struktur (STE) ]

 

1. Bertanggungjawab menyimpan / meyusun lukisan-lukisan (pelan) di Bahagian Struktur.

 

2. Mengeluarkan lukisan-lukisan yang di kehendaki oleh Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera dan Pegawai-Pegawai

    Kanan.

 

3. Memastikan segala lukisan-lukisan di simpan dengan teratur di dalam kabinet.

 

4. Bertanggungjawab mengeluarkan peralatan-peralatan lukisan jika dikehendaki.

 

 

 

<< Atas

 

LK5.

 

PENOLONG PEGAWAI PEROLEHAN

DI JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

C.3-4 EB.5  ( $1,990 - $2,970 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Ekonomi / Perakaunan / Perdagangan atau dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bagi Penolong Pegawai Perolehan di Unit Tawaran

 

Bertanggungjawab kepada Pegawai Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal seperti berikut:

 

1. Membantu Setiausaha kepada Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pertahanan khususnya dalam mengkordinasikan mesyuarat, menyediakan kertas kerja, penyediaan minit dan tindakan-tindakan ke atas keputusan Lembaga.

 

2.   Membantu dalam menguruskan pengeluaran tawaran secara iklan dan jemputan kepada pembekal-pembekal.

 

3. Membantu dalam menguruskan kontrak-kontrak berterusan termasuk menyediakan spesifikasi tawaran,

    mengeluarkan tawaran dan menyediakan kontrak untuk ditandatangani.

 

Bagi Penolong Pegawai Pegawai di Unit-Unit Perolehan

 

Bertanggungjawab kepada Pegawai Perolehan dan membantunya dalam segala hal perolehan seperti berikut:

 

1.   Membantu menguruskan perbekalan (pembelian/perkhidmatan) yang diperlukan oleh semua Jabatanarah di Kementerian Pertahanan, ABDB dan Pasukan Simpanan Gurkha mengikut Peraturan Kewangan Kerajaan.

 

2.   Membantu dalam menyemak dan mengesahkan tuntutan-tuntutan yang diterima dari pembekal/pemborong ke atas perkhidmatan pembekal/pembaikan/pemeliharaan yang telah dilaksanakan dan menghadapnya ke Bahagian Kewangan untuk urusan pembayaran.

 

 

Bagi Penolong Pegawai Pegawai di Unit Dokumentasi dan Penyelidikan Pasaran (UDPP)

 

Bertanggungjawab kepada Penolong Pengarah Perolehan dan membantunya dalam hal-hal berikut:

 

1. Membuat kajian sumber perbekalan dari dalam dan luar negeri dan mengedarkan maklumat mengenainya kepada Pegawai-Pegawai Perolehan.

 

2.  Mengurus pendaftaran pembekal-pembekal yang ingin membekalkan barangan atau memberikan

    perkhidmatan kepada Kementerian Pertahanan dan seterusnya memberikan penerangan dan khidmat nasihat

    mengenai peraturan pendaftaran dan tatacara memberikan tawaran atau sebutharga.

 

3.  Menyediakan laporan-laporan perbekalan dan juga prestasi pembekal.

 

4. Menyelaras format-format dokumen yang digunakan oleh Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.

 

5.Sebagai kordinator yang menyelaras keperluan Jabatanarah bagi penggunaan sistem berkomputer (DEFLIS).

  

Bagi Penolong Pegawai Pegawai di Unit Kawalan Mutu dan Pengangkutan (KM & PGKTN)

 

Bertanggungjawab kepada Pegawai Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal seperti berikut:

 

1. Mengurus penerimaan barang dan memastikan kualiti serta kuantitinya menepati pesanan.

 

2. Menguruskan penghantaran barang-barang yang dihantar ke luar negeri untuk diperbaiki dan juga barang

    persendirian Anggota Tentera yang dihantar berkursus di luar negeri dan juga Askar-Askar Pinjaman British.

 

3. Menguruskan pengambilan barang-barang dari Pelabuhan Muara, Lapangan Terbang Antarabangsa dan Pejabat

    Pos bagi barang-barang yang dipesan terus dari firma-firma luar negeri.

 

<< Atas

 

 

LK6.

 

GURU BAGI ORANG-ORANG TULI

DI JABATAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

M.11 ($1,920 - $3,250 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)   Ijazah Sarjana muda atau kelulusan sebanding dalam bidang pendidikan.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan                sebanding dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam kerjaya pendidikan tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  BDTVEC/BTEC Diploma dalam mengajar kanak-kanak bermasalah dan telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam kerjaya pendidikan tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Boleh bercakap dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Tugas-tugas utama adalah bersangkupaut dengan pemulihan kanak-kanak yang bermasaalah pendengaran.

 

 

<< Atas

 

 

LK7.

TUKANG PENGAMBIL DARAH

DI JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 - $875 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)   Lulus Penilaian Menengah Bawah (PMB) atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan adalah diutamakan.

 

c)   Mengetahui sedikit sebanyak dalam pertuturan loghat setempat seperti Dusun, Iban, Tutong, Belait dan Murut merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertugas di kampong-kampong pendalaman bermalam dan berkhemah, bersedia bila-bila masa apabila dikehendaki.

 

<< Atas

 

 

LK8.

 

PEMBANTU ELEKTRIK

DI JABATAN LAUT

D.3-4 EB.5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Elektrikal.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

b)     Pengalaman yang bersangkut paut dengan kerja-kerja laut/perkapalan merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Menyelenggara, memelihara dan membaiki peralatan utama dan tambahan ‘pengeluar kuasa letrik’ dipasang di kapal-kapal dan lancaran-lancaran kepunyaan Jabatan Laut.  Menyediakan indent bagi barang-barang simpanan kuasa letrik dan membaiki serta memelihara perkakas-perkakas kuasa tenaga letrik dan pemasagab kawat-kawat letrik.

 

<< Atas

 

 

LK9.

 

WIREMAN TINGKAT II

DI JABATAN LAUT

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)    BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) dalam bidang Elektrikal.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Membantu kerja-kerja merawat, memelihara dan membaiki alat-alat kelengkapan elektrik pada kapal-kapal dan juga alat-alat dan juga alat-alat pelayaran kepunyaan Jabatan.

 

<< Atas

 

 

LK10.

 

TUKANG CAT

DI JABATAN LAUT

F.1-2-3-4 EB.5 ($445 - $700 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)  BDTVEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau kelulusan sebanding dalam bidang Painting dan Decorating.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

b)   Sihat tubuh badan dan boleh bekerja di atas binaan yang tingginya tidak kurang dari 33 meter.

 

c)   Berpengalaman dalam kerja-kerja tukang cat dan pandai berenang adalah keutamaan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Tugas-tugas mereka ialah membersihkan dan mencat perkakas-perkakas, bina-binaan, pancang-pancangan dan lain-lain di Bahagian Kecil Tanda-Tanda Pelayaran atau Bahagian Kecil Bengkel (Worksyop) dan apa-apa juga yang ditugaskan Pegawai Jurutera Laut ( Perkhidmatan ) dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

GH11.

 

KETUA JURUTEKNIK UKUR

JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains Ukur/Tanah/Pemetaan/Geomatik/Geographic Information System atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

b)   Mempunyai pengalaman yang luas dan terbukti dalam salah satu bidang kerja-kerja ukur Tanah / Geomatik.

 

c)   Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam pentadbiran dan pengurusan maklumat tanah.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.   Membantu Juruukur dalam bidang-bidang kerja Teknikal uang berhubungkait dengan bidang Ukur Tanah dan Geomatik.

 

2.    Membantu Unit Kecil Ukur Tanah atau Pemetaan Informatik.

 

3.    Membantu Juruukur dalam mempastikan tugas atau projek yang dirancang dilaksanakan.

 

4.    Memeriksa peralatan di unit-unit masing-masing bertugas atau projek yang dirancang dilaksanakan.

 

5.    Memeriksa peralatan di unit-unit masing-masing berfungsi dan menepati spesifikasi.

 

6.    Memeriksa ketepatan kerja-kerja Pengukuran Tanah dan Pemetaan Informatik.

 

7.   Menyelia dan menyemak perjalanan kerja-kerja mengikut prosedur Sistem Pengurusan Berkualiti (ISO 9001).

 

8.   Bertanggungjawab dalam Pembahagian kerja-kerja ukur kepada Kakitangan bawahan.

 

9.   Bertanggungjawab sebagai penyelaras sumber tenaga kerja bawahan.

 

10. Membimbing dalam mendorong kakitangan bawahan dalam pencapaian hasil kerja yang optima dan memantau kemajuan kerja setiap individu.

 

11. Membuat Penilaian kemahiran kakitangan bawahan dalam kerja teknikal masing-masing.

 

12. Ahli Jawatankuasa Kecil ‘Quality Control Ciricle’ bagi Sistem Pengurusan berkualiti (ISO 9000) di Jabatan ini.

 

13. Tugas-tugas yang difikirkan perlu dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT3 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK4:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

BAHAGIAN PENTADBIRAN

 IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

 

 

 

 TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK5:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

K19 IBU PEJABAT JABATANARAH

PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA

BOLKIAH GARRISON KEMENTERIAN PERTAHANAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK6 & LK7:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN, TINGKAT I

COMMONWEALTH DRIVE, JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8 – LK10:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

SERASA MUARA BT1728

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH11:

 

JURUUKUR AGUNG

TINGKAT 4, IBU PEJABAT JABATAN UKUR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM