IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 05 JANUARI 2008)

BILANGAN IKLAN: 74/2007/SPA/BMI/ 38 (A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

 

1.

TIMBALAN PENGAWAL STOR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3 ($4,750)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

2.

PEGAWAI PROJEK KANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN

DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA),

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN

DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

 

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN

DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

7.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

8.

PENOLONG KANAN PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN

DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 ($ 2,270 - $ 3,760 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

9.

PENGARANG KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990–$2,970 SEBULAN)

Tugas Dan Tanggungjawab

 

10.

PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3  ($ 1,280 - $ 2,270 SEBULAN

Tugas Dan Tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Arkib                                           

 

 

 

 

1.

TIMBALAN PENGAWAL STOR 

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN           

KUMPULAN 3 ($4,750)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Perdagangan / Perniagaan / Perbankan/ Ekonomi / Perakaunan Kewangan / Perbekalan / Teknologi Infokomunikasi / atau kelulusan sebanding seperti Chartered Institute Purchasing And Supply / Institute of Chartered Accountants and Institute of Chartered Secretaries.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 4 tahun.

 

b)                     Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan baik adalah keutamaan.

 

c)                     Mempunyai pengalaman praktikal dalam bidang-bidang tersebut di bawah adalah kelebihan:

 

i)          Mengetuai Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor.

ii)         Pengurusan Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor, Pembelian dan Perbekalan barangan.

iii)        Dasar dan peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan stor.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan juga perkara-perkara di bawah ini:

 

1.       Mengetuai dan mengurus Divisyen perkhidmatan-perkhidmatan Stor yang diarahkan oleh Pengarah      Teknologi   Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya).

 

2.        Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi pelaksanaan penggunaan Divisyen berkenaan dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Jabatan dan Kerajaan termasuk pelaksanaan rancangan-rancangan dan pengurusan sumber-sumber Divisyen berkenaan.

 

3.         Menganalisa masalah dan keperluan Divisyen berkenaan, menyelaras dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan. Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) untuk kebenaran.

 

4.       Mengkaji dan membuat sokongan pembaikan yang innovatif terhadap sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara mencapai misi, matlamat dan objektif-objektifnya.

 

5.         Memudahkan dan mengetuai kumpulan (teams dan task force) yang mengkaji proses re-engineering dan sistem-sistem kualiti melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan Stor.

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PEGAWAI PROJEK KANAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)       i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan / Kejuruteraan Makanan / Pengurusan/Ekonomi / Kewangan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

  ii)       Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Projek atau jawatan bersesuaian dalam tanggagai B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

  iii)     Bagi yang tidak mempunyai ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)           Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

 

c)          Mempunyai pengalaman dalam pengendalian Perkhidmatan Penilaian Konformiti atau kerja-kerja           yang        berkaitan dengan mengembangmajukan dan pengurusan kualiti serta dalam pembangunan piawaian adalah kelebihan.

 

d)        Mempunyai pengalaman dalam penubuhan, pengurusan dan membangunkan sistem infrasturktur Perkhidmatan Penilaian Konformiti iaitu bagi ujian dan kalibrasi makmal dan juga perkhidmatan persijilan adalah kelebihan.

 

e)         Mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan perkembangan kakitangan (personnel) dalam satu organisasi tidak kurang dari 5 tahun adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

1.         Menyediakan rancangan dan peruntukan bagi penubuhan makmal (makmal-makmal) ujian dan kalibrasi bagi Sistem-Sistem Mutu dan Piawaian Kebangsaan.

 

2.         Menyediakan rancangan pengurusan bagi Pusat Akreditasi dan Piawaian Kebangsaan.

 

3.         Menyediakan manual dan prosedur sistem penilaian konformiti.

 

4.         Menyediakan rancangan dan rangka kerja bagi pembangunan perkhidmatan-perkhidmatan rujukan dan jualan program-program mutu dan piawai Pusat Akreditasi dan Piawaian Kebangsaan.

 

5.        Mengurus dan mengawalselia rangkaian kerjasama dengan badan-badan persijilan dalam dan luar negara yang memberikan perkhidmatan persijilan kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sedehana (PKS) tempatan di berbagai sektor (produk dan perkhidmatan).

 

6.         Merancang, membangun dan mempromosi Sistem-Sistem atau Skim-Skim Persijilan Kebangsaan.

 

7.        Merancang dan menyususn program-program pembangunan kapasiti kakitangan atau latihan berkaitan dengan persijilan untuk pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

8.       Menyediakan rancangan bagi mengimplimentasikan program-program penerbitan mengenai piawai-piawai, pengurusan mutu dan lain-lain yang berkaitan dengan Piawai Kebangsaan / Sistem Penilaian Konformiti di Negara Brunei Darussalam.

 

9.         Merangka dan membangunkan prosedur-prosedur dan garispandu bagi mendapatkan perkhidmatan persijilian.

 

10.    Merangka kriteria-kriteria pemilihan syarikat-syarikat dan produk-produk tempatan bagi mendapatkan perkhidmatan persijilan.

 

11.       Menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab lain yang diarahkan oleh Ketua Bahagian / Pengarah dan / atau wakilnya yang dibenarkan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA),

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

4.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

5.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 3, 4 DAN 5:      

 

a)       i)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)       Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Bagi yang tidak mempunyai Ijazah a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI [BINA]

 

1          Mengetuai Unit Promosi dan Perhubungan Awam.

 

2.       Menyelaras penyertaan jabatan dan syarikat-syarikat di tapak BINA dalam pameran anjuran agensi         Kerajaan dan swasta di dalam dan luar negeri.

 

3.        Menyelaras lawatan-lawatan Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Pengarah BINA ke tapak.

 

4.         Memberi taklimat kepada pelawat-pelawat dalam dan luar negeri.

 

5.         Mewakili Jabatan di sesi-sesi taklimat, penerangan dan mesyuarat yang berkenaan.

 

6.         Menyelaras dalam mana-mana program perhubungan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

7.         Menyalurkan berita dan maklumat di dalam lapuran tahunan dan majalah terbitan Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

8.        Menyelaras apa jua penerbitan majalah Jabatan (COIN) yang memuatkan Berita Hal Ehwal Koperasi dan Industri.

 

9.         Menyelaras apa jua penerbitan swasta dan Kerajaan yang berhubungkait dengan Jabatan.

 

10.       Menyediakan teks ucapan Pengarah BINA dan Timbalan Pengarah BINA selaku tetamu kehormat bagi majlis-majlis Jabatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN:

 

1.     Bertanggungjawab kepada urusetia Jawatankuasa Teknikal Piawai mengenai Konkret, Kementerian Pembangunan.

 

2.         Menyelaras dan memantau kerja-kerja pembinaan terhadap keselamatan di tapak binaan.

 

3.       Penyelaras dan sebagai ko-ordinator kebangsaan mengenai ‘ Total Quality Management (TQM) program’ di peringkat kebangsaan.

 

4.         Menjalankan dan menyelaras kegiatan dan tugas sebagai urusetia terhadap peraturan ‘Occupational Safety and Health’ Kementerian Pembangunan.

 

5.        Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan sebagai ‘Taskforce for Fire Code’ Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat.

 

6.       Menyelaras bagi kerja-kerja pendaftaran bagi prmohonan Jentera Pengangkat di bawak skim pendaftaran Kementerian Pembangunan.

 

7.         Menyelaras bagi kerja-kerja pendaftaran produk-produk yang berkaitan dengan ‘ fire related products’.

 

8.         Menyelaras kerja-kerja pendaftaran syarikat dan konsultan ‘safety training’ di Kementerian Pembangunan.

 

9.      Menyelaras dan mewakili kementerian Pembangunan sebagai task force dan jawatankuasa teknikal ‘ Establishment of Standards and Accreditation Council’, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama.

 

10.      Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menjadi ahli jawatankuasa teknikal ‘ Establishment of National Standards and Guidelines for Halal Food ‘ di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama dan Majlis Agama Islam Brunei Darussalam.

 

11.      Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menjadi ahli ‘Joint Sectoral Committee (JSC) for ASEAN Harminized EEE Products’ di peringkat ASEAN.

 

12.       Menyelaras dan menghadiri mesyuarat Asia Pasicfic Occupational Safety and Health sebagai wakil Kementerian Permbangunan.

 

13.       Menyelaras dan mewakili Kementerian Pembangunan menghadiri mesyuarat ‘TQM Expert Meeting’ di peringkat serantau.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

 

1.         Menyediakan kertas kerja, kertas maklumat dan membuat persediaan yang berkaitan sepertimana yang diarahkan oleh YB Menteri Perhubungan.

 

2.         Memastikan program dan aturcara perjumpaan serta persediaannya adalah teratur.

 

3.         Menyediakan kertas kerja serta memastikan persediaan adalah teratur bagi setiap ‘oversea engangement’ yang melibatkan YB Menteri Perhubungan.

 

4.         Menyelaras maklumat dan persediaan sepertimana yang diarahkan oleh YB Menteri Perhubungan.

 

5.         Memastikan maklumat dari YB Menteri Perhubungan adalah disalurkan kepada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan yang berkenaan.

 

 

<< Atas

 

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)       i)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Pengurusan / Kewangan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

                        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Bagi yang tidak mempunyai Ijazah a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA:

 

1.        Membantu menyediakan kertas kerja dasar dan membuat penelitian dan penilaian kesesuaian program dan projek.

 

2.        Bertugas selaku penyelaras dalam perhubungan mengenai perancangan dan perkembangan dasar, strategi, program dan projek

 

3.         Membantu memantau perlaksanaan dasar, strategi dan projek.

 

4.         Membantu dalam kerja-kerja pengurusan serta pengendalian projek dan proram khas.

 

5.        Melaksanakan kerja-kerja kajian, mengumpul data maklumat (statistik) tentang perdangangam dalam dan luar negeri serta menilai dan menyediakan laporan program berkenaan.

 

6.         Merancang dan melaksanakan program latihan / seminar / bengkil yang berkaitan mengikut keperluan.

 

7.       Sebagai pegawai rujuk dalam bidang-bidang yang berkaitan serta membimbing pengusaha-pengusaha tempatan dari masa ke semasa.

 

8.         Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

7.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN KESIHATAN

B.3 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Am / Pembelian dan Perbekalan / Kewangan / Perhubungan Antarabangsa atau bidang Perubatan dan Kesihatan.  

 

ATAU

 

ii)  Telah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas- Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN KESIHATAN:

 

JABATAN PENTADBIRAN & KEWANGAN (BAHAGIAN TAWARAN)

 

1.         Selaku urusetia kepada Lembaga Tawaran Kecil Kemnterian Kesihatan.

 

2.         Sebagai ‘Resource Person’ dalam mesyuarat Lembaga Tawaran Kecil.

 

3.         Mengendalikan segala pertanyaan (query) yang berbangkit dari Lembaga Tawran Kecil dan 

            Lembaga Tawaran Negara.

 

4.         Menyediakan spesifikasi tawaran / sebutharga dalam perbelajaan khas (SE) untuk ‘Medical Equipment’.

 

5.         Mengumpul segala maklumat dari Lembaga Tawaran Kecil untuk dijadikan rujukan.

 

6.         Bertanggungjawab dalam menyediakan laporan bagi Lembaga Tawaran Kecil.

 

7.         Menerima dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Penolong Pengarah Pembelian dan Perbekalan 

            dari masa ke semasa.

 

JABATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

 

1.         Mengendalikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan bagi pegawai kakitangan seperti tatatertib, gaji,

            elaun-elaun dan faedah-faedah lain.

 

2.         Merancang keperluan jangka pendek dan jangka panjang keperluan pegawai dan kakitangan .

 

3.        Membuat penganalisaan pasaran pekerja (Market Labour) da bekerjasama dengan pembekal pekerja (workforce 

           supplier) seperti institusi-institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan sekolah-sekolah dalam membekalkan 

           sumber tenaga manusia yang diperlukan.

 

4.        Membuat rancangan penggantian (succession planning) yang berhubungkait dengan kemajuan kerjaya (career

           development) dan perancangan penempatan (redeployment).

 

5.        Membantu ketua unit dalam membuat penelitian dan penyelarasan skim perkhidmatan jawatan-jawatan yang

           ada untuk dibuat penambahbaikan sesuai dengan kelayakan pengetahuan dan kemahiran masakini.

 

JABATAN DASAR DAN PERANCANGAN (BAHAGIAN HAL EHWAL ANTARABANGSA)

 

1.        Merancang projek-projek bahagian Jabatan Dasar dan Perancangan dan seterusnya menyediakan kerta kerja   

           projek.

 

2.        Membantu menyelaras kepada Jawatankuasa dan Perancangan di dalam mengendali hal ehwal perancangan.

 

3.       Menyelaraskan dan memantau kegiatan program bersama Badan-Badan Antarabangs seperti APEC, dan WHO,

          GATS dan TRIPS.

 

4.       Mengumpul dan menyelaras maklumat mengenai program-program bersama ASEAN dan Komanwel.

 

5.       Bertanggungjawab di dalam membantu meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menjalin hubungan

          kerjasama beberapa Institusi Perubatan.

 

6.      Meneliti isi kandungan Memorandum of Understanding dan memantau perlaksanaan aktiviti dan faedah-faedah

         yang diperolehi kepada pihak-pihak atasan.

 

7.      Bertanggungjawab bagi aktiviti / program mesyuarat di dalam dan luar negeri.

 

JABATAN PENGURUSAN (BAHAGIAN PROJEK)

 

1.      Menyelaraskan mendokumenkan rancangan infrastruktur selaras engan Rancanagan Kemajuan Negara ( National 

         Development Plan – RKN ).

 

2.      Membuat perjumpaan, perbincangan dena susulan dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi lain yang

         berkaitan dengan kehendak dan keperluan berkenaan dengan Projek Kesihatan.

 

3.      Urusetia task force untuk menyediakan dan menyatukan Sistem Maklumat Hospital ( Hospital Information System )

         dan Spesifikasi e-Kesihatan (e-Health Specification).

 

4.      Urusetia Task Force untuk kajian semula bagi skim bayaran (Review of Scheme of Charges).

 

5.      Urusetia Task Force untuk Radiation Act, Code of Practice dan peilaian bagi Radiologi Activities.

 

6.      Menyediakan plan dan perancangan strategik untuk Penjagaan Utama Kesihatan (Primary Health Care) dan  

         Pembiayaan Penjagaan Kesihatan (Health Care Financing ).

 

7.      Menjadi ahli jawatankuasa dalam forum dan persidangan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan, Brunei

         Darussalam.

 

<< Atas

 

 

8.

PENOLONG KANAN PEGAWAI PERANGKAAN

JABATAN PERANCANGAN DAN KEMAJUAN EKONOMI,

JABATAN PERDANA MENTERI

B.2 ($ 2,270 - $ 3,760 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)         i)          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

                        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)       BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)       Berkhidmat di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi sebagai Penolong Pegawai Perangkaan atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.                    Membantu Pegawai Perangkaan dalam tugas pemeliharaan, pengumpulan, penyusunan dan      

                       penganalisaan data-data serta pengeluaran laporan-laporan dan buku-buku perangkaan dan lain-lain  

                       tugas yang diarahkan oleh Ketua Perangkaan.

 

2.                    Membuat penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan kajian dan banci.

 

3.                    Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan atau mana-mana tugas yang diarahkan oleh Ketua

                       Bahagian.

 

<< Atas

 

 

9.

PENGARANG KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.3-4 EB.5 ($1,990–$2,970 SEBULAN

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)        i)      BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Penulisan atau bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang  yang sama.

                    

                     Mempunyai pengalaman dan/atau kelusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)     Berkhidmat di Jabatan Dewan Bahasa Dan Pustaka sebagai Pengarang atau jawatan berkaitan dengan bidang penulisan/penyunting/penerbitan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengarang atau jawatan berkaitan dengan bidang penulisan/penyunting/penerbitan dalam tanggagaji C.2 tidak kurang 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

b)                 Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (membaca, menulis dan menterjemah). Menguasai satu

                    bahasa ketiga adalah kelebihan.

 

c)                 Hendaklah menunjukkan kerja-kerja yang sudah diterbitkan dan berkecenderungan dalam kerja-kerja

                    penulisan kreatif sastera dan budaya.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

 

1.         Bertindak selaku Ketua Cawangan dan bertanggungjawab membantu Ketua Bahagian dalam merancang projek Bahagian & Cawangan dan menyediakan kertas kerja mengenainya.

 

2.         Bertanggungjawab mengatur dan seterusnya mengawasi pembahagian tugas harian kakitangan Cawangan dan mengawasi disiplin serta prestasi kerja mereka.

 

3.        Mengendalikan projek/kegiatan yang telah dirancang bersama Ketua Bahagian dan seterusnya menyediakan laporan mengenainya.

 

4.         Membantu Ketua Bahagian dalam menyediakan Laporan Tahunan dan Anggaran Perbelanjaan Tahunan untuk Bahagian.

 

5.         Bertindak selaku penyelaras projek/kegiatan seperti bengkel, seminar, symposium, diskusi atau teater.

 

6.         Membuat kajian dan penyelidikan mengenai kesusasteraan.

 

7.         Menyelaras penerbitan buku dan majalah.

 

8.         Menyumbangkan tulisan kreatif atau non-kreatif untuk buku/majalah terbitan Jabatan.

 

9.         Lain-lain tugas dan tanggungjawab yang diaturkan oleh Ketua Bahagian. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI PUSAT SEJARAH:

 

1.         Menolong Ketua Pengarang di Unit Pengarang dalam sama-sama menjayakan unit tersebut.

 

2.         Mengumpul dan membaiki manuskrip dan rencana sejarah untuk dijadikan bahan penerbitan.

 

3.         Menulis rencana sejarah dan rencana yang diperlukan oleh Jabatan untuk dijadikan rujukan atau terbitan.

 

4.         Menjadi penyelaras buku Pustaka dan Jurnal Darussalam serta memastikan ianya diterbitkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

 

5.          Pernah memangku atau menjalakan tugas jawatan Pengarang kanan adalah diutamakan.

 

<< Atas

 

 

10.

PENOLONG PEGAWAI KERJA TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3  ($ 1,280 - $ 2,270 SEBULAN

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)         i)        BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang brsesuaian serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

                        Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.4/D.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas kerja-kertas kerja adalah keutamaan.

 

c)          Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.          Membuat penyelidikan.

 

2.          Menyediakan dan menyermpurnakan tugas/kerta kerja/laporan/pesuratan/ menurut yang

             ditetapkan/diarahkan.

 

3.          Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI PEJABAT DAERAH BELAIT:

 

1.          Menangani aduan-aduan orang ramai, membuat dan menyelaras Press Release dan menerbitkan bulletin /

             brochure Jabatan.

 

2.          Menyelenggara kegiatan-kegiatan kemasyarakatan.

 

3.          Mengumpul dan merekod data-data maklumat-maklumat penting tentang peristiwa bersejarah, kemajuan dan

             perkembangan.

 

4.          Mengadakan jerayawara-jerayawara kepada Penduduk Mukim /  Kampung tentang program-program

             Pembangunan, Perkhidmatan [aktiviti] Jabatan.

 

5.         Menyelaras aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan juga aktiviti-aktiviti yang berupa majlis-majlis / acara-acara 

            yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain dan juga sektor swasta.

 

6.         Menyediakan dan menyempurnakan tugas / kertas kerja / laporan / persuratan menurut yang ditetapkan / diarahkan.

 

7.          Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari masa ke semasa.

 

 

<< Atas

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR

 BORANG PERMOHONAN

BAGI BILANGAN

1 HINGGA 10:

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455 (BHGN. IKLAN)