IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2009)

BILANGAN IKLAN: 42/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 5

 

 

 

 

2.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

 

PEGAWAI PENYELIDIK KANAN

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

 

PEGAWAI JURURAWAT KANAN
(PENDIDIKAN PERBIDANAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.12 ($2,840-$3,700 SEBULAN) ATAU

M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  1.     a)        Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perakaunan /  Perdagangan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)    i)   Berkhidmat di Jabatanarah Kewangan dan Perolehan sebagai Pegawai Perolehan Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

 

  1. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

  1. Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

  2. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  3. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  4. Laporan Tahunan Jabatan

  5. Penyediaan Peruntukan Jabatan

  6. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Kewangan dan Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal perolehan Kementerian Pertahanan.
     

  2. Bertanggungjawab dan membantu Pengarah Kewangan dan Perolehan dalam segala urusan pentadbiran dah hal ehwal pegawai dan kakitangan Bahagian Perolehan.
     

  3. Mengawasi pengurusan pembelian / pembaikan.
     

  4. Bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan pasaran terhadap produk keluaran terbaru di pasaran antarabangsa.
     

  5. Menyemak permohonan untuk mengadakan tawaran terbuka / jemputan.
     

  6. Menyemak kertas kerja bagi permohonan kebenaran tawaran termasuk permohonan perlanjutan tempoh penghantaran; perlanjutan tempoh kontrak berterusan; pertukaran spesifikasi, pembatalan tawaran dan lain-lain untuk pertimbangan Lembaga Tawaran Kecil.
     

  7. Meneliti dan menimbangkan permohonan untuk mengadakan kontrak berterusan.
     

  8. Bertanggungjawab mengkaji semula dan membuat pengubahsuaian proses-proses perolehan untuk “stream-lining & optimisation”.
     

  9. Menyemak dan menandatangani pesanan rasmi bagi pihak Pengarah mengikut kadar yang ditetapkan.
     

  10. Sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.
     

  11. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari masa ke semasa oleh pihak atasan.

<< Atas
 

 

2.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :          

 

1.      a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik dan Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b) i)    Berkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai Pegawai Penyelidik Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat: 

  1. Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

  2. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  3. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  4. Laporan Tahunan Jabatan

  5. Penyediaan Peruntukan Jabatan

  6. Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

  1. Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH: 

  1. Membantu Pengarah dalam hal ehwal perkembangan Institut termasuk dalam urusan pentadbiran dan kurikulum pengajian.
     

  2. Membantu Pengarah untuk menyediakan dalam menyelaraskan mesyuarat-mesyuarat kebangsaan, serantau dan antarabangsa serta kegiatan-kegiatan kerjasama lain bagi maksud membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan.
     

  3. Membuat dan mengeluarkan kertas kerja.
     

  4. Membantu Pengarah mengembangkan rangkaian kerjasama Institut dengan Institut-Institut lain dalam bidang pertahanan dan keselamatan di peringkat serantau ataupun antarabangsa.
     

  5. Membantu Pengarah untuk menyediakan kertas kerja berhubung kait dengan seminar, workshop dan persidangan (membantu Pengarah dalam urusan pentadbiran Pegawai Penyelidik di Institut) yang mana termasuk menjadi Pegawai Perantara di antara Pengarah dan Pegawai berkenaan.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas

 

 

3.

PEGAWAI PENYELIDIK KANAN

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

1.       a)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik & Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)   iBerkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai Pegawai Penyelidik dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii.   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan  dengan Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik & Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.


 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELIDIK KANAN: 

  1. Membantu Pengarah dan Penolong Pengarah didalam memastikan kerja-kerja penyelidikan Institut berjalan dengan lancar, teratur dan berkesan.
     

  2. Menyediakan kertas-kertas kerja penyelidikan dan analisa yang berkaitan dengan pertahanan, keselamatan, politik, ekonomi, sosial Negara Brunei Darussalam, negara-negara serantau dan antarabangsa.
     

  3. Mewakili dan menghadiri bagi pihak Institut di mesyuarat atau seminar atau persidangan atau symposium dalam negeri dan antarabangsa.
     

  4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

  

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERBIDANAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA’ADATUL BOLKIAH          

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.12 ($2,840-$3,700 SEBULAN) ATAU

M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

1.  1.     a)           i.    Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse’”dari Lembaga
      Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.
 

  1. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Perbidanan atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
     

  2. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

b)            i.    Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga
      Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.
 

  1. Diploma lanjutan dalam bidang Pentadbiran Kejururawatan atau bidang berkaitan.
     

  2. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 7 tahun.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERBIDANAN): 
  1. Mengajar dan melatih penuntut sehingga ke peringkat diploma.
     

  2. Membantu dalam penyelidikan dan perkembangan kurikulum.
     

  3. Mengawas penuntut dalam kegiatan tambahan.
     

  4. Menganggotai mana-mana jawatankuasa yang ditentukan oleh pihak pentadbiran institusi.
     

  5. Mengendalikan lain-lain kursus/latihan disamping kursus/latihan formal.
     

  6. Merancang dan mengatur penempatan pelajar dalam semua peringkat di wad dan di lain-lain bahagian di mana perkhidmatan mereka dikehendaki.
     

  7. Bersedia menjadi penasihat kaunselar dan pegawai perhubungan diantara jururawat dan pegawai-pegawai kanan jika diperlukan.
     

  8. Bersedia menjadi pengerusi dalam perjumpaan jururawat.
     

  9. Menjalankan lain-lain tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak pentadbiran institusi dari semasa ke semasa.

  

<< Atas

 

 

5.

PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

   1.      i)       BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

ATAU

 

ii)       BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penerbitan / Penulisan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama  serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

iii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyemak atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang penyemakan dan kerja-kerja penerbitan.
     

  2. Mahir menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI PENYEMAK TINGKAT II: 

  1. Menyelaras dan mengaturkan tugas-tugas penyemakan kepada pegawai-pegawai bawahan.
     

  2. Melakukan kerja-kerja penyemakan ke atas rencana dan manuskrip agar segala fakta, ejaan dan teknik sesebuah rencana dan manuskrip itu betul dan sahih.
     

  3. Menyelaras dan mengendalikan bersama bahan-bahan penerbitan yang akan dicetak.
     

  4. Menyemak dan memastikan bahan-bahan penerbitan sudah bersih sebelum dicetak.
     

  5. Bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang diarahkan dari semasa ke semasa.

  

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 5

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas