IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 01 DISEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 90/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENGANALISA SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 3 

 

 

 

2.

PENGURUS AM

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENGENDALI MESIN ATUR HURUF GAMBAR TINGKAT II

JABATAN PUSAT SEJARAH

D.3-4 EB.5  ( $900 -  $1,625 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENGANALISA SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN: SEBELAS (11)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

  a.     i.       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.  

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penganalisa Sistem atau Jurutera Sistem atau jawatan berkaitan dengan bidang komputer dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

  1. Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  1. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGANALISA SISTEM KANAN:

 

Bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kualiti dan prestasi Pengurusan fungsi dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikut dasar dan amalan baik dan juga perkara-perkara seperti dibawah ini:

  1. Memantau / memastikan kualiti dan prestasi perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan.
     

  2. Membantu Pengurus Sistem dalam mengurus fungsi dan perkhidmatan ICT dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut yang meliputi perkara-perkara seperti berikut:

  1. Customer Relationship Management antaranya perkhidmatan call centre, help desk, Service Level.
     

  2. Infrastruktur yang meliputi pembangunan, perkembangan, pemeliharaan sistem-sistem applikasi utama dan kandungan sistem maklumat lainnya.
     

  3. Mengetuai pengendalian operasi termasuk prasarana rangkaian 24 x 7 Operation System Administration, Networks, Security and Facilities.
     

  4. Membantu dalam penyediaan pelan induk bagi perlaksanaan projek-projek e-Kerajaan.
     

  5. Menganalisa keberkesanan cadangan projek-projek e-Kerajaan.

  1. Menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut amalan terbaik (best practices).
     

  2. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari semasa ke semasa.

<< Atas

 

 

2.

PENGURUS AM

JABATANARAH PENTADBIRAN DAN TENAGA MANUSIA, KEMENTERIAN PERTAHANAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

KEKOSONGAN: SATU (1)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

  1.      a.      iIjazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am / Dasar Awam / Pengurusan Sumber Manusia / Kejuruteraan / Bimbangan dan Kaunseling atau dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.    

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. Berkhidmat di Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, Kementerian Pertahanan sebagai Penolong Pengurus Am dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan Pengurusan / Pentadbiran Awam / Dasar Awam / Pengurusan Sumber Manusia / Bimbangan dan Kaunseling atau yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang  dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGURUS  AM: 

  1. Selaku Ketua Pentadbir di Bahagian Kelengkapan Teknikal dan bertanggungjawab kepada pegawai-pegawai dan kakitangan pentadbiran dan teknikal di Ibu Pejabat dan unit-unit bahagian ini.
     

  2. Bertanggungjawab kepada semua kakitangan teknikal yang berkhidmat secara berkontrak dengan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan.
     

  3. Bertanggungjawab kepada Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal mengenai polisi, dasar pentadbiran, disiplin dan sokongan kenaikan pangkat dan hal-hal yang melibatkan kakitangan teknikal di Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
     

  4. Berhubung rapat dengan Pegawai Turus Pemeliharaan ( SO1 Maint ) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei mengenai dengan aspek teknikal terutama sekali yang melibatkan pengambilan, penempatan kerja, penambahan atau pengurangan pekerja bagi kakitangan teknikal di Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
     

  5. Berhubung rapat dengan Pemerintah-Pemerintah Unit dan Pegawai Kejuruteraan Kanan Unit-Unit berkenaan mengenai dengan hal-ehwal kakitangan teknikal di bawah kawalan Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal.
     

  6. Membuat hubungan dengan pihak-pihak jabatan atau agensi-agensi yang berkenaaan di dalam dan luar negeri bagi urusan yang bersangkut paut dengan kakitangan bahagian ini.
     

  7. Bertanggungjawab merancang dan menyediakan serta menghadapkan cadangan permohonan peruntukkan tahunan yang telah diselaraskan serta dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu bagi Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal.
     

  8. Bersedia untuk menjadi ahli atau Setiausaha Jawatankuasa Induk Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal serta bertanggungjawab mengenai dengan proses pengambilan kakitangan Teknikal dari dalam dan luar negeri dan juga untuk mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa, jika diperlukan.
     

  9. Membuat hubungan dengan Pejabat Kedutaan dan Penasihat Pertahanan Negara Brunei Darussalam di seberang laut terutama di United Kingdom, Singapura dan Manila berhubung dengan pengendalian temuduga, pengambilan kakitangan teknikal dan masalah-masalah yang berbangkit mengenai mereka.
     

  10. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari masa ke semasa oleh pihak atasan.

 

 << Atas

 

 

3.

PENGENDALI MESIN ATUR HURUF GAMBAR TINGKAT II

JABATAN PUSAT SEJARAH

D.3-4 EB.5  ( $900 -  $1,625 SEBULAN)

KEKOSONGAN: SATU ( 1 )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  a.       i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang Penerbitan / Percetakan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Berkebolehan membaca dan menulis khat dan tulisan jawi dengan baik.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam kerja-kerja atur huruf dan reka letak adalah kelebihan.
     

  3. Menguasai penggunaan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam komputer, khususnya bagi keperluan penerbitan dan percetakan adalah kelebihan.
     

  4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGENDALI MESIN ATUR HURUF GAMBAR TINGKT II: 

  1. Mengatur huruf dan mereka letak manuskrip untuk tujuan penerbitan majalah, jurnal dan buku di komputer dengan menggunakan program ‘desktop publishing’.
     

  2. Mengatur huruf dan mereka letak kerja-kerja bermasa seperti risalah, buku program, buku terbitan khas dan seumpamanya untuk tujuan penerbitan yang berhubungkait dengan Jabatan ini.

 

 << Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA
3

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas