IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP 1 NOVEMBER 2006)

BILANGAN IKLAN:  40/10/06 (SPA/BMI)

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

LK1

JURUTERA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

PT1-PT5

&

CARA PERMOHONAN

LK2

JURUTERA

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU                        

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT3

PEREKA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

PT4

PEGAWAI HAIWAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

PT5

PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

   LK6

PENGAWAS KENDERAAN TINGKAT I

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

LK6 - LK7

&

CARA PERMOHONAN

 

   LK7

TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

GH8

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

DI JABATAN PERANCANG

BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

GH8

&

CARA PERMOHONAN

GH9

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA

 DAN SUKAN

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

GH9

&

CARA PERMOHONAN

GH10

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

GH10

&

CARA PERMOHONAN

 

 << Atas

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa

 

 

 

 

PT1.

 

JURUTERA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektronik / Perhubungan / Kejuruteraan Elektrikal / Kejuruteraan Komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.            Bertanggungjawab kepada Jurutera Pengawas dalam satu-satu bidang yang khusus dalam kejuruteraan penyiaran. Dalam beberapa hal yang tertentu, Jurutera bertanggungjawab secara langsung kepada Jurutera Penguasa.

 

2.            Dalam urusan seharian, Jurutera dikehendaki mengawasi fungsi-fungsi yang diamanahkan dan bertanggungjawab bagi prestasi unit dan kakitangan yang berkenaan. Di dalam hal ini, Jurutera hendaklah memikul tanggungjawab dalam mempastikan unitnya dapat menyediakan perkhidmatan yang dipohonkan oleh kakitangan penerbitan dan rancangan serta membantu bahagian-bahagian lain.

 

3.            Jurutera sering diberikan kuasa menilai prestasi kumpulan bekerja, membantu dalam menentukan keperluan bagi kemajuan mereka dan seterusnya membantu dalam membuat saranan tentang cara untuk memenuhi keperluan tersebut.

 

4.            Jurutera juga akan membantu dalam merangka anggaran belanjawan, bentuk serta pengawasan projek-projek yang berkaitan dengan bahagian masing-masing.

 

5.            Jurutera yang dilantik akan ditempatkan mengikut keperluan bagi tugas-tugas pengurusan yang bertanggungjawab keseluruhan satu kawasan, lokasi atau operasi di bawah seksyen-seksyen seperti berikut:-

 

-                Unit Siaran Luar

-                Satelit dan Pemancaran

-                Sekretariat Kejuruteraan

-                Studio dan Rakaman TV

-                Audio dan Perkhidmatan-Perkhidmatan

-                Group Technology

 

<< Atas

 

PT2.

 

JURUTERA

JABATAN KERJA RAYA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

ATAU

B.2($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan Professional yang sebanding dalam bidang Kejuruteraan.

 

b)     Mempunyai keahlian Badan Professional yang bersesuaian dengan bidang-bidang tugas di Jabatan Kerja Raya merupakan kelebihan.

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI B.2:       

 

a)     i)    BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)   Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pembantu Teknik dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab kepada Jurutera Kerja dan Jurutera Kerja Kanan.

 

2.      Membuat kerja-kerja rekabentuk, spesifikasi dan schedules dan Bill of Quantities.

 

3.      Melawat projek ditapak binaan dan menyediakan laporan perkembangan projek.

 

4.      Monitor perkembangan projek-projek yang dilaksanakan.

 

5.      Menyelaras dengan Jabatan-Jabatan atau konsultan bagi mempastikan projek-projek berjalan dengan lancar dan baik.

 

<< Atas

 

PT3.

 

PEREKA TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

   ATAU

B.2  ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2 EB.3:

 

a)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis / Seni Halus / Reka Bentuk Grafik / Reka Bentuk Dalaman atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI B.2:

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau kelulusan sebanding dalam bidang Seni Reka dan Seni Lukis / Seni Halus / Reka Bentuk Grafik / Reka Bentuk Dalaman atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tangggagaji C3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pereka Tingkat II atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis.

 

 

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Mengendalikan projek-projek hiasan dalaman, dari peringkat awal rekabentuk ‘sketch design’ rekabentuk terperinci, lukisan kerja hingga ke peringkat tawaran (tender) mengikut prosedur-prosedur.

 

2.      Memastikan projek yang di bawah jagaan berjalan dengan teratur.

 

3.      Sentiasa memastikan hasil kerja dan perkhidmatan mencapai mutu yang paling tinggi dan menepati “dateline”.

 

4.      Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi sebagai satu perkara yang penting bagi menghasilkan rekabentu/kerja yang bermutu.

 

5.      Melakukan audit dalaman ke atas projek-projek dan proses-proses di dalam system pengurusan kualiti.

 

6.      Membantu Pereka Kanan dalam semua hal rekabentuk.

 

7.      Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

PT4.

 

PEGAWAI HAIWAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Penternakan / Sains Veterinar atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pemeliharaan ternakan khususnya dalam hal-hal pencegahan penyakit merupakan keutamaan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab dalam pengawalan, penyelidikan dan memberi khidmat nasihat berkenaan dengan penyakit haiwan dalam pengurusan, permakanan dan kesihatan haiwan di Negara Brunei Darussalam.

 

2.      Membuat penerangan dan pencegahan penyakit haiwan termasuk kawalan, rawatan dan pembedahan.

 

3.      Menyediakan program kawalan penyakit haiwan kebangsaan.

 

4.      Menyediakan plan perancangan bagi kemajuan industri ternakan di negara ini.

 

5.      Mensyorkan, mengawal dan memantau pendaftaran ubat-ubatan veterinar.

 

6.      Bertanggungjawab dalam kerja-kerja pemeliharaan kuarantina dan menyediakan peraturan-peraturan import dan eksport haiwan.

 

7.      Bertanggungjawab dalam pemantauan pengurusan pusat-pusat penyembelihan yang diiktiraf halal di Negara ini.

 

8.      Menjalankan tugas-tugas tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pejabat dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

PT5.

 

PEGAWAI PEMELIHARAAN TERNAKAN

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Sains / Biologi / Kimia / Sains Biologikal / Mikrobiologi / Biokimia / Sains Veterinar.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab dalam perancangan dan perlaksanaan Rancangan Kemajuaan Negara bagi kemajuan industri ternakan.

 

2.      Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana aktiviti-aktiviti projek tahunan makmal.

 

3.      Bertanggungjawab dalam menyelaras dan melaksana kajian dan penyelidikan bagi mendokong program keselamatan makanan hasil ternakan melalui penganlisaan makmal.

 

4.      Merancang dan melaksanakan program latihan bagi tenaga teknikal makmal mengenai pengendalian peralatan makmal dan teknik-teknik penganalisaan.

 

5.      Menyelaras dan menjalankan rancangan projek-projek kerjasama di bidang makmal dengan agensi-agensi dalam dan luar negeri.

 

6.      Bersedia bekerja dan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

LK6.

 

PENGAWAS KENDERAAN TINGKAT I

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     i)    BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau kelulusan sebanding dalam bidang Kejuruteraan Automobil atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah bekhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)     Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pengawasan kakitangan dan pengurusan kenderaan darat dan laut merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab dan melapor kepada Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran Am & Kemudahan-Kemudahan).

 

2.      Sebagai ketua di Unit Pengangkutan dan Kenderaan, Jabatan Pentadbiran Dan Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

 

3.      Bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengurusan, pengawasan dan perlaksanaan tugas dan tanggungjawab serta masaalah-masaalah yang berbangkit di Unit Pengangkutan dan Kenderaan.

 

4.      Membuat laporan kerja bulanan dan tahunan Unit Pengangkutan dan Kenderaan kepada Penolong Pengarah (Bahagian Pentadbiran Am & Kemudahan-Kemudahan), Jabatan Pentadbiran dan Kemudahan.

 

5.      Menjalankan apa jua arahan tugas dari pegawai kanan atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

LK7.

 

TUKANG MASAK ASRAMA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

F.3-4 EB.5 ($550 - $700 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Berumur 18 tahun hingga 45 tahun.

 

b)     i)    BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 3 (NTC3) atau kelulusan sebanding dalam bidang Basic Cookery / Basic Food and Beverage Services.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

ATAU

 

ii)      Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Masak atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji F1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

c)      Kelayakan tambahan dalam bidang masakan dan boleh memasak berbagai hidangan merupakan kelebihan.

 

d)     Mempunyai pengetahuan agama Islam dan boleh membaca Al-Quran dengan baik merupakan kelebihan.

 

e)     Berkebolehan membaca dan menulis jawi serta boleh bertutur dan faham Bahasa Inggeris merupakan kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab dan melapor kepada Ketua Tukang Masak.

 

2.      Menyediakan makanan/minuman untuk penuntut-penuntut sekolah / asrama yang menerima kemudahan rancangan permakanan pada waktu yang telah ditetapkan.

 

3.      Bertanggungjawab untuk mempastikan hidangan yang diberikan kepada penuntut itu memusakan dan selamat serta berusaha untuk meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan resepi makanan yang dihidangkan.

 

4.      Bertanggungjawab keatas keselamatan dan kebersihan bilik dapur, alat perkakas dapur dan pinggan mangkok serta menyusunnya ditempat yang disediakan dengan sempurna setiap kali selesai digunakan.

 

5.      Melaporkan segala kekurangan dan kerosakan alat-alat perkakas dapur kepada Ketua Tukang Masak atau kakitangan kanan sekolah.

 

6.      Membantu untuk menyediakan dan menyemak tuntutan rancangan permakanan sekolah dan ‘delivery order’.

 

7.      Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai kanan atasan dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

 

 

GH8.

 

PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA

DI JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang Perancangan Bandar dan Desa atau bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang tersebut di atas merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                  Menyediakan pelan-pelan perancangan strategk dan tempatan, skim-skim perancangan perumahan, susunatur (layout) perancangan dan lain-lain yang berhubungkait serta membuat kajian-kajian dan laporan-laporan perancangan mengemukakan cadangan kaedah-kaedah dan dasar-dasar peracangan untuk pertimbangan.

 

2.                  Menyelaras perancangan dan pemberian tapak-tapak projek Kerajaan dan swasta serta menyediakan khidmat nasihat kepada pihak-pihak Kerajaan dan orang ramai dalam hal-hal perancangan fizikal.

 

3.                  Mentadbir dan mengurus perlaksanaan Akta Perancangan Bandar dan Negara 1972.

 

4.                  Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh ketua atau pegawai atasan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

GH9.

 

PEGAWAI BELIA DAN SUKAN

DI JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

$90.45 SEHARI / C.3-4 EB.5 (BAHAGIAN III)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan lebih tinggi merupakan kelebihan.

 

b)     Berpengetahuan serta berpengalaman dalam mengendalikan dan menggunakan peralatan komputer merupakan kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal berikut:-

 

i)              Pentadbiran dan pengurusan kakitangan.

 

ii)            Penyelidikan, penerangan dan perkembangan hal ehwal belia dan sukan.

 

iii)          Merancang, menyusun dan melaksanakan program tahunan belia dan sukan di peringkat Jabatan, Daerah dan Kebangsaan.

 

iv)          Menyelaras, menyediakan dan mengumpul rekod serta maklumat tentang kegiatan-kegiatan Jabatan dan Persatuan-Persatuan Belia dan Sukan secara sistematik bagi laporan bulanan dan tahunan.

 

v)            Terlibat dalam promosi kegiatan belia dan sukan.

 

vi)          Terlibat dalam melaksanakan dasar dan prosedur berkaitan.

 

vii)        Urusan pentadbiran dan perhubungan dengan agensi-agensi yang berkenaan di dalam dan di luar negeri.

 

viii)      Terlibat dalam penyediaan Anggaran Belanjawan Tahunan dan rancangan Kemajuan Belia dan Sukan.

 

2.      Terlibat sebagai Jawatankuasa dalam aktiviti-aktiviti Jabatan.

 

<< Atas

 

 

 

GH10.

 

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT II

JABATAN PERDANA MENTERI

$103.00 SEHARI / B.2. EB.3 (BAHAGIAN II)

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

a)     Ijazah Sarjana Muda atau kelulusan sebanding dalam bidang berkaitan dengan ehwal tenaga (seperti minyak, gas, elektrik, petrokimia, renewable energy) atau bidang bersesuaian.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.      Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam membuat penyelidikan, penganalisaan, perancangan dan perlaksanaan dalam hal ehwal industri tenaga.

 

2.      Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam membuat perancangan pembaharuan dan pemantauan ke atas projek-projek yang berkaitan dengan hal ehwal industri tenaga.

 

3.      Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam penyelidikan, pengendalian dan pengurusan serta membuat laporan dalam hal ehwal industri tenaga yang berkaitan dengan ehwal dasar, pasaran dan pengawalan.

 

4.      Bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam urusan-urusan penyelidikan, pemantauan, perancangan dan penyelarasan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara yang berkaitan dengan industri tenaga dan perhubungan serantau dan antarabangsa.

 

5.      Bertanggungjawab bagi membantu Ketua Bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan Jabatan-Jabatan di dalam bidang industri tenaga.

 

6.      Membantu dalam hal-hal yang berhubung dengan pengendalian dan penyelarasan hal ehwal Audit Dalaman.

 

7.      Menjalankan penyelidikan serta membuat laporan atas kertas kerja yang berkaitan dengan hal ehwal industri tenaga dengan matlamat menpertingkatkan dan memperkembangkan industri tenaga Negara ini di dalam dan luar negeri.

 

8.      Melaksanakan kerja-kerja dan tugas-tugas sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Bahagian dari masa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI BILANGAN PT1 HINGGA PT5 :

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN LK6 & LK7:

 

 

UNIT KEANGGOTAAN DAN PENGIKLANAN

BAHAGIAN PERJAWATAN, JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN

BLOK B, BILIK B306, TINGKAT 3

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH8:

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH9:

 

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN, TINGKAT 4

JABATAN BELIA DAN SUKAN

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

SIMPANG 336-17, TINGKAT 7

JALAN KEBANGSAAN BA1210

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN GH10:

 

 

SETIAUSAHA

JAWATANKUASA PENGAMBILAN KAKITANGAN JPM

JABATAN PERDANA MENTERI

BANGUNAN SEKRETARIAT, JALAN ELIZABETH 2

BANDAR SERI BEGAWAN BS8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM