IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 29 OGOS 2009)

BILANGAN IKLAN: 58/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 7

 

 

 

 

2.

JURUTERA KERJA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN, PEKERMBANGAN DAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PENYELIA ASRAMA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PEGAWAI MELESEN

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

C.1-2 EB.3  ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEMBANTU PEGAWAI LUAR KEMAJUAN PERUMAHAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.3-4 EB.5 ($900 -  $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

   1.   a.          Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan.

 

ATAU

 

b.      i.         Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi /Pengurusan atau bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

  1. Kelulusan yang lebih tinggi dan/atau dalam bidang Perakaunan dan/atau Kewangan merupakan kelebihan.

    Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Pegawai Kewangan dalam tanggagaji B2 EB3 / B2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji B2 EB3 / B2 tidak kurang dari 6 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada);

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEWANGAN KANAN: 

  1. Mempastikan dan menunjuk ajar kerja-kerja urusan pejabat (persuratan book-keeping, loan, baksis, bonos, gaji, elaun-elaun, percukaian, tambang, pembayaran pendaftaran, failing dan penghantaran persuratan dan lain-lain hal) yang diproses oleh Pegawai/Kakitangan adalah dalam keadaan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya.
     

  2. Bersama-sama pegawai atasan yang lain bertanggungjawab terhadap mutu kawalan kerja, disiplin dan kesahteraan pegawai dan kakitangan.
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang akan diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas 

 

2.

JURUTERA KERJA

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :        

 

   1.  a)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Arkitek / Bangunan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Jurutera atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun. 

  1. Hendaklah menjadi  Ahli dan mempunyai pengiktirafan profesional RIBA (Part 3) atau MCIOB yang berkaitan.
     

  2. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan autocad 2D dan 3D Modelling.
     

  3. Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan

  1. Umur tidak melebihi 45 tahun.
     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JURUTERA KERJA: 

  1. Membantu Ketua Estet dalam pentadbiran, perancangan, pengurusan dan pemeliharaan bangunan dan kemudahan.
     

  2. Membuat reka bentuk bangunan, mengendalikan dan memantau projek-projek departmental dan development Universiti Brunei Darussalam dari peringkat awal ‘sketch design’, preliminary, working drawing hingga ke peringkat penawaran dan perlaksanaan.
     

  3. Memahami pentadbiran kontrak dan mempastikan projek yang di bawah jagaan berjalan dengan teratur dari segi kontrak dan pentadbirannya seperti:-

 

          §        Memproses perubahan pesanan iaitu ‘ Variation order’

          §         Lanjutan masa ‘Extension of time’

          §         Mempastikan pembayaran kepada konsultan, kemajuan kerja dan lain-lain 

  1. Membuat peraturan dan perancangan yang berkesan serta penyeliaan bagi semua kerja pemeliharaan, rawatan baikpulih dan kerja-kerja pemeliharaan berjadual.
     

  2. Bertanggungjawab dalam membuat perhubungan dengan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain mengenai perkembangan pembangunan dan perancangan.
     

  3. Lain-lain tugas seperti yang diaturkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI PERANGKAAN        

JABATAN PERANCANGAN, PEKERMBANGAN DAN PENYELIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

B.2 EB.3 ($2,270 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

   a.    i.          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perangkaan / Matematik atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.         BDTVE/CBTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Perangkaan / Matematik atau bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii.     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Perangkaan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Laporan Penilaian Prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERANGKAAN: 

  1. Membantu Ketua Bahagian Pengurusan Data Pendidikan dalam pengendalian perangkaan pendidikan dan membuat laporan-laporan untuk buku-buku perangkaan.
     

  2. Bertanggungjawab selaku penyelaras dalam tugas pengumpulan, penyusunan, penganalisaan serta penyemakan data dan maklumat bagi semua sekolah, maktab dan institusi pengajian tinggi di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan, lain-lain Kementerian dan sekolah-sekolah swasta.
     

  3. Bertindak selaku pegawai utama dalam menyediakan maklumat dan perangkaan yang dikehendaki oleh pihak-pihak berkenaan di dalam negeri (JPKE dan lain-lain kementerian) dan luar negara seperti agensi-agensi antarabangsa UNESCO, ISESCO dan Commonwealth.
     

  4. Bekerjasama dalam merancang, mengawas dan menyelaras projek-projek yang berkaitan dengan perangkaan pendidikan di Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan.
     

  5. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.

<< Atas

 

 

4.

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

C.3-4 EB.5 ($1,990 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

  a.      i.         BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Sains/Pengurusan Makmal atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Juruteknik Makmal Kanan dalam tanggagaji C.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

  1. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal sains di peringkat universiti adalah kelebihan.
     

  2. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JURUTEKNIK MAKMAL: 

  1. Menyelia kakitangan teknikal makmal yang dibawah tanggungannya.
     

  2. Menyediakan senarai keperluan-keperluan makmal (departmental orders /requirements) yang hendak di beli setiap semester.
     

  3. Menyediakan dan menyimpan rekod-rekod peralatan dan barangan (inventory) yang telah di terima dan digunakan di makmal. Ini termasuk juga memantau dan mengawal penggunaan barang-barang guna habis supaya sentiasa cukup dalam simpanan.
     

  4. Membuat kerja-kerja pemeliharaan asas dan baik pulih ke atas peralatan-peralatan saintifik makmal yang canggih.
     

  5. Membantu Penguasa Pemeliharaan Peralatan dalam menyediakan perangkaan pembelanjaan tahunan.
     

  6. Membantu Penguasa Pemeliharaan Peralatan mengendalikan sebarang latihan kepada semua kakitangan Teknikal Makmal jika ada keperluan.
     

  7. Melaksanakan tugas dan tanggugjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa.

  

<< Atas

 

 

5.

PENYELIA ASRAMA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3   ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

  a.   i.        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan  Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Pentadbiran / Pengurusan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman dalam bidang yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penyelia Asrama Tingkat III atau jawatan bersesuaian dalam tanggagji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA ASRAMA TINGKAT II: 

  1. Pengawasan semua kakitangan asrama, termasuk penghuni-penghuni asrama, tukang-tukang masak, tukang cuci, pembersih dan lain-lain.
     

  2. Membuat dan mengatur jadual-jadual kerja bagi pembersih-pembersih dan tukang-tukang masak.
     

  3. Membuat laporan tahunan kepada semua kakitangan dibawah jagaannya.
     

  4. Menyelidik dan membetulkan masalah yang dibawa kepengetahuannya.
     

  5. Mengurus penerimaan dan pemesanan barang-barang permakanann.
     

  6. Mengawas hal-hal pemeliharaan bangunan asrama dan dapur asrama.
     

  7. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas

 

 

6.

PEGAWAI MELESEN

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA)

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

III

C.1-2 EB.3  ( $1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

  a.    i.          BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuian atau kelulusan  sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

Kelulusan  lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii.        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

iii.      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Luar atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5  tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai kebolehan membuat laporan lisan atau bertulis.
     

  2. Mempunyai lesen memandu kelas 1 atau 3 yang sah.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MELESEN: 

  1. Selaku Penolong / Pembantu kepada Ketua Unit.
     

  2. Meneliti dan membuat sokongan permohonan - permohonan untuk mendapatkan lesen pembuatan (pertama kali dan permohonan untuk membaharui lesen (tahunan) yang dijalankan di Tapak - Tapak / Kompleks - Kompleks Perindustrian dan juga di tempat - tempat persendirian.
     

  3. Bertanggungjawab didalam mengaturkan tugas - tugas pegawai / kakitangan dibawah jagaaan.
     

  4. Bertanggungjawab didalam memantau perjalanan perusahaan pembuatan di tempat -tempat / premis pembuatan yang dilesenkan khususnya didalam menguatkuasakan peraturan  - peraturan disegi keselamatan, kesihatan dan kebersihan.
     

  5. Bertanggungjawab didalam mengambil tindakan keatas kegiatan pembuatan yang dijalankan tanpa lesen pembuatan yang sah.
     

  6. Bertanggungjawab didalam mendraf minit - minit dan memo / surat untuk penelitian dan ditandatangani oleh Ketua Bahagian.
     

  7. Mewakili Ketua Bahagian / Ketua Unit didalam mesyuarat dalam dan luar Jabatan.
     

  8. Bertanggungjawab didalam melayani kunjungan orang ramai:

Ä      Menerima aduan orang ramai.

Ä      Menerima permohonan orang ramai.

Ä      Memberi penerangan kepada orang ramai.

  1. Mengetuai tugas operasi khas.

  

<< Atas

 

 

7.

PEMBANTU PEGAWAI LUAR KEMAJUAN PERUMAHAN

JABATAN KEMAJUAN PERUMAHAN

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

D.3-4 EB.5 ($900 -  $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:         

 

   a.    i.        BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan
sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.3 tidak kurang dari 5 tahun serta berpengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan kerja-kerja luar.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan atau disepanjang perkhidmatannya bagi yang belum mencapai tempoh perkhidmatan selama 3 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PEGAWAI LUAR KEMAJUAN PERUMAHAN: 

  1. Mengikut arahan kerja dari Ketua Bahagian mengenai tugas-tugas yang berkaitan dengan Skim Rancangan Perumahan Negara.
     

  2. Membuat laporan mengenai perlanggaran syarat dan penyelidikan tanah.

  

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 7

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas