IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 27 MAC 2008)

BILANGAN IKLAN: 12/2008/SPA/BMI/ 38 (A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

1 – 6

 

 

 

 

2.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN

DAN STRATEGIK

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

3.

SETIAUSAHA KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

4.

PEGAWAI KEWANGAN KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($ 3,880 - $ 4,240 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

5.

SETIAUSAHA SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

BW.1   ($1,880 - $ 2,750 SEBULAN)  ATAU

BW.2 ($2,800 - $3,100 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

 

 

 

6.

PEMBANTU PENDAFTAR

JABATAN MUZIUM-MUZIUM

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA

DAN SUKAN

D.3 EB.4-5   ($900 - $1,625 SEBULAN)

Tugas dan tanggungjawab

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                                          

 

 

 

 

1.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)                    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perakaunan / Perdagangan atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                  i)  Berkhidmat di Jabatanarah Kewangan dan Perolehan sebagai Pegawai Perolehan Kanan

                         dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari

            8 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

 

c)         Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

                            i.           Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

                            ii.          Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

                            iii.         Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

                            iv.         Laporan Tahunan Jabatan

                            v.          Penyediaan Peruntukan Jabatan

                            vi.         Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

            Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN:

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Kewangan dan Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal kewangan atau perolehan, Kementerian Pertahanan dan juga hal ehwal kakitangan di Bahagian Kewangan atau Perolehan,  Jabatanarah Kewangan dan Perolehan seperti berikut:-

 

1.         Memastikan segala urusan kewangan atau perolehan mengenai dengan pembayaran, penerimaan dan lain-lain dijalankan mengikut Peraturan-Peraturan Kewangan Kerajaan;

 

2.         Menyemak dan menandatangi baucar pembayaran bagi pihak Pengarah;

 

3.         Memastikan segala urusan pentadbiran dan hal kakitangan dalam Bahagian Kewangan atau Perolehan berjalan dengan licin dan teratur;

 

4.        Sebagai ‘Setiausaha Jawatankuasa Belanjawan Kementerian Pertahanan, menyediakan Rang

           Anggaran Perbelanjaan Tahunan Kementerian Pertahanan;

 

5.         Memastikan Unit Audit Dalaman berfungsi mengikut keperluan Kementerian Pertahanan;

 

6.         Sebagai ahli Jawatankuasa Belanjawan Kementerian Pertahanan;

 

7.       Menyemak draf kontrak pembelian / perkhidmatan dan memberi ulasan / khidmat nasihat keatasnya

          khususnya bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat pembayaran; dan

 

8.        Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari semasa ke semasa oleh pihak atasan.

 

 

 

 

<< Atas

 

 

2.

PENOLONG PENGARAH

INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)                    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Strategik dan Pertahanan / Politik dan

                     Hubungan Antarabangsa / Dasar Awam dan Pentadbiran / Pengajian Politik Ekonomi atau

                     bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.   

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)                  i)  Berkhidmat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah

                       sebagai Pegawai Penyelidik Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan

                       telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)                 Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan

                   pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua daripada bidang-

                   bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

                         i.           Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

                         ii.          Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

                         iii.         Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

                         iv.         Laporan Tahunan Jabatan

                         v.          Penyediaan Peruntukan Jabatan

                         vi.         Kertas kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

Kertas kerja telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH:

 

1.        Membantu Pengarah dalam hal ehwal perkembangan Institut termasuk dalam urusan pentadbiran

           dan kurikulum pengajian.

 

2.         Membantu Pengarah untuk menyediakan dalam menyelaraskan mesyuarat-mesyuarat kebangsaan,

          serantau dan antarabangsa serta kegiatan-kegiatan kerjasama lain bagi maksud membincangkan

          isu-isu pertahanan dan keselamatan.

 

3.          Membuat dan mengeluarkan kertas kerja.

 

4.          Membantu Pengarah mengembangkan rangkaian kerjasama Institut dengan Institut-Institut lain dalam

             bidang pertahanan dan keselamatan di peringkat serantau ataupun antarabangsa.

 

5.        Membantu Pengarah untuk menyediakan kertas kerja berhubung kait dengan seminar, workshop

         dan persidangan (membantu Pengarah dalam urusan pentadbiran Pegawai Penyelidik di Institut) yang

         mana termasuk menjadi Pengawai Perantara di antara Pengarah dan Pegawai berkenaan.

 

6.         Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

<< Atas

 

 

3.

SETIAUSAHA KERJA

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)                  i)     Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran atau bidang bersesuaian;

                            atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pegawai Kerja atau jawatan bersesuaian dalam

           tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari

            8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)        Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

                        i.      Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

                        ii.      Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

                        iii.      Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

                        iv.      Laporan Tahunan Jabatan

                        v.      Penyediaan Peruntukan Jabatan

                        vi.      Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

            Kerta kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

c)       Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja penyelidikan dan menyediakan kertas-kertas kerja adalah keutamaan.

 

d)         Mempunyai kebolehan dalam menggunakan komputer adalah kelebihan.