IKLAN JAWATAN KOSONG

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SILA DAPATKAN MAKLUMAT DARIPADA KEMENTERIAN/JABATAN MASING-MASING

 

Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan SURAT PEMBERITAHUAN

 mengenai jawatan berikut :-

 

 

 

BIL

JAWATAN

KEMENTERIAN / JABATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

1.


PEGAWAI PENTADBIR KANAN / PEGAWAI PENTADBIR TINGKAT KHAS / PEGAWAI PENTADBIR TINGKAT I
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)
KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)
B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN)
Tugas Dan Tanggungjawab

 

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

CARA PERMOHONAN



<< Kembali Ke Maklumat Semasa

  

1.

PEGAWAI PENTADBIR KANAN /

 PEGAWAI PENTADBIR TINGKAT KHAS /

PEGAWAI PENTADBIR TINGKAT I

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI
KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN) /

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN) /

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN) /
B.2 ($2,270 - $3,760 SEBULAN) /

KEKOSONGAN = 8

 


1.     SYARAT-SYARAT AM:

 

a)   Pemohon hendaklah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berugama Islam mengikut Mazhab Shafiee Ahli Sunnah Wal’Jamaah.
     
b)   Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Agama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam, Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
     
c)   Calon-calon hendaklah mempunyai (track record) yang sangat baik dan telah menyumbangkan nilai yang tinggi di dalam organisasi. Calon-calon mestilah:- 
     
   
  • Memperolehi prestasi kerja (merit) yang tinggi;

  • Memberi sumbangan yang berbentuk cadangan yang akan atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan;

  • Hasil projek yang telah dicadangkan atau telah dilaksanakan; dan

  • Mempunyai potensi kepimpinan yang tinggi untuk menjawat jawatan berkenaan;

     
d)   Calon-calon yang tersenarai pendek (shortlisted) adalah dikehendaki mengikuti ujian-ujian khas termasuk temuduga-temuduga.
     
e)   Calon yang berjaya dilantik akan dikenakan syarat untuk lulus di dalam Peperiksaan Perkhidmatan Pentadbiran Brunei Darussalam bagi tempoh yang ditentukan sebelum ditetapkan dalam jawatan.
     
f)   Calon-calon yang berjaya dilantik mestilah bersedia berkhidmat di mana-mana sahaja yang diaturkan samada di dalam atau luar Negara Brunei Darussalam.
     
g)   Syarat-syarat lain perkhidmatan adalah menurut skim Perkhidmatan Pentadbiran Brunei.

 

 

2.    KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)

Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Pengurusan /       Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian.

     
    Calon-calon yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang lebih tinggi dalam bidang bersesuaian atau mempunyai kelulusan tambahan Diploma dalam bidang pengurusan/pentadbiran awam adalah kelebihan.
     
  ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji B.2 / B.2 EB.3 / B.3 / Kumpulan 3 / Kumpulan 2 atau tanggagaji sebanding dalam jawatan tetap.
     
b)   Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK   bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatan bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

3.    SUKATAN GAJI:
 

  1. Sukatan gaji adalah menurut sukatan gaji Pegawai Perkhidmatan Pentadbiran Brunei yang berkuatkuasa pada masa ini.
     

  2. Gaji permulaan adalah tertakluk kepada kedudukan calon yang berjaya iaitu dalam sukatan gaji serta pengalaman dan kesesuaian masing-masing.

 

 

4.    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

  1. Mempastikan kecekapan dan keberkesanan sesebuah Kementerian dan Jabatan yang berhubung rapat dengan pemberian perkhidmatan pentadbiran termasuk mengendalikan peruntukan dan kewangan; perolehan; pelaksanaan projek dan rancangan; meningkatkan sumber manusia; dan perkhidmatan pentadbiran umum seperti pengurusan pejabat; kawalan kemudahan harta benda dan keselamatan.
     

  2. Berperanan sebagai penasihat kepada pihak atasan masing-masing dan turut serta dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar; pengurusan pentadbiran; merancang dasar dan perancangan strategik, visi, misi dan objektif Kementerian / Jabatan.

 

 

<<Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1

 


SETIAUSAHA

PEJABAT PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA

LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS, BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455
 

<<Atas