IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 26 JUN 2010)

BILANGAN IKLAN: 55/2010/SPA/BMI/38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

1 – 8

 

 

 

 

2.

PEGAWAI KAKITANGAN KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3 ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

8

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PERBEKALAN DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

5.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PERCUKAIAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

7.

PENOLONG PENYELIA PERHUBUNGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

2

 

8.

PEMBANTU BILIK INJIN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia / Pentadbiran Awam / Pengurusan dalam Perdagangan.

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Kakitangan Kanan atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun.

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan  dalam jawatan bersesuaian dalam  tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

  1. Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

  2. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  3. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  4. Laporan Tahunan Jabatan

  5. Penyediaan Peruntukan Jabatan

  6. Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

  1. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pengauditan samada dari segi kewangan atau tenaga manusia adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH:

  1. Membantu Pengarah Penyelidikan dalam pengurusan dan pentadbiran Bahagian Penyelidikan dan Perancangan khususnya Unit Audit Tenaga Manusia;
     

  2. Membantu Pengarah Penyelidikan dalam pelaksanaan perancangan kerja Bahagian Penyelidikan dan Perancangan secara makro;
     

  3. Bertanggungjawab dalam menyelaras dan memantau semua kerja / projek Bahagian Penyelidikan dan Perancangan serta memastikan sasaran produktiviti kerja tercapai dan berkualiti;
     

  4. Turut hadir selaku urus setia dalam mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dan memastikan tindakan-tindakan yang berkaitan diambil dengan efektif;
     

  5. Mengaudit kertas-kertas kerja bagi tujuan pengawalan kualiti ( quality control ) kerja, prestasi dan produk Bahagian Penyelidikan dan Perancangan;
     

  6. Membantu Pengarah Penyelidikan bagi memastikan pelaksanaan perkara-perkara berikut:
     

    • Membuat kajian dan pengauditan ke atas tenaga manusia di semua Kementerian dan Jabatan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam;

    • Mengetuai dalam sama-sama membuat pengauditan tenaga manusia di semua Kementerian dan Jabatan;

    • Membuat perangkaan serta penelitian yang berhubung kait dengan Tenaga Manusa; dan

    • Membuat pemantau serta memberikan nasihat dan taklimat kepada semua Ahli Jawatankuasa Audit Tenaga Manusia.

     

  7. Khidmat bantuan kepada Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dalam hal ehwal pengurusan sumber tenaga manusia;
     

  8. Bertanggungjawab ke atas pengurusan dan perkembangan Human Resources Management dan Human Resources Development sumber tenaga manusia / personel dan lain-lain sumber di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan;
     

  9. Bertanggungjawab dalam menyediakan peruntukan tahunan Bahagian Penyelidikan dan Perancangan;
     

  10. Bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras serta memantau semua kerja-kerja atau perojek di bawah tanggungjawab audit tenaga manusia Bahagian Penyelidikan dan Perancangan; dan
     

  11. Melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab tambahan yang diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan Pengarah Penyelidikan dan Perancangan dari masa ke semasa.


 
<< Atas

 

2.

PEGAWAI KAKITANGAN KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   1.       a.      i.     Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran
Perdagangan / Sumber Manusia atau Personel / Pembangunan Organisasi atau bidang bersesuaian.

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Kakitangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun.

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan  berkaitan dengan bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia atau Personel / Pembangunan Organisasi dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun.

 

ATAU

 

  1. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia atau Personel / Pembangunan Organisasi dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun.

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-sekurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAKITANGAN KANAN :

  1. Bertanggungjawab / melapor kepada Ketua Bahagian / Ketua Unit.
     

  2. Membentuk, merancang dan menyediakan hala arah sumber manusia Perkhidmatan Awam ke arah yang mantap sejajar dengan kehendak semasa.
     

  3. Membantu Ketua Bahagian / Ketua Unit / Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program sumber tenaga manusia.
     

  4. Memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pegawai-pegawai bawahan yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan.
     

  5. Menjalankan apa-apa jua tugas dan arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam / Ketua Bahagian / Ketua Unit / Pegawai-Pegawai Kanan yang berkenaan dengan jujur, cekap dan berkesan.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3 ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   1.   a.       Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan.

 

ATAU

 

            b.        i.    Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi /
                             Pengurusan atau bidang bersesuaian.

 

  1. Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Pegawai Kewangan dalam tanggagaji B2 EB3 / B2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji B2 EB3 / B2 tidak kurang dari 6 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN KANAN:

  1. Mempastikan dan menunjuk ajar kerja-kerja urusan pejabat (persuratan book-keeping, loan, baksis, bonus, gaji, elaun-elaun, percukaian, tambang, pembayaran, pendaftaran, failing dan penghantaran persuratan dan lain-lain hal) yang diproses oleh Pegawai/Kakitangan adalah dalam keadaan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya.
     

  2. Bersama-sama pegawai atasan yang lain bertanggungjawab terhadap mutu kawalan kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang akan diarahkan dari masa ke semasa.

<< Atas
 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PERBEKALAN DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

    1.      a.         i.   Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam
                              atau bidang bersesuaian.

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  1. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:-

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I: 

  1. Mengetuai Divisyen Perdagangan di Jabatan Perbekalan dan Stor Negara, berperanan bagi mengendalikan perkara-perkara berikut :
     

    1. Mengendalikan penyediaan dan pemeliharaan gudang dan ruang stor.

    2. Mengendalikan penerimaan, penyimpanan (penyelenggaraan stok) dan pengeluaran beras dan gula serta lain-lain komiditi yang dibekalkan.

    3. Mengendalikan perkhidmatan ruang stor secara ‘co-hosting’ atau ‘co-location’ kepada agensi-agensi Kerajaan.

     

  2. Pegawai Projek bagi projek-projek yang berkaitan dengan pembekalan beras dan gula dan juga lain-lain projek yang dikendalikan oleh Stor Negara.
     

  3. Menyelaras penyediaan Master Agreement dan Supplement Agreement for the Sales and Purchase of Rice and Sugar Between the Government of Brunei Darussalam and Brusiam Food Alliance Co. Ltd.
     

  4. Menjalankan tugas berkaitan dengan penyelidikan dan perkembangan yang berkaitan dengan pembekalan dan penyimpanan beras dan gula.
     

  5. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari masa ke semasa.
     

<< Atas
 

 

5.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3  ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

   1.       a.        i.     Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa
                               atau bidang bersesuaian.

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

 

  1. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengawai Perhubungan Awam atau  jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  4. Perlembagaan Negara Brunei Darussalam

  5. Kertas Melayu Islam Beraja

  1. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian / kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     

  3. Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     

  4. Boleh menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     

  5. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.
     

  6. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN:

  1. Bertanggungjawab secara langsung terhadap arahan-arahan yang dibuat oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan.
     

  2. Penyibaran maklumat:
     

    1. Menyelaraskan/penyampaian taklimat mengenai kegiatan-kegiatan Kementerian Pembangunan samada diadakan di dalam atau di luar Kementerian
       

    2. Mengendalikan pertanyaan-pertanyaan atau aduan-aduan awam
       

    3. Menguruskan sidang akhbar / liputan berita melalui Televisyen, Radio dan Suratkhabar
       

    4. Menyelaras / pengawalan liputan berita dan pengumuman yang dikeluarkan oleh Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan

 

  1. Menjadi penyelaras lawatan dalam dan luar negeri ke Kementerian Pembangunan.
     

  2. Mengenalpasti dan menyusun program-program tahunan Kementerian Pembangunan pada misalnya, aktiviti sukan dan riadah, majlis-majlis keugamaan dan keraian dan yang berkaitan dengannya.
     

  3. Mengurus sambutan / protokol / tetamu-tetamu rasmi Kementerian.
     

  4. Urusan-urusan perjalanan / lawatan / mesyuarat / persidangan dalam dan luar negeri bagi Yang Berhormat  Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai dalam Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan.
     

  5. Membuat penyelarasan Penerbitan Majalah / Newsletter berkala Kementerian Pembangunan.
     

  6. Penyelarasan maklumat ke website Kementerian Pembangunan.
     

  7. Menerima arahan Yang Berhormat  Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Pembangunan bila-bila masa dikehendaki.
     

  8. Menyampaikan dan mengedarkan maklumat-maklumat mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Awam Kemeterian-Kementerian.
     

  9. Menyediakan Program Kegiatan Kemasyarakatan dan Sukan Kementerian Pembangunan.
     

  10. Membuat ‘Publicity’ bagi segala kegiatan untuk Kementerian Pembangunan seperti pameran atau liputan-liputan media dan menyediakan ‘Press Release’.
     

  11. Menyambut tetamu yang berjumpa dengan Menteri dan Timbalan Menteri.
     

  12. Menyelaras dan menyediakan persiapan untuk taklimat-taklimat kepada orang ramai seperti graduan-graduan dan pegawai-pegawai baru berkhidmat.
     

  13. Membuat kerja-kerja berhubungan dengan ‘Video Korporat’ Kementerian Pembangunan.
     

  14. Menyediakan ‘Power Point’ profile Kementerian Pembangunan bagi segmen taklimat.

<< Atas
 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI PERCUKAIAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.     BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang perakaunan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kewangan Tingkat II atau jawatan sebanding dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan mempunyai kebolehan dan pengalaman dalam bidang perakaunan.

 

  1. Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  2. Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal percukaian, perakaunan dan sebanding adalah kelebihan.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PERCUKAIAN:

  1. Memeriksa pulangan cukai dan akaun syarikat-syarikat.
     

  2. Mentaksir cukai pendapatan dan setem.
     

  3. Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

<< Atas

 

 

7.

PENOLONG PENYELIA PERHUBUNGAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

   a.        i.    BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) atau sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2 / D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

  1. Berpengalaman bekerja dalam bidang perkhidmatan pengurusan / pentadbiran / perjalanan Telex serta berkebolehan menggunakan komputer dan alat-alat perhubungan adalah kelebihan.
     

  2. Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENYELIA PERHUBUNGAN:

  1. Membuat urusan-urusan penempahan bilik-bilik hotel, tiket-tiket dan kenderaan-kenderaan.
     

  2. Membantu urusan-urusan ketibaan / bertolak bagi pegawai-pegawai dari Brunei. 
     

  3. Membantu membuat urusan-urusan jamuan yang dibuat oleh Pegawai-Pegawai dari Brunei seperti tempahan bilik-bilik makan di restoran. 
     

  4. Membantu membuat urusan-urusan pembelian barang-barang pejabat dan stor. 
     

  5. Membantu Pegawai-Pegawai Perwakilan dari segi memberikan maklumat mengenai Brunei yang dikira tidak sensitive dan tidak bertentangan dengan dasar Kerajaan.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai-Pegawai Kanan dari masa ke semasa.

<< Atas
 

 

8.

PEMBANTU BILIK INJIN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

  1. Mempunyai Sijil Pegawai Laut Kelas 9 atau sebanding dan telah berkhidmat sebagai Pelaut Pelatih tidak kurang dari 5 tahun.
     

  2. Mestilah sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik dan lulus ujian penglihatan mata yang disahkan.
     

  3. Mestilah boleh berenang.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU BILIK INJIN:

  1. Membersihkan bilik injin dan alat kelengkapan di dalamnya di mana-mana kapal pegawai ini ditugaskan dan menyusunnya bagi membolehkan operasi bilik injin berjalan lancar.
     

  2. Membantu di dalam menjalankan tugas-tugas pengawasan injin semasa belayar.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Teknisyen Kapal.

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 8

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas