IKLAN JAWATAN - JAWATAN KOSONG

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

IKLAN PERATURAN 38(B)

 

DIBUKAKAN KEPADA PEGAWAI DAN KAKITANGAN

KEMENTERIAN/JABATAN YANG DISEBUTKAN SAHAJA

 

 

 

SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA KEMENTERIAN/JABATAN MASING-MASING

 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan SURAT PEMBERITAHUAN

 mengenai jawatan berikut:-

 

 

BIL

JAWATAN

KEMENTERIAN / JABATAN

BILANGAN IKLAN

TARIKH TUTUP IKLAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

1.

PEGAWAI PERIKANAN KANAN
(B.3)

Tugas dan Tanggungjawab

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

7/2011

26 MAC 2011

1

2.

PEGAWAI PELAJARAN KANAN
(G.15)

Tugas dan Tanggungjawab

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

8/2011

2 HINGGA 6

3.

NAZIR KANAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA
(G.12)

Tugas dan Tanggungjawab

4.

NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA (G.9)

Tugas dan Tanggungjawab

5.

NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DEWASA (G.9)

Tugas dan Tanggungjawab

6.

PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN
(G.5)

Tugas dan Tanggungjawab


<< Kembali Ke Maklumat Semasa

  

1.

PEGAWAI PERIKANAN KANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 

  KELAYAKAN MINIMUM:     

 

   1.        a.        i.   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perikanan atau bidang bersesuaian.   

 

  1. Sedang berkhidmat di Jabatan Perikanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama sebagai Pegawai Perikanan dalam tanggagaji B.2 / B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 / B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 / B.2 EB.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan bersih dari tindakan tatatertib/jenayah.

 

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERIKANAN KANAN:

  1. Bertanggungjawab bagi menyediakan rancangan-rancangan kerja serta mengawasi perlaksanaan projek-projek dalam bidang-bidang yang dikenalpasti bagi meningkatkan dan/atau memudahkan penghasilan industri perikanan dan bidang-bidang yang berkaitan dengannya.
     

  2. Mengurus, mengawas dan memajukan tenaga kerja dalam bahagian masing-masing.
     

  3. Sebagai Ketua Bahagian bagi bahagian-bahagian masing-masing.
     

  4. Seperti yang diarahkan oleh Pejabat Pengarah dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

2.

PEGAWAI PELAJARAN KANAN

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.15 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

 1.              a.       i.   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

  1. Sedang berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

  1. Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah sedang berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Diploma / Sijil Pendidikan / Sijil Perguruan.
     

  2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Pegawai Kanan dalam Pentadbiran Sekolah Ugama (Arab) adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, lulus tapisan keselamatan dan bersih daripada rekod-rekod jenayah dan Syarie.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PELAJARAN KANAN:

  1. Membantu Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas terhadap kemajuan pendidikan / pembelajaran dan pengurusan pentadbiran.
     

  2. Membuat perancangan bagi meningkatkan perkembangan akademik di Sekolah-Sekolah Arab.
     

  3. Mengendalikan kajian-kajian sebagai usaha pembaikan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pendidikan.
     

  4. Lain-lain tugas yang berkaitan dengan perkembangan dan pengukuhan Ugama Islam melalui pendidikan dan persekolah ugama / Arab.
     

  5. Bertanggungjawab dalam meneliti dan mengemaskinikan maklumat / data / laporan yang berkaitan dengan perkembangan, pengurusan pentadbiran / pendidikan.
     

  6. Menerima arahan dari semasa ke semasa dari pihak jabatan.

 << Atas

 

3.

NAZIR KANAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.12 ($2,300 - $2,660 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   1.           a.   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam pendidikan dan pentadbiran sekolah atau
                bidang bersesuaian.

 

ATAU

 

  1. Sedang  berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Nazir Sekolah-Sekolah Ugama / Nazir Sekolah-Sekolah Ugama Dewasa dalam tanggagaji G.9 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

 

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru Sekolah Arab (G.6) / Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (G.7) atau jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan pendidikan dan pentadbiran sekolah ugama dalam tanggagaji sebanding tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB NAZIR KANAN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA:

  1. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkembangan dan pengukuhan ugama Islam melalui pendidikan dan persekolahan ugama Islam.
     

  2. Memantau perjalanan dan perkembangan pelajaran ugama melalui lawatan-lawatan dan pencerapan-pencerapan ke semua jenis persekolah ugama.
     

  3. Membantu Ketua Bahagian Kenaziran dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab Bahagian Kenaziran.
     

  4. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

   << Atas
 

4.

NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.9 ($1,910 - $2,650 SEBULAN)

KEKOSONGAN = EMPAT (4)

 


KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1.         a.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) / Diploma Pengajian Islam atau
                sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas (G.5) / Guru Sekolah Arab (G.6) / Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (G.7) atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidian / Sijil Perguruan.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam pemantauan sekolah-sekolah atau pentadbiran persekolahan ugama atau tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kegiatan-kegiatan di Sekolah-Sekolah Ugama adalah keutamaan.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA:

  1. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan perkembangan dan pengukuhan ugama melalui pendidikan dan persekolahan Ugama Islam.
     

  2. Mengadakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah Ugama dan satu Matapelajaran Ugama di Sekolah-Sekolah Rendah / Swasta / Menengah serta Kelas Dewasa dan Pelajaran Lanjutan.
     

  3. Menilai persediaan mengajar dan tahap professionalism Guru dalam menyampaikan pengajaran serta mengawasi kesesuaian dan keberkesanan pengunaan alat bantu mengajar.
     

  4. Memberi ulasan serta merta kepada Guru-Guru Besar / Ketua Guru Ugama dan Guru-Guru Ugama tentang hasil pemeriksaan, penilaian dan pencerapan yang dilaksanakan dan seterusnya memberikan cadangan-cadangan pembaikan dan tindakan yang perlu.
     

  5. Mengadakan lawatan susulan bagi memastikan Guru-Guru Besar / Ketua Guru Ugama dan Guru-Guru Ugama membuat tindakan dan perhatian pada setiap teguran dan cadangan-cadangan yang diberikan.
     

  6. Membantu memantau awal persekolahan dan meninjau program-program meningkatkan pencapaian pelajaran di Sekolah-Sekolah Ugama dan Satu Mata Pelajaran Ugama di Sekolah-Sekolah Rendah / Swasta dan Menengah termasuk Kelas Dewasa dan Pelajaran Lanjutan.
     

  7. Menyediakan laporan bagi setiap lawatan yang dilakukan.
     

  8. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Atasan dari  semasa ke semasa.

 << Atas

 

5.

NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DEWASA

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.9 ($1,910 - $2,650 SEBULAN)

KEKOSONGAN = SATU (1)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

   1 .            a.    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) / Diploma Pengajian Islam atau
                 sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru Ugama Terlatih Tingkat Khas (G.5) / Guru Sekolah Arab (G.6) / Penolong Pensyarah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (G.7) atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

  1. Mempunyai Diploma / Sijil Pendidian / Sijil Perguruan.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam pemantauan pelajaran ugama dewasa atau pentadbiran persekolahan ugama atau tugas-tugas lain yang berkaitan dengan kegiatan-kegiatan di sekolah-sekolah ugama adalah keutamaan.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB NAZIR SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA DEWASA:

  1. Mengadakan lawatan ke Kelas-Kelas Ugama Dewasa.
     

  2. Mengadakan lawatan pencerapan Guru Kelas Dewasa.
     

  3. Memantau perjalanan Guru-Guru Kelas-Kelas Ugama Dewasa selaras dengan kehendak Jabatan.
     

  4. Memastikan pengajaran dan pembelajaran di Kelas-Kelas Ugama Dewasa berjalan dengan baik dan lancar.
     

  5. Menyelia pengurusan, perkembangan dan kurikulum bagi matapelajaran Ugama di Kelas-Kelas Ugama Dewasa.
     

  6. Mengendalikan pemeriksaan / penilaian pengajaran Guru-Guru dan pembelajaran Matapelajaran Ugama di Kelas-Kelas Dewasa.
     

  7. Menyediakan laporan dan memberi maklumat kepada Ketua unit Kenaziran tentang hasil lawatan ke Kelas-Kelas Dewasa.
     

  8. Menyediakan penyata lawatan pada setiap bulan.
     

  9. Melaksanakan arahan Ketua Unit Kenaziran bila dikehendaki.
     

  10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan Pegawai-Pegawai Atasan dari semasa ke semasa bila diperlukan.

 

 << Atas

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN

JABATAN PENGAJIAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

G.5 ($1,485 - $2,155 SEBULAN)

KEKOSONGAN = DUA (2)

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.              a.   BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU

  1. Sedang berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Guru Ugama Terlatih atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji G.2 tidak kurang dari 5 tahun atau dalam tanggagaji G.1 tidak kurang dari 7 tahun.

  1. Mempunyai pengalaman kerja dalam hal ehwal peperiksaan adalah keutamaan.
     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PEPERIKSAAN:

  1. Membantu pegawai peperiksaan dalam mengendalikan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan peperiksaan-peperiksaan yang di bawah kawalan Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei dan Jabatan-Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

  1. Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab.

  2. Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSRU), Darjah VI Brunei.

  3. Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB).

  4. Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).

  1. Membantu dalam penyusunan jadual-jadual peperiksaan sama ada peperiksaan lisan atau peperiksaan bertulis.
     

  2. Menyediakan, menyemak dan memperoses tuntutan-tuntutan bagi semua perkhidmatan yang dikendalikan oleh Urusetia Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama Brunei, seperti tuntutan Pembina dan penyelaras kertas-kertas soalan, pemeriksa lisan, pengawas dan penyelia peperiksaan, pemarkah dan penyemakan kertas-kertas jawapan calon.
     

  3. Menaip kertas-kertas soalan peperiksaan yang telah diselaras.
     

  4. Memasukkan markah calon ke dalam sistem komputer.
     

  5. Menaip slip-slip penyataan keputusan dan sijil-sijil calon.
     

  6. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1

 

 

PENGARAH PERIKANAN

JABATAN PERIKANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 2 HINGGA 6

 

 

PENGARAH PENTADBIRAN

JABATAN PENTADBIRAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


<< Atas