IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 10 SEPTEMBER 2009)

BILANGAN IKLAN: 71/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

1 – 3

 

 

 

 

2.

SERANG TINGKAT II

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEMBANTU BILIK INJIN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN PENERBANGAN AWAM

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :        

 

   1.      a.      i.     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam / Teknikal
                            atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang
                            yang sama.
 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

  1. Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

  1. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

  2. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

  3. Peraturan-Peraturan Kewangan.

  1. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I: 

  1. Melaporkan kepada Pengarah / Timbalan ke atas perancangan, perkembangan dan kemajuan, aktiviti-aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
     

  2. Menyediakan perancangan dalam usaha meningkatkan, mengembang majukan dan mempelbagaikan kemudahan dan perkhidmatan kepada penumpang, orang ramai dan pengguna Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
     

  3. Meningkatkan hasil pendapatan  jabatan dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan termasuk pemeliharaan bangunan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei terutama hasil pendapatan bukan aeronatik.
     

  4. Merancang dan menyediakan program liberalisasi ke atas perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan.
     

  5. Mempastikan tahap kemudahan dan mutu perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei sepertimana beroperasi lebih efektif dan efisien dan memenuhi citarasa / kesukaan pengguna dan orang ramai.
     

  6. Menyediakan peruntukan tahunan dan laporan hasil kutipan jabatan setiap bulan.
     

  7. Memantau hasil kutipan jabatan dan memastikan tiada tunggakan oleh Syarikat-Syarikat yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

 << Atas 

 

 

2.

SERANG TINGKAT II

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.3 EB.4-5 ($900 - $1,625 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :  

  1. Berumur tidak kurang dari 21 tahun.

 

   b.     i.    Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 8 atau yang sebanding dan berkhidmat
                 sebagai Pembantu Dek tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU 

  1. Mempunyai Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 9 atau yang sebanding dan berkhidmat sebagai Pembantu Dek tidak kurang dari 6 tahun.

  1. Berkebolehan di dalam mengendalikan kapal-kapal dibawah 100 tan muatan kasar dan mempunyai pengetahuan yang baik tentang perairan-perairan yang boleh dilayari dan makna tanda-tanda pelayaran.
     

  2. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan boleh mengurus dan mengawas kakitangan dibawah jagaannya dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.
     

  3. Boleh menyediakan laporan-laporan dengan baik seperti kerosakan, pesanan dan kakitangan kapal.
     

  4. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Selaku ketua kapal yang sebanding dengan kelayakan.
     

  2. Membantu tugas-tugas Serang Tingkat Khas dan Serang Tingkat I.

 

 

LAIN-LAIN SYARAT BAGI JAWATAN SERANG TINGKAT II: 

  1. Sebelum ditawarkan jawatan sebagai Serang Tingkat II, calon-calon mestilah lulus ujian kesihatan dan lulus ujian penglihatan.
     

  2. Selepas menjalani satu tempoh perkhidmatan yang dikehendaki, Serang Tingkat II yang layak akan diaturkan untuk mengikuti kursus latihan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan bagi mendapatkan Sijil Kecekapan Pegawai Laut Kelas 7.

  

<< Atas

 

 

3.

PEMBANTU BILIK INJIN

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

E.1-2-3 EB.4 ($515 - $875 SEBULAN)

 

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

  1. Mempunyai Sijil Pegawai Laut Kelas 9 atau yang sebanding dan telah berkhidmat sebagai Pelaut Pelatih tidak kurang dari 5 tahun.
     

  2. Mestilah sihat tubuh badan dan mempunyai penglihatan yang baik dan lulus ujian penglihatan mata yang disahkan.
     

  3. Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Membersihkan bilik injin dan alat kelengkapan didalamnya dimana-mana kapal pegawai ini ditugaskan dan menyusunnya bagi membolehkan operasi bilik injin berjalan lancar.
     

  2. Membantu didalam menjalankan tugas-tugas pengawasan injin semasa belayar.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Teknisyen Kapal.

 

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN
BAGI BILANGAN 1 HINGGA 3

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)


<< Atas