IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 11 APRIL 2009)

BILANGAN IKLAN: 19/2009/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN PEMELIHARAAN

 BANGUNAN DAN KENDERAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

KUMPULAN 2 (  $5,400 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

1 – 11 

 

 

 

2.

KETUA PUSTAKAWAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.5 (  $5,400 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )
Tugas dan Tanggungjawab (A)

Tugas dan Tanggungjawab (B)

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

5.

PEGAWAI LATIHAN KANAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

Tugas dan Tanggungjawab

 

6.

SETIAUSAHA SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

BW.1   ($1,880 - $ 2,750 SEBULAN)  ATAU

BW.2 ($2,800 - $3,100 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

7.

PEMANDU V.I.P

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN) ATAU

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

Tugas dan Tanggungjawab

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN PEMELIHARAAN BANGUNAN DAN KENDERAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN

KUMPULAN 2 (  $5,400 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Bangunan / Kejuruteraan atau dalam bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                              Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)                            Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)                  Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.        Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.      Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

 

c)                  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH :

 

1.      Mengetuai Bahagian Pemeliharaan Estet bagi memelihara Hospital-Hospital, Pusat-Pusat Kesihatan, Klinik-Klinik dan bangunan-bangunan dan kenderaan-kenderaan dibawah kawalan Kementerian Kesihatan.

 

2.      Memantau perlaksanaan kerja-kerja pemeliharaan iaitu kerja-kerja Perbelanjaan Khas, Sebutharga dan kerja-kerja kontrak Berjangka (Term Kontrak).

 

3.      Meneliti spesifikasi tawaran dan sebutharga.

 

4.      Menyediakan peruntukan belanjawan tahunan bagi Pemeliharaan Estet.

 

5.      Menyediakan laporan Status Projek Perbelanjaan Khas.

 

6.                  Menyediakan Laporan Status Projek-Projek Pemeliharaan Bangunan dan Kenderaan.

 

 

<< Atas

 

 

2.

KETUA PUSTAKAWAN

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

UB.5 (  $5,400 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan / Sains Maklumat / Pengajian Komputer atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                              Berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam sebagai Penolong Ketua Pustakawan dalam tanggagaji UB.3 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

 

b)                  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perpustakaan / Sains Maklumat / Pengajian Komputer atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan atau dalam tanggagaji Kumpulan 3 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)                  Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.        Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.      Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)                 Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PUSTAKAWAN:

 

1.                  Bertanggungjawab atas keseluruhan pentadbiran dan pengurusan perpustakaan: misi perpustakaan, memformulasi rancangan strategik, polisi dan prosedur untuk kecemerlangan perkhidmatan supaya dapat menyokong pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan di Universiti.

 

2.                  Melaksana rancangan perkembangan untuk mencapai produktiviti dan kecemerlangan perkhidmatan dan perkembangan kerjaya bagi kakitangan perpustakaan.

 

3.                  Melaksanakan aplikasi yang relevan dari segi teknologi yang terkini bagi sistem perpustakaan.

 

4.                  Menyediakan dan melaksanakan dengan kebijaksanaan peruntukan perpustakaan.

 

5.                  Bertanggungjawab atas kesejahteraan keadaan alat-alat dan sumber-sumber perpustakaan.

 

6.                  Mengendalikan perpustakaan dengan efisyen dan efektif supaya mencapai misi dan objektif keseluruhan perpustakaan.

 

7.                  Menyelanggarakan dan menilai prestasi kakitangan perpustakaan.

 

8.                  Merancang perkembangan fizikal perpustakaan.

 

9.                  Menyandang tanggungjawab sekretari bagi Komiti Perpustakaan.

 

10.              Mempromo perhubungan diantara perpustakaan dan perbadanan profesional di dalam dan di luar negeri bagi menaikkan imej perpustakaan UBD.

 

11.              Menjalankan tugas-tugas lain seperti diarahkan oleh  Naib Canselor.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)                  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am /  Perubatan / Kesihatan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.    

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)                  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan  sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang  dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)                  Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.        Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.      Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)                 Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS DI KEMENTERIAN KESIHATAN (A):

 

1.                              Bertanggungjawab terus kepada Penolong Pengarah Perkembangan Sumber Tenaga Manusia dalam segala hal ehwal perancangan, pengurusan dan pentadbiran perkembangan sumber tenaga manusia selaras dengan visi Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan profesionalisme dan kompetensi pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

 

2.                              Mengetuai Bahagian Pusat Perkembangan Sumber Tenaga Manusia di Ong Sum Ping dan menyediakan rancangan untuk meningkatkan dan mengembangkan perkhidmatan perkembangan sumber tenaga manusia dengan:-

 

Ø                  Merancang keperluan penganalisaan “ in-house traning (Traning Needs Analysis)”

Ø                  Membuat dan menyampaikan kursus-kursus “in-house

Ø                  Membuat penilaian kursus-kursus “in-house

Ø                  Merancang, mengatur dan melaksanakan kursus: “Train the Trainer”

Ø                  Mengurus, memudahcara dan memantau kursus; “in-house” yang dikendalikan oleh Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Kesihatan

Ø                  Berhubungan dengan Institusi latihan dalam negeri mengenai hal-hal yang berkaitan dengan latihan dalam negeri.

 

3.                              Menjadi ahli dalam jawatankuasa aktiviti-aktiviti kebajikan Kementerian Kesihatan.

 

4.                              Menerima arahan yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS DI KEMENTERIAN KESIHATAN (B):

 

1.                  Bertanggungjawab dalam urusan-urusan penyelidikan, pemantauan, perancangan dan penyelarasan serta membuat laporan ke atas perkara-perkara berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan.

 

2.                  Mengurus hal ehwal pentadbiran dalam membuat pembaharuan secara berterusan dengan menggunakan kaedah-kaedah pengurusan (management tools).

 

3.                  Menyelia dan mengatur pembahagian tugas pegawai dan kakitangan termasuk mengawasi disiplin serta prestasi kerja kakitangan bawahan.

 

4.                  Memantau, pengumpulan data dan maklumat-maklumat untuk kepentingan Kementerian Kesihatan secara menyeluruh dan membuat penganalisaan dan seterusnya membuat laporan atau kertas cadangan mengenainya.

 

5.                  Menyediakan laporan dan kertas kerja.

 

6.                  Menerima arahan dari pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:           

 

a)                  i)          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)                  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari  8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)                  Telah lulus dalam peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.        Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.      Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)                 Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN:   

  1. Menyelaras bagi Urusetia Jawatankuasa Keberkesanan Pembayaran Projek.
     

  2. Menjadi penyelaras bagi penghasilan ‘ Brunei Darussalam Construction Cost Hand Book’ yang dikendalikan oleh konsultan yang dilantik.
     

  3. Menerima arahan dan mengambil tindakan dari masa ke semasa ke atas apa jua tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak Kementerian samaada dari Ketua Unit atau Pegawai Kanan lain Kementerian.
     

  4. Menjadi Ahli Sekretariat bagi Mesyuarat-Mesyuarat yang dikendalikan atau diselaraskan oleh Unit Penyelidikan dan Perkembangan.
     

  5. Menghadiri mesyuarat/perjumpaan/perbincangan di dalam dan luar Kementerian bila-bila masa diperlukan.
     

  6. Melawat projek apabila diperlukan.

  

<< Atas

 

 

5.

PEGAWAI LATIHAN KANAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.    

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Latihan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)                  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)                  Telah lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

 

i.        Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.      Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)                 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

e)                  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI LATIHAN KANAN :

 

1.                  Bertanggungjawab kepada Pengarah Pentadbiran dan Perkhidmatan dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Perrhubungan.

 

2.                  Meneliti permohonan bagi Pegawai dan Kakitangan yang hendak menghadiri kursus / latihan / mesyuarat dan sebagainya.

 

3.                  Membuat penyelidikan dan perancangan ke atas kursus / seminar yang diperlukan dari semasa ke semasa.

 

4.                  Membuat perancangan penggantian (succession planning) dan sokongan kenaikan pangkat.

 

5.                  Melaksana apa jua arahan yang diberikan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

6.

SETIAUSAHA SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

BW.1   ($1,880 - $ 2,750 SEBULAN)  ATAU

BW.2 ($2,800 - $3,100 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW.1:         

 

a)                  i)          Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang sebanding.

 

DAN

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

b)                  i)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 7 tahun.

DAN

 

ii)                  Sijil Trengkas dengan kepantasan 110 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 50 p.s.m atau Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Tertinggi yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

ATAU

 

c)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 10 tahun.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW.2:

 

a)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Setiausaha Sulit dalam tanggagaji BW.1  tidak kurang dari 10 tahun.

 

Peperiksaan, latihan/kursus, tempoh percubaan dan penetapan jawatan serta syarat-syarat am adalah seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tanggagaji  dan Syarat-Syarat Perkhidmatan pada 01 Februari,  1996.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA SULIT:

 

Pada umumnya tugas-tugas dan tanggungjawab jawatan-jawatan dalam perkhidmatan ini ialah tugas-tugas yang berkaitan dengan kesetiausahaan dan kerja-kerja sulit termasuk kerja-kerja menaip.

 

 

<< Atas

 

 

7.

PEMANDU V.I.P

JABATAN PERDANA MENTERI

D.3 EB.4 ($900 - $1,465 SEBULAN) ATAU

E.3 EB.4 ($660 - $875 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI D.3 EB.4:    

 

a)                  i)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu V.I.P dalam tanggagaji E.3 EB.4 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

ii)                  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Tingkat Khas atau dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 7 tahun serta mempunyai pengalaman membawa orang-orang kenamaan.

 

b)                  Berpengalaman memandu berbagai-bagai jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan kecil serta tidak pernah didakwa kerana kesalahan-kesalahan memandu.

 

c)                  Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

d)                 Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI E.3 EB.4:     

 

a)                  i)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pemandu Tingkat Khas dalam tanggagaji E.2 / E.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

ii)            Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari  3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun serta mempunyai pengalaman membawa orang-orang kenamaan.

 

 

 

 

b)                  Berpengalaman memandu berbagai-bagai jenis kenderaan dan berkebolehan membaiki kerosakan-kerosakan kecil serta tidak pernah didakwa kerana kesalahan-kesalahan memandu.

 

c)                  Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik.

 

d)                 Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMANDU V.I.P:

 

1.                  Bertugas memandu ke mana saja dikehendaki atas urusan Pejabat/Jabatan atau atas urusan mereka yang di kurniakan atau dibenarkan menggunakan kereta Kerajaan beserta pemandu.

 

2.                  Bertanggungjawab bagi kebersihan dan pemeliharaan kenderaan-kenderaan Kerajaan dan seterusnya membuat laporan-laporan kerosakan serta keperluan alat ganti kepada Pengawas Kenderaan.

 

3.                  Bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan penumpang serta pengguna-pengguna jalanraya yang lain dengan mengamalkan sikap pemanduan mengikut Undang-Undang Negara Brunei Darussalam di bawah Akta Lalulintas Jalan Raya Bab 68.

 

4.                  Memandukan V.I.P dari rumah ke pejabat, menghadiri mesyuarat, menghadiri jemputan rasmi dan sebagainya tanpa mengira waktu bertugas.

 

5.                  Membuat pemeliharaan kenderaan seperti membersihkan kereta (luar dan dalam) dan memastikan ianya sedia untuk dipakai.

 

6.                  Memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.

 

7.                  Membuat laporan bagi kenderaan Kerajaan yang terlibat dalam kemalangan.

 

8.                  Bersedia bagi menerima sebarang arahan dari VIP dari semasa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR  BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN 1 HINGGA 11

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)