IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 04 OKTOBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  37/09/06 (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

PT1

JURUUKUR BAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $$4,240 SEBULAN)

PT1 – PT3

&

CARA PERMOHONAN

 

PT2

PEGAWAI KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

 ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

PT3

PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

LK4

PENGAWAS KECIL TINGKAT I

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

LK4

&

CARA PERMOHONAN

 

LK5

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

DI JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

LK5 – LK6

&

CARA PERMOHONAN

 

   LK6

JURUTEKNIK TERNAKAN

DI JABATAN PERTANIAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

LK7

PENOLONG PEGAWAI SEJARAH TINGKAT II

DI JABATAN PUSAT SEJARAH

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

LK8

JURUTEKNIK PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAN KANAN (PERGIGIAN)

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

LK8

&

CARA PERMOHONAN

 

GH9

JURUUKUR BAHAN

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

GH9

 &

CARA PERMOHONAN

 

GH10

PEGAWAI KERJA

DI PEJABAT SURUHANJAYA

PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

GH10

 &

CARA PERMOHONAN

 

 << Atas

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa

 

 

 

PT1.

JURUUKUR BAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $$4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan

 

b)     Menjadi Ahli Badan Professional yang diiktiraf seperti Royal Institute of Chartered Surveyor, United Kingdom atau sebanding merupakan kelebihan.

 

c)      Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja mengukur bahan, menaksir bil bahan-bahan yang berkaitan dengan pelbagai jenis ‘structure’ bangunan, jambatan-jambatan dan lain-lain serta berpengalaman dalam menilai bangunan Awam dan Swasta tidak kurang dari 6 tahun.

 

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengetuai kerja-kerja ukur Bahan di Unit Pemeliharaan Istana.

 

2.      Mengendalikan hal-hal kontrak.

 

3.      Membuat penaksiran kerja-kerja yang akan ditawarkan.

 

4.      Menyediakan dokumen-dokumen untuk tawaran dan sebutharga.

 

5.      Membuat penilaian dan sokongan tawaran.

 

6.      Menyemak dan meneliti tuntutan kontraktor seperti time sheet, reports, attendance dan lain-lain.

 

7.      Menyediakan sijil-sijil bayaran dan pesanan perubahan, waran-waran, indent, laoran siap kerja dan lain-lain.

 

8.      Menyediakan sistem pemantauan bagi ‘cost control’ pada projek.

 

9.      Membuat anggaran belanjawan bagi projek-projek yang dikendalikan oleh Unit Pemeliharaan Istana.

 

10.   Mengendalikan kerja-kerja hartanah Kerabat Diraja termasuk memeriksa kerosakan dan meneliti tuntutan bayaran yang telah dituntut oleh kontraktor.

 

11.       Membuat lawatan dan penyukatan ke tapak binaan dan memeriksa apa-apa kerosakan yang telah diadukan oleh mana-mana pihak.

 

12.       Membuat kerja-kerja penaksiran seperti pagar yang dituntut oleh Orang-Orang Kenamaan termasuk melawat dan menyukat tempat berkenaan.

 

13.       Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

PT2.

PEGAWAI KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN )

ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:        

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:       

 

a)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kerja Tingkat I dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas-kertas kerja merupakan keutamaan.

 

c)      Kebolehan menggunakan komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membuat penyelidikan.

 

2.      Menyediakan dan menyempurnakan tugas/kertas kerja/laporan/persuratan menurut yang ditetapkan/diarahkan.

 

3.      Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

PT3.

 

PEMBANTU PERPUSTAKAAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1-2 EB.3 ($530 - $1,125 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Atendan Perpustakaan dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu serta mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)      Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Ketua Cawangan.

 

2.      Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai.

 

3.      Membantu mengendalikan penyusunan dan  seterusnya penyebaran maklumat secara on-line (dengan menggunakan komputer).

 

4.      Membantu mengendalikan promosi perpustakaan.

 

<< Atas

 

 

LK4.

 

PENGAWAS KECIL TINGKAT I

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

D.4 EB.5 ($1,225 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Kebangasaan Peringkat Biasa (ND) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam kerja penyeliaan buruh dan pengawasan serta pemeliharaan bangunan merupakan kelebihan.

 

c)      Lulus Peperiksaan Sekolah Ugama Darjah VI (Sijil Sekolah Rendah Ugama).

 

d)     Boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengatur jadual dan penempatan bertugas tukang-tukang kayu dan buruh.

 

2.      Mengatur jadual bertugas dan memberi arahan kepada penjaga malam.

 

3.      Bertanggungjawab terhadap kebersihan luar dan dalam bangunan pejabat.

 

4.      Mengawasi projek-projek pembaikan terhadap bangunan pejabat.

 

5.      Bersedia untuk bertugas pada bila-bila masa diperlukan.

 

<< Atas

 

 

LK5.

 

PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN

DI JABATAN PERTANIAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Pertanian / Pemasaran / Perekonomian atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Pertanian Kanan / Juruteknik Makmal Kanan / Pembantu Teknik Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Perusahaan Kampung Kanan atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari  5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Berpengetahuan serta berpengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan peralatan komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Memantau, menilai dan menyelaras laporan kemajuan projek-projek dan kegiatan-kegiatan Jabatan.

 

2.      Membuat kajian projek-projek semasa yang berkaitan.

 

3.      Membantu dalam pemindahan teknologi-teknologi pertanian.

 

4.      Menjalankan tugas-tugas tambahan yand diarahkan oleh Ketua Pejabat dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

LK6.

 

JURUTEKNIK TERNAKAN

DI JABATAN PERTANIAN

D.1-2-3 EB.4-5 ($530 - $1,625 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    Lulus dengan Kepujian 4 mata pelajaran  Sijil Am Pelajaran Brunei Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.  

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam bidang kerja yang berkaitan merupakan kelebihan.

 

c)      Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Memberi khidmat nasihat dan tunjuk cara berkenaan pengurusan dan pemeliharaan ternakan kepada penternak.

 

2.      Membuat kerja-kerja rawatan penyakit dan musuh ternakan jika diarahkan oleh Pegawai Haiwan.

 

3.      Membuat catatan kemajuan pengeluaran ladang ternakan.

 

<< Atas

 

 

LK7.

 

PENOLONG PEGAWAI SEJARAH TINGKAT II

DI JABATAN PUSAT SEJARAH

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang berkaitan dengan Sejarah atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dan pernah menulis rencana-rencana dalam penyelidikan Sejarah, Adat Istiadat dan Kebudayaan merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat di Jabatan Pusat Sejarah sebagai Pembantu Penyelidik Sejarah atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)    Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

 

b)     Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik serta boleh membaca dan menulis Jawi dengan baik.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Menyelidik dan mengumpul bahan-bahan sejarah untuk dijadikan bahan-bahan rujukan.

 

2.      Menyusun, menulis dan mengemaskinikan kerja-kerja penyelidikan yang telah dilakukan.

 

3.      Memberikan bantuan dan kerjasama dengan pegawai-pegawai di Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi.

 

<< Atas

 

 

 

LK8.

 

JURUTEKNIK PEMBAIKAN DAN PEMELIHARAN KANAN (PERGIGIAN)

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.2 EB.3  ( $1,450 - $2,270 SEBULAN )

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D4 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Pembaikan dan pemeliharaan segala perkakas dan mesin-mesin pergigian yang digunakan diseluruh klinik pergigian Negara Brunei Darussalam pada masa ini, termasuk Klinik Pergigian Bergerak.

 

2.      Menyediakan pelan-pelan kasar ( bentuk almari, paip air dan angin, soket letrik dan lain-lain ) yang ada sangkut paut dengan kegunaan sesebuah klinik pergigian terutama pergigian sekolah-sekolah.

 

3.      Memasang mesin-mesin pergigian seperti kerusi dan unit pergigian.

 

4.      Membuat lawat ke daerah-daerah mengikut jadual tertentu untuk membaiki dan memelihara alat-alat dan mesin-mesin pergigian.

 

<< Atas

 

 

GH9.

 

JURUUKUR BAHAN

DI JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ukur Bahan atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan yang lebih tinggi dan menjadi ahli badan professional yang diiktiraf seperti Royal Institute of Chartered Surveyor United Kingdom atau sebanding merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Memantau perlaksanaan projek-projek Rancangan Kemajuan Negara khususnya dalam menilai dan menaksir bil bahan-bahan dalam projek-projek pembinaan.

 

2.      Membuat apa-apa jua tugas yang diaturkan berhubung dengan ukur bahan.

 

3.      Membuat penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan kajian dan banci.

 

4.      Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah atau Pegawai Kanan.

 

<< Atas

 

 

GH10.

 

PEGAWAI KERJA

DI PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2 EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membuat penyelidikan.

 

2.      Menyediakan dan menyempurnakan tugas/kertas kerja/laporan/persuratan menurut yang ditetapkan/diarahkan.

 

3.      Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT3 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK4:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

TINGKAT 3, JALAN MENTERI BESAR BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK5 & LK6:

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN 

DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

JALAN MENTERI BESAR BB3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK7:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK8:

 

 

URUSETIA LEMBAGA KAKITANGAN

KEMENTERIAN KESIHATAN, TINGKAT I

COMMONWEALTH DRIVE, JALAN MENTERI BESAR

BANDAR SERI BEGAWAN, BS3910

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH9:

 

 

SETIAUSAHA, JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPKE

JABATAN PENTADBIRAN & ICT

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI

ARAS 2A, JALAN ONG SUM PING

BANDAR SERI BEGAWAN BA1311

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH10:

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM