IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 30 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 43/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

KETUA PENGURUS PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PEGAWAI KAKITANGAN KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI BANDARAN KANAN

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3   ($3,880 SEBULAN - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI BAHASA KANAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEGAWAI LATIHAN KANAN

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

     

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

KETUA PENGURUS PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

                           

1.      a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran / Kejuruteraan; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengurus Pusat Persidangan atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari  5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengurus Pusat Persidangan atau dalam jawatan berkaitan dengan Pengurusan / Pentadbiran / Kejuruteraan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.         Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

b)                  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

3.                  Mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam hal-hal pengurusan persidangan, mesyuarat, pengurusan logistik sekrektriat, penggunaan sistem ‘conference’ dan sebagainya adalah kelebihan.

 

4.                  Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PENGURUS PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA:

 

1.                  Bertanggungjawab dan melapor terus kepada Pengarah Pentadbiran.

 

2.                  Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan dan pentadbiran keseluruhan Pusat Persidangan Antarbangsa.

 

3.                  Mentadbir dan membuat pengkajian sistem perkhidmatan kewangan dan perbelanjaan harian, pentadbiran serta pengurusan yang ada di dalam bahagiannya.

 

4.                  Menyediakan belanjawan tahunan.  Menyemak, membuat laporan ke atas perbelanjaan, kutipan-kutipan hasil dan tindakan mengenai penjelasan tuntutan.

 

5.                  Membuat perancangan perkembangan Pusat Persidangan, membuat penelitian dan pengiraan bagi satu-satu pembaharuan serta penyelidikan ke arah matlamat Jabatan.

 

6.                  Menyediakan penyeliaan aktiviti-aktiviti Pusat Persidangan.

 

7.                  Mengawasi pegawai dan kakitangan bawahan termasuk pengawalan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontrator.

 

8.                  Pengawalan penggunaan Pusat Persidangan, berhubungan dengan pihak-pihak pengguna serta membuat laporan penggunaan.

 

9.                  Menyediakan susunan tugas bagi pegawai-pegawai dan kakitangan bawahnya.

 

10.              Menghadiri menyuarat-mesyuarat di Kementerian dan juga mesyuarat berhubungkait dengan penggunaan Pusat Persidangan Antarabangsa.

 

11.              Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI KAKITANGAN KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.      a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia atau Personel / Pembangunan Organisasi; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)            Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Kakitangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perdagangan / Sumber Manusia atau Personel / Pembangunan Organisasi dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.         Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

b)                  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

3.                  Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-sekurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KAKITANGAN KANAN :

 

1.                  Bertanggungjawab / melapor kepada Ketua Bahagian / Ketua Unit.

 

2.                  Membentuk, merancang dan menyediakan hala arah sumber manusia Perkhidmatan Awam ke arah yang mantap sejajar dengan kehendak semasa.

 

3.                  Membantu Ketua Bahagian / Ketua Unit / Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program sumber tenaga manusia.

 

4.                  Memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pegawai-pegawai bawahan yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan yang diberikan.

 

5.                  Menjalankan apa-apa jua tugas dan arahan yang diberikan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam / Ketua Bahagian / Ketua Unit / Pegawai-Pegawai Kanan yang berkenaan dengan jujur, cekap dan berkesan.

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI BANDARAN KANAN

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3   ($3,880 SEBULAN - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.            a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

         ii)      Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Pegawai Bandaran dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan ATAU berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.                  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

a)                  Peperiksaan Jabatan

·         Akta Lembaga-Lembaga Bandaran, Penggal 57 (Municipal Boards Acts, Chapter 57)

·         Akta Lesen-Lesen Rampaian, Penggal 127 (Miscellaneous Licences Act, Chapter 127)

·         Undang-Undang Kecil Lembaga-Lembaga Bandaran, 1920 (“The Municipal Boards Enactment, 1920” By-Laws)

 

b)                  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

3.                  Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-sekurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BANDARAN KANAN:

 

1.                  Bersama-sama dengan Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran di dalam membantu Pengarah Bandaran bagi semua urusan-urusan pentadbiran dan pengurusan Jabatan.

 

2.                  Bertanggungjawab bagi penyelarasan di dalam hal pentadbiran / pengurusan Jabatan.

 

3.                  Mewakili Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dalam temuduga-temuduga bagi jawatan tertentu.

 

4.                  Bersama-sama Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran membantu Pengarah merangka belanjawan (Budget) Tahunan dan Rancangan Kemajuan Negara.

 

5.                  Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran.

 

6.                  Menyelia dan mengawasi Ketua-Ketua seksyen dan unit sepertimana yang ditentukan.

 

7.                  Menandatangani bagi pihak Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dalam surat menyurat (routine) seperti surat cuti, keluar negeri waktu bekerja dan keluar negeri.

 

8.                  Bertanggungjawab bagi hal-hal kewangan dan pembayaran-pembayaran.

 

9.                  Bertanggungjawab bagi memberi pandangan dan ulasan seperti yang diminta oleh Jabatan-Jabatan berkenaan berhubung dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan.

 

10.              Mengesahkan dan meneliti serta menyemak perkiraan jumlah / perjalanan bagi tuntutan elaun dan jauh perjalanan, kerja lebih masa dan lain-lain.

 

11.              Mengurus pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas / ganti seperti yang dikehendaki.

 

12.              Meneliti tawaran-tawaran dan sebutharga bagi pertimbangan seterusnya.

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI BAHASA KANAN

JABATAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA

DAN SUKAN

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

1.      a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Melayu Pengkhususan dalam Ilmu Bahasa (Linguistik) / Kesusteraan Melayu / Kebudayaan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Bahasa atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.                  Mempunyai pengalaman seperti berikut adalah keutamaan:-

 

a)                  Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan, perancangan dan perkembangan bahasa atau sastera tidak kurang 5 tahun.

 

b)                  Pernah membuat satu projek / menulis satu kertas kerja / projek yang ada kaitan dengan Jabatan dan dalam penilaian pihak Pengurusan Jabatan mendapati projek berjaya serta sesuai digunakan, maka ia diiktiraf sebagai berjaya.

 

3.                  Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

b)                  Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

4.                  Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-sekurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BAHASA KANAN:

 

1.                  Bertindak selaku Ketua Bahagian, menjadi Penolong kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah dalam menggubal, menyelaras dan melaksanakan dasar dan peraturan Kerajaan / Jabatan berhubung bahasa, sastera, hak cipta penerbitan dan perpustakaan / dokumentasi.

 

2.                  Menjadi ahli jawatankuasa penyelaras / penilaian projek-projek Jabatan dan memastikan ia berjalan dengan sempurna dan memenuhi matlamat Jabatan.

 

3.                  Menjadi ahli jawatankuasa dalam menyediakan Anggaran Peruntukan Tahunan Jabatan dan seterusnya bertanggungjawab mengawal penggunaan peruntukan yang telah diluluskan.

 

4.                  Menyediakan Rancangan Perkembangan Bahagian mengenai tenaga manusia (Human Resource Development) dan Perkhidmatan Jabatan (TPOR) untuk diteliti oleh Timbalan Pengarah sebelum dihadapkan kepada Pengarah.

 

5.                  Melaksanakan pentadbiran harian bahagian / cawangan dan bertanggungjawab memastikan undang-undang dan peraturan Kerajaan / Jabatan dipatuhi oleh semua kakitangan bahagian / cawangan.

 

6.                  Mengendalikan latihan kakitangan bahagian (on the job training).

 

7.                  Menyumbangkan tulisan kreatif atau non-kreatif untuk majalah / jurnal terbitan Jabatan.


<< Atas
 

 

5.

PEGAWAI LATIHAN KANAN

INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM

JABATAN PERDANA MENTERI

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.      a)     i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan ICT (Information Communication Technology); atau kelulusan sebanding dalam bidang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Latihan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Latihan atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.                  Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja bahagian ICT.

 

3.                  Boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

4.                  Berkebolehan memberikan syarahan dengan baik adalah kelebihan.

 

5.                  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

b)                  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

6.                  Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN KANAN:

 

1.                  Mengetuai bahagian.

 

2.                  Merancang dan mengurus bahagian.

 

3.                  Menyampaikan taklimat dan ceramah di Kementerian dan Jabatan serta di sektor swasta dalam bidang ICT.

 

4.                  Menilai prestasi Pegawai Latihan dan Penolong Pegawai Latihan di bahagian ICT.

 

5.                  Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Pengarah IPA dan Penolong Pengarah IPA.

 

<< Atas

 

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

1.      a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Dasar Awam / Ekonomi / Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)      Hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.                  Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:-

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada);

b)                 Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan.

 

3.                  Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I:

 

1.                  Melapor kepada Pengarah Penyiaran, Kementerian Perhubungan.

 

2.                  Membantu Pengarah Penyiaran dalam mengurus dan juga mentadbir semua aktiviti-aktiviti perlesenan, pemantauan dan juga penguatkuasaan dibawah peruntukan Akta Penyiaran (Penggal 180) dijalankan dengan sempurna dan berkesan.

 

3.                  Mengawas dan juga memantau proses perlesenan dan juga penetapan (assignment) termasuk memproses permohonan bagi lesen-lesen individual, kelas dan juga peralatan penyiaran.

 

4.                  Terlibat dalam membuat cadangan kepada Menteri yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan penyiaran dan juga perkembangan isi kandungan (content) di Negara Brunei Darussalam.

 

5.                  Membuat pemantauan dan juga pengawasan ke atas content radio, televisyen dan juga internet bagi memastikan ianya tidak bertentangan dengan tataamalan-tataamalan yang telah ditetapkan dibawah Akta Penyiaran (Penggal 180).

 

6.                  Membantu memungut dan mencatatkan ke dalam buku peruntukan hasil yang dinyatakan oleh Pengarah Penyiaran.

 

7.                  Bertanggungjawab ke atas pengurusan kakitangan bawahan dibawah kumpulan masing-masing.

 

8.                  Terlibat dalam membuat perancangan serta rangkakerja bagi halatuju penyiaran di Kementerian Perhubungan.

 

9.                  Membuat cadangan-cadangan dan pelan tindakan bagi memperkembang industri media Negara Brunei Darussalam sesuai dengan aspirasi negara dari segi ekonomi, politik, sosial dan sebagainya dan juga halatuju penyiaran Kementerian Perhubungan.

 

10.              Menyediakan kertas kerja dasar, kertas maklumat dan membuat persediaan yang berkaitan sepertimana yang diarahkan oleh Pengarah Penyiaran.

 

 

 

 

 

7.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ( $3,880 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

1.      a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)            Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)            Hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

2.                  Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

 

a)                  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

b)                  Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

c)                  Peraturan-Peraturan Kewangan

d)                 Perlembagaan Negara Brunei Darussalam

e)                  Kertas Melayu Islam Beraja

 

3.                  Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sijil Am Pelajaran Brunei Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

4.                  Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

5.                  Perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

6.                  Boleh menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

 

7.                  Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

8.                  Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN :

 

Secara Amnya:

 

1.                  Menjadi jurucakap rasmi / sanggamara.

 

2.                  Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.

 

3.                  Menyalur maklumat kepada pihak awam.

 

4.                  Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.

 

5.                  Menangani masalah dan konflik.

 

6.                  Mewujudkan perhubungan rapat diantara media dalam dan luar organisasi.

 

7.                  Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.

 

8.                  Menjadi sumber maklumat dan rujukan.

 

9.                  Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

 

1.                  Menjadi jurucakap rasmi dan mengeluarkan maklumat kepada pihak awam.

 

2.                  Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.

 

3.                  Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.

 

4.                  Menangani masalah dan konflik.

 

5.                  Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.

 

6.                  Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan mengendalikan pengedaran risalah-risalah perhubungan awam kepada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Perhubungan.

 

7.                  Menjadi sumber maklumat dan rujukan.

 

8.                  Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakkan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.

 

9.                  Mengendalikan hal perangkaan Kementerian Perhubungan seperti hal ehwal pentadbiran dan kewangan, pengangkutan, perhubungan dan lain-lain.

 

10.              Menyediakan Laporan Tahunan, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan Manual Prosedur Kerja (MPK) bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

 

11.              Mengumpulkan Laporan-Laporan Tahunan dari 5 (lima) Jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.

 

12.              Penerbitan ( WARTA PERHUBUNGAN ).

 

13.              Hal Ehwal Keugamaan dan Kebajikan.

 

14.              Projek Khas di antara Kementerian-Kementerian dan Kementerian dengan Jabatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 7:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)