IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 19 APRIL 2010)

BILANGAN IKLAN: 24/2010/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

KEKOSONGAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

TIMBALAN PENGARAH

JABATAN PERBEKALAN DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3  ( $4,750 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

1 – 4

 

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

3.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3   ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

4.

PENYELIA HARTABENDA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

 

 

1.

TIMBALAN PENGARAH

JABATAN PERBEKALAN DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3  ( $4,750 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Perdagangan / Perniagaan / Perbankan / Ekonomi / Perakaunan / Kewangan / Perbekalan.
     
    i)      Berkhidmat di Jabatan Perbekalan dan Stor Negara dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3
            tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
     
    ATAU
     
    ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan  dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 5
            tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

     

  2. Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan baik adalah keutamaan.
     

  3. Mempunyai pengalaman praktikal dalam bidang-bidang tersebut di bawah adalah kelebihan:-
     
    a)     Mengetuai Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor
    b)     Pengurusan Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor, Pembelian dan Perbekalan barangan.
    c)     Dasar dan peraturan Kerajaan dalam bidang kakitangan, kewangan dan stor.
     

  4. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:
     
    i)      Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam
    ii)     Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri
    iii)    Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar
    iv)    Laporan Tahunan Jabatan
    v)     Penyediaan Peruntukan Jabatan
    vi)    Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing
     
    Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
     

  5. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PENGARAH:

 

  1. Bertanggungjawab membantu Pengarah memberkesankan pengurusan Jabatan ini.
     

  2. Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi pelaksanaan penggunaan Jabatan ini dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Jabatan dan Kerajaan termasuk pelaksanaan rancangan-rancangan dan pengurusan sumber-sumber.
     

  3. Menganalisa masalah dan keperluan Jabatan, menyelaras dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan. Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Pengarah.
     

  4. Mengkaji dan membuat sokongan pembaikan yang innovatif terhadap sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Jabatan Perbekalan dan Stor Negara mencapai misi, matlamat dan objektif-objektifnya.
     

  5. Memudahkan dan mengetuai kumpulan (teams dan task force) yang mengkaji proses re-engineering dan sistem-sistem kualiti melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan Stor.
     

  6. Membantu Pengarah dalam merencana dan melaksana Matlamat Strategik (MS) Kementerian Kewangan dan Matlamat Operasi (MO) Jabatan di dalam bidang seperti berikut:
     
    a)     Mempertingkatkan penggunaan sumber kewangan secara berhemat (prudent);
    b)     Mempertingkatkan sistem perbekalan permakanan asasi
    c)     Kaji senario sistem perbekalan pemakanan asasi yang berpontesi berdaya tahan.
     

  7. Memantau perkembangan matlamat operasi melalui kaedah pengurusan perancangan strategik yang lebik efektif dan berkesan.

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:      

 

  1. a)     i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Teknikal atau bidang
                     bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

           
    ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan 
                     bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam
                     jawatan.
     
    ATAU
     
    b)     Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-
            Tugas Khas Tingkat II dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam
            jawatan.
     

  2. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:
     
    a)     Peperiksaan Jabatan (jika ada);
    b)     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;
    c)      Peraturan-Peraturan Kewangan.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I:

 

  1. Melapor kepada Pengarah / Timbalan ke atas perancangan, perkembangan dan kemajuan, aktiviti-aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
     

  2. Menyediakan perancangan dalam usaha meningkatkan, mengembang majukan dan mempelbagaikan kemudahan dan perkhidmatan kepada penumpang, orang ramai dan pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
     

  3. Meningkatkan hasil pendapatan jabatan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan termasuk pemeliharaan bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei terutama hasil pendapatan bukan aeronatik.
     

  4. Merancang dan menyediakan program liberalisasi ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh jabatan.
     

  5. Mempastikan tahap kemudahan dan mutu perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sepertimana beroperasi lebih efektif dan efisien dan memenuhi citarasa / kesukaan pengguna dan orang ramai.
     

  6. Menyediakan peruntukan tahunan dan laporan hasil kutipan jabatan setiap bulan.
     

  7. Memantau hasil kutipan jabatan dan mempastikan tiada tunggakan oleh Syarikat-Syarikat yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI KAUNSELING

JABATAN BURUH

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.2 EB.3   ( $2,270 -  $4,240 SEBULAN) ATAU

B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. a)        BAGI TANGGAGAJI B.2 EB.3:
     
    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

    b)        BAGI TANGGAGAJI B.2:
     
    i)        BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kaunseling / Psikologi atau bidang
              bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta telah berkhidmat
              dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji sebanding
              tidak kurang dari 5 tahun.

    ATAU
     
    ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau tanggagaji
              sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
     

  2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAUNSELING:

 

  1. Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan kaunseling secara individu atau berkumpulan kepada anak-anak tempatan, ibubapa dan juga majikan-majikan dalam apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan.
     

  2. Mendengar dan memberikan khidmat nasihat bagi menyelasai dan menangani permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak tempatan dan majikan dimana perlu dalam apa-apa jua perkara yang berkaitan dengan kerjaya dan pekerjaan.
     

  3. Merancang dan melaksanakan program-program seperti ceramah, seminar, bengkel , kursus kaunseling, kerjaya dan seumpama untuk pencari-pencari kerja tempatan.
     

  4. Membuat penyelidikan tertentu, ujian/inventori psikologi, analisis, kajiselidik serta menyediakan kertas kerja berhubung dengan permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak tempatan dalam kerjaya, pekerjaan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
     

  5. Sebagai pakar rujuk dalam bidang kaunseling dan psikologi.
     

  6. Melaksanakan apa-apa jua perancangan ke arah membantu anak-anak tempatan mendapatkan pekerjaan di sektor swasta.
     

  7. Menyediakan laporan bulanan berhubung dengan aktiviti kaunseling kepada Ketua Jabatan.
     

  8. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pesuruhjaya Buruh atau Timbalan Pesuruhjaya Buruh dari masa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

4.

PENYELIA HARTABENDA

JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4-5  ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1. i)     BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan
           sebanding dalam bidang yang bersesuaian.

    ATAU
     
    ii)    Berkhidmat di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1
           tidak kurang dari 3 tahun.

    ATAU
     
    iii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.2/D.1 tidak kurang dari
            4 tahun.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dalam bidang penyeliaan harta benda adalah kelebihan.
     

  3. Boleh membuat kertas kerja dengan menggunakan peralatan komputer atau mempunyai pengetahuan asas menggunakan perisian Microsoft Office.
     

  4. Boleh menggunakan peralatan komputer dan perisian-perisian yang berkaitan dengan stock inventory.
     

  5. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA HARTA BENDA:

 

  1. Menguruskan kakitangan kelengkapan-kelengkapan harta benda untuk studio-studio televisyen atau lokasi rakaman luar bagi pihak Ketua Pereka.
     

  2. Berupaya mendapatkan sebut harga bagi pembelian-pembelian atau perkhidmatan harta benda jika dikehendaki oleh penerbit (requisition form atau memo) dan memprosesnya bagi memperolehi bahan-bahan melalui Ketua Pereka kepada pegawai yang membenarkannya.
     

  3. Menghadiri mesyuarat perancangan / penyelarasan penerbitan.
     

  4. Memastikan inventory yang teratur dan tersimpan bagi semua stor-stor.
     

  5. Mengawas dan melaksanakan aliran dan pemeliharaan hartabenda dan merekod dengan cara yang efisien dan berkesan.
     

  6. Mencatat dan merekod semua bahan-bahan yang dikeluarkan.
     

  7. Membuat penelitian selepas bahan-bahan digunakan dan dikembalikan.
     

  8. Melaporkan kepada Ketua Bahagian / Seksyen bagi sebarang kehilangan atau kerosakan untuk makluman Penyelenggara Stor.
     

  9. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

  

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 4

 

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 2

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas