IKLAN JAWATAN - JAWATAN KOSONG

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   

SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA KEMENTERIAN/JABATAN MASING-MASING

 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan

SURAT PEMBERITAHUAN

 mengenai jawatan-jawatan berikut :-

 

 

 

BIL

JAWATAN

KEMENTERIAN / JABATAN

BILANGAN IKLAN

TARIKH TUTUP IKLAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

1.

JURUTAYANG KANAN (C.1 EB.2)
Tugas dan Tanggungjawab

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

84/2010

9 OKTOBER 2010

1  HINGGA 2

&

CARA PERMOHONAN

2.

AHLI BOMBA KANAN (P.3)
Tugas dan Tanggungjawab

JABATAN PENERBANGAN AWAM

85/2010

9 OKTOBER 2010


<< Kembali Ke Maklumat Semasa

  

1.


JURUTAYANG KANAN

PUSAT DA’WAH ISLAMIAH

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

C.1 EB.2 ($1,280 - $1,920 SEBULAN)

KEKOSONGAN = 1
 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i) BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang yang bersesuaian.
     
   

ATAU

     
  ii) BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) atau sebanding dalam bidang bersesuaian serta mempunyai mempunyai pengalaman kerja dalam bidang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.
     
   

ATAU

  iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurutayang atau Jurutayang / Pemandu atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     
b)   Mempunyai Sijil Darjah VI Sekolah Ugama.
     
c)   Hendaklah tahu membaca Al-Quran, membaca dan menulis jawi dengan baik.
     
d)   Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal penayangan wayang gambar serta penggunaan peralatan-peralatan seperti filem projector dan video projector, alat-alat pembesar suara dan seumpama dengannya tidak kurang dari 5 tahun di samping boleh membaiki kerosakan kecil bagi peralatan-peralatan tersebut.
     
e)   Mengetahui cara berda’wah serta urusan-urusan pengislaman dan kebajikan saudara-saudara baru adalah kelebihan.
     
f)   Sanggup bertugas di kawasan-kawasan pendalaman dan ditukar ke Bahagian Da’wah dan Tabligh Daerah-Daerah.
     
g)   Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTAYANG KANAN:

  1. Melaksanakan tugas sebagai Ketua Jurutayang Kanan dan mengendalikan alat pembesar suara serta projector.
     

  2. Pengawas peralatan pembesar suara (termasuk merekod dalam buku kawalan stok).
     

  3. Bertanggungjawab dalam memelihara peralatan-peralatan pembesar suara supaya sentiasa dalam keadaan baik.
     

  4. Melaksanakan tugas dan turut serta dalam lawatan-lawatan da’wah kepada masyarakat bukan Islam dan mengikuti lawatan Bimbingan Ugama pada waktu malam mengikut jadual yang telah dirancang.
     

  5. Bertanggungjawab dalam tugas kerja-kerja gotong-royong (da’wah Bil Hal) yang dirancang oleh Pusat Da’wah Islamiah dan Unit Da’wah Daerah secara bermusim.
     

  6. Bertanggungjawab sebagai pemandu kereta di Unit Da’wah Daerah.
     

  7. Bertanggungjawab dalam memelihara dan membersihkan Kereta BG7660.
     

  8. Menerima dan melaksanakan arahan dari semasa ke semasa.

<<Atas

 

2.

AHLI BOMBA KANAN

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

P.3 ($750 - $1,070 SEBULAN)

KEKOSONGAN = 1

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ahli Bomba (P2) tidak kurang dari 3 tahun.
     

  2. Telah mengikuti dengan jayanya Kursus/Latihan Lanjutan Kebombaan.
     

  3. Mempunyai lesen memandu kelas 5 yang sah. Ahli Bomba yang tidak mempunyai lesen memandu kelas 5 tetapi telah berkhidmat lebih dari 15 tahun akan juga dipertimbangkan.
     

  4. Mempunyai Diploma “IFE Graduateship” adalah kelebihan.
     

  5. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI BOMBA KANAN:

  1. Melapur diri kepada Timbalan Pegawai Balai.
     

  2. Bertanggungjawab ke atas Ahli Bomba di bawah jagaannya dalam perkhidmatan menyelamat dan melawan kebakaran dengan sempurna dan berkesan.
     

  3. Menghadiri dan mengetuai sebarang panggilan kecemasan / kemalangan termasuk perkhidmatan khas.
     

  4. Memandu dan menyelenggara kereta / jentera Bomba.
     

  5. Mengetuai tugas-tugas Penjaga Bilik Kawalan (Control Room Officer).
     

  6. Mengambil alih tugas-tugas Timbalan Pegawai Balai semasa ketiadaannya.
     

  7. Menjalankan apa jua tugas yang diarahkan oleh Ketua Unitnya dari masa ke semasa.
     

<<Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1

 

PENGARAH PENTADBIRAN,

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

<<Atas

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 2

 

PENGARAH PENERBANGAN AWAM,

JABATAN PENERBANGAN AWAM,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

<<Atas