IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 9 FEBRUARI 2009)

BILANGAN IKLAN: 1/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

1 – 11

 

 

 

 

2.

SETIAUSAHA KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PENGURUS SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN ) ATAU

KUMPULAN 3 ( $4,750 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

4.

PENGANALISA SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

PEGAWAI BANDARAN KANAN

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

BENDAHARI

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA

SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

UB.3  ($4,600 – $5,200 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

8.

PEGAWAI REKOD PERUBATAN KANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

 

9.

PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)
C.1-2 EB.3 ($1,280 -  $2,270 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

10.

PENGAWAS MEKANIK

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA,

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

11.

SERANG TINGKAT II

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.2-3 EB.4  ( $590 -  $875 SEBULAN)
Tugas dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                              

 

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik dan

     Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau

     bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

     Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

DAN

 

b)  i)  Berkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah

         sebagai Pegawai Penyelidik Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun

         dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

    Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji B.3 tidak kurang

    dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)  Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua kertas kerja yang asli (original) yang

    memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua

    daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i.   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

ii.  Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

iii. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

iv. Laporan Tahunan Jabatan

v.  Penyediaan Peruntukan Jabatan

vi. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

       Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha

      Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah

      Perkhidmatan Awam.

 

d)   Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

iii.  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

e)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH: 

  1. Membantu Pengarah dalam hal ehwal perkembangan Institut termasuk dalam urusan pentadbiran dan kurikulum pengajian.
     

  2. Membantu Pengarah untuk menyediakan dalam menyelaraskan mesyuarat-mesyuarat kebangsaan, serantau dan antarabangsa serta kegiatan-kegiatan kerjasama lain bagi maksud membincangkan isu-isu pertahanan dan keselamatan.
     

  3. Membuat dan mengeluarkan kertas kerja.
     

  4. Membantu Pengarah mengembangkan rangkaian kerjasama Institut dengan Institut-Institut lain dalam bidang pertahanan dan keselamatan di peringkat serantau  atau pun antarabangsa. 
     

  5. Membantu Pengarah untuk menyediakan kertas kerja berhubung kait dengan seminar, workshop dan persidangan (membantu Pengarah dalam urusan pentadbiran Pegawai Penyelidik di Institut) yang mana termasuk menjadi Pegawai Perantara di antara Pengarah dan Pegawai berkenaan.
     

  6. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

     KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 1:

 

a)   i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam / LLB (Syariah) /  LLB dan

          Barrister-at-Law  atau dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Ketua Pendakwa Syar’ie

      dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan

      dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Kehakiman

     dan Perundangan atau bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari

     4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

<< Atas    

 

 

2.

SETIAUSAHA KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian;

          atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pegawai Kerja atau jawatan

       bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah

       ditetapkan dalam jawatan.

 

                        ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji

      B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang

     memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam

     dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i.   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

ii.  Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

iii. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

iv. Laporan Tahunan Jabatan

v.  Penyediaan Peruntukan Jabatan

vi. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha

Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

c)   Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

iii.  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)  Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas-kertas

     kerja adalah keutamaan.

 

e)  Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

f)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  SETIAUSAHA KERJA: 

  1. Membuat penyelidikan.
     

  2. Menyediakan dan menyempurnakan tugas / kertas kerja / laporan / persuratan menurut

          yang ditetapkan / diarahkan.

  1. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa

          ke semasa.

  

<< Atas   

 

 

3.

PENGURUS SISTEM

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

KUMPULAN 2 ( $ 5,400 SEBULAN ) ATAU

KUMPULAN 3 ( $4,750 SEBULAN )

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 2:       

 

a)   i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan

          Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal Komputer.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengurus Sistem dalam tanggagaji Kumpulan

    3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penganalisa Sistem Kanan dalam tanggagaji

    B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

     KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 3:       

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan

         Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal Komputer.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penganalisa Sistem Kanan dalam tanggagaji

     B.3 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang

     memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam

     dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i.   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

ii.  Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

iii.  Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

iv.  Laporan Tahunan Jabatan

v.   Penyediaan Peruntukan Jabatan

vi.  Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha

Tetap / Ketua Jabatan masing-masing dan juga disahkan / diluluskan oleh Ketua

Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

c)  Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

iii.  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

        TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGURUS  SISTEM:

 

    Bertanggungjawab kepada Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (atau wakilnya)

   dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Pusat Kebangsaan e-Kerajaan

   (atau wakilnya) pada perkara-perkara di bawah ini:  [ Nota: Wakil bermaksud pihak atasan

   di mana ia ditugaskan ] 

  1. Melapor kepada Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan (atau wakilnya iaitu CIO  Kementerian) dimana ia ditugaskan.
     

  2. Membantu Chief Information Officer (CIO) menguruskan fungsi dan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut. 
     

  3. Memantau/memastikan kualiti dan prestasi pengurusan fungsi dan perkhidmatan ICT   dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikuti dasar dan amalan baik.
     

  4. Mengurus perancangan, pembentukan dan perlaksanaan program-program ICT yang inovatif yang sejajar dengan menjurus serta menyumbang kepada pencapaian wawasan, misi dan matlamat e-Kerajaan/strategi ICT. 
     

  5. Tugas-tugas yang dimaksudkan termasuk perkara-perkara seperti berikut:-

 

1.    Meneliti dan menilai keperluan ICT di Kementerian dan Jabatan-jabatan dan

       lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengannya termasuk keperluan sumber manusia

       ICT mengikut keutamaan;

 

2.     Menyediakan mengurus dan memantau pelan induk ICT kementerian antaralain

       dari segi belanjawan ICT dan projek-projek ICT supaya berjalan dengan lancar

       dan teratur;

 

3.     Mengurus perkembangan ICT termasuk pembangunan, perkembangan,

        pemeliharaan sistem-sistem aplikasi dan kandungan-kandungan sistem maklumat

        lain-lainnya termasuk pengurusan prasarana (infrastruktur) ICT;

 

4.    Memastikan perlaksanaan keperluan ICT berpandukan kepada best practices

       termasuk kaedah-kaedah kearah penambahbaikan perkhidmatan seperti

       menekankan perubahan melalui Business Process Re-engineering (BPR) serta

       integrasi dengan kementerian/agensi-agensi yang berkaitan;

 

5.   Sentiasa pro-aktif dalam memastikan projek-projek ICT berjalan dengan lancar

      dengan memberi keutamaan dalam penyelesaian isu-isu yang menjejaskan; 

  1. Bertanggungjwab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah

          Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas     

 

 

4.

PENGANALISA SISTEM KANAN

PUSAT KEBANGSAAN E-KERAJAAN

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan

         Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal komputer; atau kelulusan sebanding

         dalam bidang-bidang yang sama.  

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penganalisa Sistem atau Jurutera Sistem

    atau jawatan berkaitan dengan bidang komputer dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak

    kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

b)  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.   Peraturan-Peraturan Kewangan

 

c) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGANALISA SISTEM KANAN:

 

    Bertanggungjawab dalam memantau dan memastikan kualiti dan prestasi Pengurusan fungsi

   dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikut dasar

   dan amalan baik dan juga perkara-perkara seperti dibawah ini:

  1. Memantau / memastikan kualiti dan prestasi perlaksanaan projek-projek dan perkhidmatan ICT dijalankan dengan teratur termasuk perlaksanaan rancangan-rancangan dan pengendalian sumber-sumber projek dan perkhidmatan berkenaan. 
     

  2. Membantu Pengurus Sistem dalam mengurus fungsi dan perkhidmatan ICT dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut yang meliputi perkara-perkara seperti berikut:

  1. Customer Relationship Management antaranya perkhidmatan call centre, help desk, Service Level.
     

  2. Infrastruktur yang meliputi pembangunan, perkembangan, pemeliharaan sistem-sistem applikasi utama dan kandungan sistem maklumat lainnya.
     

  3. Mengetuai pengendalian operasi termasuk prasarana rangkaian 24 x 7 Operation System Administration, Networks, Security and Facilities.
     

  4. Membantu dalam penyediaan pelan induk bagi perlaksanaan projek-projek e-Kerajaan.
     

  5. Menganalisa keberkesanan cadangan projek-projek e-Kerajaan.

  1. Menyediakan piawaian, dasar dan prosedur untuk memastikan pengoperasian mengikut

          amalan terbaik (best practices). 

  1. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah

          Pusat Kebangsaan E-Kerajaan atau wakilnya dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas     

 

 

5.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) atau Association of

         Chartered Certified Accountants (ACCA) atau kelulusan profesional badan perakaunan.

 

ATAU

 

ii)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan

     atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

                 Kelulusan yang lebih tinggi dan/atau dalam bidang Perakaunan dan/atau Kewangan

                 adalah kelebihan.

 

iii)  Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Pegawai Kewangan dalam tanggagaji

      B.2 EB.3 / B.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan jawatan

 

ATAU

 

iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan perakaunan dan/

    atau kewangan dalam tanggagaji B.2 EB.3 / B.2 tidak kurang dari 6 tahun telah

    ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Bagi yang tidak mempunyai kelulusan di para a)(i) atau a)(ii) di atas, hendaklah berkhidmat

      dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan perakaunan dan/atau kewangan

      dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8  tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)   Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.   Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

iii. Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI PEGAWAI KEWANGAN KANAN: 

  1. Mempastikan dan menunjuk ajar kerja-kerja urusan pejabat (persuratan book-keeping, loan, baksis, bonus, gaji, elaun-elaun, percukaian, tambang, pembayaran pendaftaran, failing dan penghantaran persuratan dan lain-lain hal) yang diproses oleh Pegawai/Kakitangan adalah dalam keadaan betul mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan yang berkaitan dengannya. 
     

  2. Bersama-sama pegawai atasan yang lain bertanggungjawab terhadap mutu kawalan kerja, disiplin dan kesejahteraan pegawai dan kakitangan.
     
     

  3. Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang akan diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

6.

PEGAWAI BANDARAN KANAN

JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3   ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

    KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a) i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian;  atau

         kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat di Jabatan Bandaran sebagai Pegawai Bandaran dalam tanggagaji

    B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3

    tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam

     jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang  dari 8 tahun dan telah ditetapkan

     dalam jawatan.

 

c)  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.  Peperiksaan Jabatan

·  Akta Lembaga-Lembaga Bandaran, Penggal 57 (Municipal Boards Acts, Chapter 57)

·  Akta Lesen-Lesen Rampaian, Penggal 127 (Miscellaneous Licences Act, Chapter 127)

· Undang-Undang Kecil Lembaga-Lembaga Bandaran, 1920 (“The Municipal

  Boards Enactment, 1920” By-Laws)

ii.   Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

iii.  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

     TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI BANDARAN KANAN: 

  1. Bersama-sama dengan Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran di dalam membantu Pengarah Bandaran bagi semua urusan-urusan pentadbiran dan pengurusan Jabatan. 
     

  2. Bertanggungjawab bagi penyelarasan di dalam hal pentadbiran / pengurusan Jabatan.
     

  3. Mewakili Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dalam temuduga-temuduga bagi jawatan tertentu. 
     

  4. Bersama-sama Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran membantu Pengarah merangka belanjawan (Budget) Tahunan dan Rancangan Kemajuan Negara. 
     

  5. Menjalankan tugas-tugas yang dikehendaki oleh Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran. 
     

  6. Menyelia dan mengawasi Ketua-Ketua seksyen dan unit sepertimana yang ditentukan.
     

  7. Menandatangani bagi pihak Pengerusi / Timbalan Pengerusi Lembaga Bandaran dalam surat menyurat (routine) seperti surat cuti, keluar negeri waktu bekerja dan keluar negeri. 
     

  8. Bertanggungjawab bagi hal-hal kewangan dan pembayaran-pembayaran.
     

  9. Bertanggungjawab bagi memberi pandangan dan ulasan seperti yang diminta oleh Jabatan-Jabatan berkenaan berhubung dengan hal-hal Teknikal, Perancangan dan Pembangunan. 
     

  10. Mengesahkan dan meneliti serta menyemak perkiraan jumlah / perjalanan bagi tuntutan elaun dan jauh perjalanan, kerja lebih masa dan lain-lain. 
     

  11. Mengurus pembelian barang-barang dan alat-alat perkakas / ganti seperti yang dikehendaki.
     

  12. Meneliti tawaran-tawaran dan sebutharga bagi pertimbangan seterusnya.

 

 

<< Atas    

 

 

7.

BENDAHARI

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

UB.3  ($4,600 – $5,200 SEBULAN)

 

 

 

      KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam

     bidang bersesuaian.

 

     Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

b)  i) Berkhidmat di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dalam bidang kewangan

        atau bidang bersesuaian dalam tanggagaji UB.1 EB.2 tidak kurang dari 5 tahun dan

        telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3

    tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

c)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam

     jawatan bersesuaian dalam tanggagaji UB.1 atau B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah

     ditetapkan dalam jawatan.

 

d) Mempunyai pengalaman dalam pentadbiran dan kewangan di institusi pengajian tinggi

    adalah kelebihan.

 

e)  Lulus Peperiksaan berikut:

 

i.  Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii. Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii. Peraturan-Peraturan Kewangan

 

f) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan

 

          TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BENDAHARI: 

  1. Membantu Pendaftar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam

          bahagian kewangan dan perjawatan.

 

<< Atas     

 

 

8.

PEGAWAI REKOD PERUBATAN KANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

C.4 EB.5 ($2,340 - $2,970 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a) i)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Teknologi

        Maklumat / Perangkaan / Pengurusan dan Pentadbiran atau kelulusan  sebanding dalam

        bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan-

        jawatan bersesuaian dan mempunyai pengalaman dalam Pengurusan dan Pentadbiran

        dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Rekod Perubatan atau jawatan

    sebanding dalam tanggagaji C.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

    dalam jawatan.

 

b)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI REKOD PERUBATAN KANAN: 

  1. Mengurus dan mentadbir semua kakitangan di Bahagian Rekod-Rekod Perubatan.
     

  2. Memastikan dan mengemaskinikan bahawa perjalanan Rekod-Rekod Perubatan

          berjalan dengan lancar.

 

<< Atas     

 

 

 

9.

PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)  i)   BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Perakaunan /

          Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

          dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang

          yang berkaitan dengan bidang perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji

          D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

         Kelulusan lebih tinggi atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan

         adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Kerani Kewangan dalam tanggagaji

    D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan      dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan bidang perakaunan

     atau kewangan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan

     dalam jawatan.           

 

b) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

        TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT II: 

  1. Memproses serta membuat kerja-kerja pejabat seperti persuratan, book keeping, pinjaman, baksis, gaji, bonus, percukaian, tambahan, pembayaran, pertanyaan audit pendaftaran, failing dispatching dan lain-lain hal mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.  
     

  2. Bersama-sama dengan Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I, bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja dan disiplin Kerani Kewangan dan Pelayan-Pelayan. 
     

  3. Tugas-tugas adalah mengikut arahan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 << Atas     

 

 

10.

PENGAWAS MEKANIK

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA,

KEMENTERIAN KEWANGAN

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN )

 

 

 

     KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC Sijil Kebangsaan Peringkat Biasa (NC) dalam bidang bersesuaian atau

         kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Mekanik Kenderaan atau jawatan berkaitan

    dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 8 tahun.

 

b)  Mempunyai laporan penilaian prestasi di tahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi  

     tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

      TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS MEKANIK: 

  1. Ditugaskan bagi mengawasi kerja Mekanik-Mekanik Kenderaan termasuk tatatertib dan kebajikan.
     

  2. Memelihara dan menjaga keselamatan dan penyusunan bagi semua risalah-risalah kenderaan.
     

  3. Membuat Pengawasan kepada semua keperluan-keperluan dan permintaan kenderaan.

 

 

<< Atas     

 

 

11.

SERANG TINGKAT II

JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA

KEMENTERIAN KEWANGAN

E.2-3 EB.4  ( $590 -  $875 SEBULAN)

 

 

 

          KELAYAKAN MINIMUM:  

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kelasi Tingkat I atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Kelasi Tingkat II / Pelaut Pelatih atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji F.2 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 
     

  2. Mempunyai pengetahuan perairan – Pelayaran ( Navigable ) dan pasang surut di Sungai Brunei dan kawasan pantai. 
     

  3. Berkebolehan untuk menyelia pekerjaan dan pembantu-pembantunya adalah keutamaan.
     

  4. Berkebolehan menulis dan membaca serta bersedia untuk membuat laporan bekerja dan pesanan adalah keutamaan. 
     

  5. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi ditahap sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi  tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

          TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SERANG  TINGKAT II: 

  1. Membantu mekanik dan Pemandu Outboard apabila menjalankan rondaan di perairan Sungai Brunei. 
     

  2. Membersihkan kapal dan bot ronda.
     

  3. Menerima arahan daripada ketua bahagian apabila diperlukan.

 

<< Atas     

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 11:

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)