IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 25 NOVEMBER 2008)

BILANGAN IKLAN: 68/2008/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

TIMBALAN KETUA PENDAKWA SYAR’IE

UNIT PERUNDANGAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

KUMPULAN 1 ($5,900 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 HINGGA 16 

 

 

 

2.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2  ($5,400 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 3  ($4,750 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

TIMBALAN PENGAWAL STOR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

5.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($3,880 -  $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

7.

PEGAWAI KAUNSELOR KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

B.3   ($3,880 SEBULAN - $4,240 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

8.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)  ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

9.

PENYELIA KENDERAAN

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

C.1-2 EB.3 ($1,280 -  $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

10.

PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 -  $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

11.

PENYELIA PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 – EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

12.

TUKANG KAYU TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 (  $650 -  $1,465 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

13.

TUKANG ELEKTRIK

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.2 EB.3-4 (  $650 -  $1,465 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

14.

PEMANDU / OPERATOR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2  ( $530 -  $820 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

15.

PEMANDU TINGKAT I

PEMANDU TINGKAT KHAS

PEMANDU KERETA TINGKAT KHAS

PEMANDU KENDERAAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3 EB.4  ( $590 -  $875 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

16.

PEMANDU TINGKAT II

PEMANDU TINGKAT KHAS

PEMANDU KENDERAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 -  $875 SEBULAN)

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                             

 

 

 

 

 

1.

TIMBALAN KETUA PENDAKWA SYAR’IE

UNIT PERUNDANGAN ISLAM

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

KUMPULAN 1 ($5,900 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 1:

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam / LLB (Syariah) /  LLB dan Barrister-at-Law  atau dalam bidang bersesuaian.

 

            Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Timbalan Ketua Pendakwa Syar’ie dalam tanggagaji

     Kumpulan 2 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Kehakiman dan Perundangan atau bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 2 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan  dalam jawatan.

 

b)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

   KELAYAKAN MINIMUM  BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 2:

 

a.  i.   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perundangan Islam / LLB (Syariah) /  LLB dan Barrister-at-Law atau  dalam bidang bersesuaian.

 

          Kelulusan lebih tinggi dan/atau pengalaman dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. Berkhidmat sebagai Pendakwa Syar’ie dalam tangaggaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dengan Kehakiman dan Perundangan atau bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan  dalam jawatan.

 

  1. Mempunyai latihan profesional dalam bidang Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam atau  yang sebanding.
     

  2. Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

  1. Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

  2. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  3. Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  4. Laporan Tahunan Jabatan

  5. Penyediaan Peruntukan Jabatan

  6. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap / Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

  1. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN KETUA PENDAKWA SYAR’IE: 

  1. Pembantu kepada Ketua Pendakwa Syar’ie.
     

  2. Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang ditentukan dalam undang-undang yang  berkuatkuasa dari semasa ke semasa sebagaimana huraian berikut:- 
     

    1. Bertindak  di bawah pengawasan dan arahan Ketua Pendakwa Syar’ie dalam memulakan (institute), menjalankan (conduct) atau tidak meneruskan (discontinue) sesuatu prosiding di dalam mahkamah Syariah.
       

    2. Menyemak dan meneliti fail-fail penyiasatan yang dihadapkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Agama bagi menentukan sama ada boleh dijalankan tindakan pendakwaan atau sebaliknya.
       

    3. Menjalankan Pendakwaan di Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah.
       

    4. Menghadiri dan menyediakan submission rayuan/penentangan di dalam Mahkamah Rayuan Syariah/  Mahkamah Tinggi Syariah.
       

    5. Menyediakan nas-nas undang-undang bagi tujuan semakan kes-kes yang dijalankan di dalam  Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan Syariah.
       

    6. Membawa dan membicangan kes-kes yang kompleks dalam Mesyuarat Penelitian Kes Bahagian  Pendakwaan Syar’ie.

 

 

<< Atas     

 

 

 

2.

PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN

JABATANARAH KEWANGAN DAN PEROLEHAN

KEMENTERIAN PERTAHANAN

KUMPULAN 2   ($5,400 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi / Perakaunan / Perdagangan atau bidang bersesuaian;

    atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

    Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

b) i)  Berkhidmat di Jabatanarah Kewangan dan Perolehan sebagai Pegawai Perolehan Kanan dalam

        tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan jawatan.

 

c) Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i.  Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

            ii. Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

           iii.  Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

           iv.  Laporan Tahu

            v. Penyediaan Peruntukan Jabatan

           vi. Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap /  Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

d)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG PENGARAH PEROLEHAN: 

  1. Bertanggungjawab kepada Pengarah Kewangan dan Perolehan dan membantunya dalam segala hal ehwal perolehan Kementerian Pertahanan.
     

  2. Bertanggungjawab dan membantu Pengarah Kewangan dan Perolehan dalam segala urusan pentadbiran dah hal ehwal pegawai dan kakitangan Bahagian perolehan.
     

  3. Mengawasi pengurusan pembelian / pembaikan.
     

  4. Bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan pasaran terhadap produk keluaran terbaru dipasaran antarabangsa.
     

  5. Menyemak permohonan untuk mengadakan tawaran terbuka / jemputan.
     

  6. Menyemak kertas kerja bagi permohonan kebenaran tawaran termasuk permohonan perlanjutan tempoh penghantaran; perlanjutan tempoh kontrak berterusan; pertukaran spesifikasi, pembatalan tawaran dan lain-lain untuk pertimbangan Lembaga Tawaran Kecil.
     

  7. Meneliti dan menimbangkan permohonan untuk mengadakan kontrak berterusan.
     

  8. Bertanggungjawab mengkaji semula dan membuat pengubahsuaian proses-proses perolehan untuk “stream-lining & optimisation”.
     

  9. Menyemak dan menandatangani pesanan rasmi bagi pihak Pengarah mengikut kadar yang ditetapkan.
     

  10. Sebagai Pengerusi kepada Jawatankuasa Sebutharga Jabatanarah Kewangan dan Perolehan.
     

  11. Menjalankan apa jua arahan dan pembahagian kerja yang diberikan dari masa ke semasa oleh pihak atasan.

 

<< Atas   

 

 

 

3.

KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2  ($5,400 SEBULAN) ATAU

KUMPULAN 3  ($4,750 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 2:       

 

a. i.    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang
          bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Awam  atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Kumpulan 3  tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.
     

  2. Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.
     

  3. Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.
     

  4. Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.
     

  5. Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.
     

  6. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 3:       

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau dalam bidang

         bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam  Kanan atau jawatan

    bersesuaian dalam tanggagaji B.3  tidak kurang dari 4 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut sebagai satu penilaian kenaikan pangkat:

 

    i.   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan

   ii.   Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

  iii.   Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

  iv.   Laporan Tahunan Jabatan

  v.    Penyediaan Peruntukan Jabatan

  vi.   Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang masing-masing

 

       Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap /

       Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

c) Mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian/kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

d) Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

e) Mempunyai perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

f)  Berkebolehan dalam menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

g) Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

h) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM: 

  1. Melaksanakan tugas-tugas bagi meningkatkan prestasi dan imej Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
     

  2. Memastikan urusan aduan masyarakat umum dan pelanggan Kementerian serta Jabatan masing-masing secara berkesan.
     

  3. Menyediakan sistem Tekad Pemedulian Orang Ramai yang teratur.
     

  4. Menyebarluaskan maklumat Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seperti:

 

              i.   Menyediakan bahan-bahan akhbar

             ii.   Memberikan taklimat mengenai struktur/fungsi 

  1. Menyelaras perhubungan yang positif antara Kementerian dan Jabatan lain.
     

  2. Menyediakan dan mengemaskinikan ‘website’ organisasi bagi maklumat yang telah ditetapkan oleh Kementerian dan Jabatan sebagai penghubung dengan pihak media massa dan orang ramai.
     

  3. Membentuk sistem maklumat/maklumbalas yang berkesan serta menyediakan Laporan Tahunan dan bahan-bahan taklimat.
     

  4. Menyelaras pameran dan penerbitan serta lawatan-lawatan dari luar organisasi masing-masing.
     

  5. Lain-lain tugas yang berkaitan mengenainya.

 

<< Atas

 

 

 

4.

TIMBALAN PENGAWAL STOR 

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

 

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Perdagangan / Perniagaan / Perbankan / Ekonomi /

        Perakaunan / Kewangan / Perbekalan / Teknologi Infokomunikasi / atau kelulusan sebanding seperti Chartered Institute of Purchasing And Supply / Institute of Chartered Accountants and Institute of Chartered Secretaries.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 4 tahun.

 

b)  Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan baik adalah keutamaan.

 

c)   Mempunyai pengalaman praktikal dalam bidang-bidang tersebut di bawah adalah kelebihan:

  i.    Mengetuai Bahagian Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor.

   ii.  Pengurusan Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor, Pembelian dan Perbekalan barangan

  iii.  Dasar dan peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan stor.

 

d)    Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

    i. Peperiksaan Jabatan (jika ada)

    ii. Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

   iii. Peraturan-Peraturan Kewangan

 

e) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TIMBALAN PENGAWAL STOR:

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan juga perkara-perkara di bawah ini: 

  1. Mengetuai dan mengurus Divisyen perkhidmatan-perkhidmatan Stor yang diarahkan oleh Pengarah  Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya).
     

  2. Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi pelaksanaan penggunaan Divisyen berkenaan dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Jabatan dan Kerajaan termasuk pelaksanaan rancangan-rancangan dan pengurusan sumber-sumber Divisyen berkenaan.
     

  3. Menganalisa masalah dan keperluan Divisyen berkenaan, menyelaras dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan. Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) untuk kebenaran.
     

  4. Mengkaji dan membuat sokongan pembaikan yang innovatif terhadap sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara mencapai misi, matlamat dan objektif-objektifnya.
     

  5. Memudahkan dan mengetuai kumpulan (teams dan task force) yang mengkaji proses re-engineering dan sistem-sistem kualiti melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan Stor.

 

 

<< Atas     

 

 

 

5.

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

B.3   ($3,880 -  $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)  i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perhubungan Awam / Komunikasi Massa atau bidang bersesuaian;

          atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

                  ATAU

 

b) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)   Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

 

    i.     Peperiksaan Jabatan (jika ada)

    ii.    Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

   iii.    Peraturan-Peraturan Kewangan

  iv.     Perlembagaan Negara Brunei Darussalam

   v.     Kertas Melayu Islam Beraja

 

d) Fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta lulus dengan kepujian kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

e)  Berkemahiran dalam menggunakan teknologi maklumat (IT) dan komputer.

 

f)   Perwatakan, kualiti dan kaliber yang bersesuaian.

 

g)  Boleh menghadapi orang ramai termasuk wartawan dan media massa.

 

h)  Fasih bertutur dalam bahasa lain adalah kelebihan.

 

i)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN :

 

   Secara Amnya: 

  1. Menjadi jurucakap rasmi / sanggamara.
     

  2. Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.
     

  3. Menyalur maklumat kepada pihak awam.
     

  4. Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.
     

  5. Menangani masalah dan konflik.
     

  6. Mewujudkan perhubungan rapat diantara media dalam dan luar organisasi.
     

  7. Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan.
     

  8. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  9. Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakan penglibatan orang ramai dalam program tertentu.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM KANAN

DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

 

  1. Menjadi jurucakap rasmi dan mengeluarkan maklumat kepada pihak awam.
     

  2. Meningkatkan dan mempertahankan imej organisasi.
     

  3. Menyelaras dan mengawasi program organisasi secara lebih berkesan.
     

  4. Menangani masalah dan konflik.
     

  5. Mewujudkan perhubungan rapat di antara media dalam dan luar organisasi.
     

  6. Mewujudkan sistem maklum balas yang berkesan mengendalikan pengedaran risalah-risalah perhubungan awam kepada Jabatan-Jabatan, Bahagian-Bahagian dan Pegawai-Pegawai serta kakitangan Kementerian Perhubungan.
     

  7. Menjadi sumber maklumat dan rujukan.
     

  8. Menyelaras dan menyebar program-program Kerajaan dan menggalakkan penglibatan orang ramai  dalam program tertentu.
     

  9. Mengendalikan hal perangkaan Kementerian Perhubungan seperti hal ehwal pentadbiran dan kewangan, pengangkutan, perhubungan dan lain-lain.
     

  10. Menyediakan Laporan Tahunan, Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) dan Manual Prosedur Kerja  (MPK) bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.
     

  11. Mengumpulkan Laporan-Laporan Tahunan dari 5 (lima) Jabatan di bawah Kementerian Perhubungan.
     

  12. Penerbitan ( WARTA PERHUBUNGAN ).
     

  13. Hal Ehwal Keugamaan dan Kebajikan.
     

  14. Projek Khas di antara Kementerian-Kementerian dan Kementerian dengan Jabatan.

 

<< Atas    

 

 

 

6.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a) i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian;  atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.    

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang-bidang sama adalah kelebihan.

 

   ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)   Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c)  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

           

i.   Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii.  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

iii.  Peraturan-Peraturan Kewangan

 

d)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

  

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB DI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN:

 

BAHAGIAN PEJABAT MENTERI PERHUBUNGAN: 

  1. Menyediakan kertas kerja, kertas maklumat dan membuat persediaan yang berkaitan sepertimana yang diarahkan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan.
     

  2. Memastikan program dan aturcara perjumpaan serta persediannya adalah teratur.
     

  3. Menyediakan kertas kerja serta memastikan persediaan adalah teratur bagi setiap overseas engagement yang melibatkan Yang Berhormat Menteri Perhubungan.
     

  4. Menyelaras maklumat dan persediaan sepertimana yang diarahkan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan.
     

  5. Memastikan maklumat daripada Yang Berhormat Menteri Perhubungan disalurkan kepada pegawai-pegawai kanan dan kakitangan yang berkenaan.

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI: 

  1. Mewakili Negara Brunei Darussalam dalam mesyuarat-mesyuarat luar negara yang berkaitan dengan industri telekomunikasi.
     

  2. Menyediakan kertas-kerja mengenai pendirian Negara Brunei Darussalam dalam semua isu yang dibincangkan dalam mesyuarat antarabangsa dan mempertahankan kepentingan negara dipermesyuaratan antarabangsa.
     

  3. Mendapatkan ulasan-ulasan daripada semua ‘industry player’ yang terlibat di Negara Brunei Darussalam.
     

  4. Menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan keputusan yang dibuat dipermsyuaratan antarabangsa bersama kementerian-kementerian lain yang mempunyai kepentingan bersama.
     

  5. Membuat kajian dan analisa mengenai satu-satu isu yang dikemukakan yang berkaitan dengan kawalseliaan telekomunikasi seperti liberalisasi, penswastaan, interconnection, dan sebagainya.
     

  6. Menyediakan kertas-kerja mengenai penggubalan dasar bagi sesuatu perkara yang berkaitan dengan kawalseliaan telekomunikasi.
     

  7. Menyediakan perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang dari segi perlesenan, bayaran yuran lesen dan sebagainya.
     

  8. Menyediakan draf persuratan dan surat-surat persembahan yang berkaitan dengan rancangan, cadangan, kebenaran dan lain-lain yang berkaitan dengan kawalseliaan dan dasar.
     

  9. Melaksana apa jua arahan yang diberi oleh pegawai atasan.

<< Atas    

 

 

 

7.

PEGAWAI KAUNSELOR KANAN

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

B.3   ($3,880 SEBULAN - $4,240 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.  

 

              Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Kaunselor dalam tanggagaji B.2 EB.3

    tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan. 

 

ATAU

 

b)   i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.  

 

            Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ii)   Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian yang berkaitan dengan bidang

     kaunseling dalam tanggagaji B.2 EB.3/B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang dari 6 tahun dan

     telah ditetapkan dalam jawatan.

 

       ATAU

 

c)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian

    yang berkaitan dengan bidang kaunseling dalam tanggagaji B.2 atau tanggagaji sebanding tidak kurang

    dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

d)  Lulus peperiksaan Perkhidmatan Awam seperti berikut:

      i.    Peperiksaan Jabatan (jika ada)

      ii.     Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan;

      iii.   Peraturan-Peraturan Kewangan

 

e)    Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PEGAWAI KAUNSELOR KANAN: 

  1. Mengawasi sepenuhnya pentadbiran, termasuk pegawai-pegawai dan kakitangan di dalam Unit  Perkhidmatan Kaunseling.
     

  2. Menjadi Pegawai Penghubung dengan agensi-agensi dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.
     

  3. Bertanggungjawab terhadap perkembangan dan pemeliharaan Unit Perkhidmatan Kaunseling.
     

  4. Menghadapkan bajet tahunan untuk semua keperluan bagi Unit Perkhidmatan Kaunseling.
     

  5. Membantu Ketua Unit terhadap keperluan-keperluan kaunseling dan latihan dalam Jabatan-Jabatan Kerajaan.
     

  6. Mengawasi sistem failing Unit Perkhidmatan Kaunseling.
     

  7. Bertugas sebagai Pegawai Kaunselor mengendalikan sesi-sesi kaunseling dan menyampaikan ceramah bila-bila masa diperlukan sama ada di Unit Perkhidmatan Kaunseling atau di Jabatan-Jabatan Kerajaan.
     

  8. Menerima arahan dari Ketua Unit Perkhidmatan Kaunseling.

 

<< Atas    

 

 

 

8.

PEGAWAI KEGIATAN LUAR

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UB.2 ($3,880 - $4,240 SEBULAN)  ATAU

UB.1 ($2,450 - $3,760 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.2:

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji Bahagian II tidak kurang

    dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

b)    Bagi yang tidak mempunyai Ijazah, hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian

       dalam tanggagaji Bahagian II tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang sukan, kebudayaan, kesenian

   dan kemasyarakatan.  Keutamaan akan diberikan kepada yang pernah melibatkan diri dalam segala

   bidang kegiatan kokurikular (ECA).

 

d) Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

   KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI UB.1: 

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bersesuaian atau kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang bersesuaian adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang bersesuaian atau

     kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam

     jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

     dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penolong Pegawai Kegiatan Luar atau Penolong

    Pegawai Kesejahteraan Mahasiswa dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah

    ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iv) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari

     9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b) Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang sukan, kebudayaan, kesenian

   dan kemasyarakatan.  Keutamaan akan diberikan kepada yang pernah melibatkan diri dalam segala

   bidang kegiatan kokurikular (ECA).

 

c)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEGIATAN LUAR:

 

  Bertanggungjawab kepada Dekan Pelajar, Hal Ehwal Pelajar dalam perkara-perkara berikut:

 

1   Menyusun dan menyelaras kegiatan-kegiatan kebudayaan, kesenian dan kemasyarakatan pelajar.

 

2.   Menolong menyusun dan menyelaras kegiatan kelab-kelab pelajar.

 

3.    Mengawasi alatan dan kemudahan Unit Kebudayaan dan Kesenian.

 

4.  Merancang dan melaksanakan kursus, seminar, ceramah dan bengkel  kebudayaan dan kesenian untuk pelajar.

 

5.  Menjalankan tugas-tugas yang diberikan oleh Dekan Pelajar dari masa ke masa.

 

6.   Lain-lain tugas yang diberikan oleh Dekan Pelajar dari masa ke masa.

 

<< Atas   

 

 

 

 

9.

PENYELIA KENDERAAN

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

C.1-2 EB.3 ($1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :

 

a)   i)  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding

          dalam bidang bersesuaian.

 

             Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)  BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang bersesuaian;  atau

    kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam

    jawatan bersesuaian dalam Bahagian IV tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.3 tidak kurang dari 3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan

 

   Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang pernah mengikuti kursus Hydaraulic Platform

   serta mempunyai pengalaman menggunakan dan membaiki pam-pam, jentera-jentera dan kereta-kereta bomba.

 

b)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI PENYELIA KENDERAAN: 

  1. Membantu kerja-kerja pengurusan, pengawalan dan kemajuan bengkel di bawah Cawangan kenderaan Kejuruteraan dan Teknikal.
     

  2. Menyediakan kertas-kerja dan data-data maklumat (data base) bagi pemeliharaan kenderaan dan perkakas Jabatan Bomba dan Penyelamat.
     

  3. Menyediakan garis panduan perancangan dalam kerja-kerja memeriksa dan pemeliharaan kenderaan  dan perkakas Jabatan Bomba dan Penyelamat agar dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
     

  4. Menyediakan Scope of Work bagi tender kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan kenderaan dan perkakas Jabatan Bomba dan Penyelamat.
     

  5. Menyediakan Kontrak Dokumen bagi tender kerja-kerja pembaikan dan pemeliharaan kenderaan dan perkakas Jabatan Bomba dan Penyelamat.
     

  6. Merancang pembelian dan mengawal bagi pembelian alat-alat ganti kenderaan dan perkakas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

<< Atas    

 

 

 

10.

PEMBANTU PENYELIDIK KANAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

C.1-2 EB.3 ($1,280 -  $2,270 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM :

 

a) i.  BDTVEC/BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan Peringkat Biasa (HNC) dalam bidang Penyelidikan atau
        dalam bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

        Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Penyelidikan atau   bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja yang bersesuaian tidak kurang dari 3 tahun.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pembantu Penyelidik dalam tanggagaji D.4/D.3  tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)   Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

 

c)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan
 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMBANTU PENYELIDIK KANAN: 

  1. Mengawasi kerja-kerja yang dijalankan oleh Pembantu Penyelidik khususnya kerja-kerja yang berkaitan dengan proses komputer.
     

  2. Membantu Pegawai Diplomatik dalam mengumpul dan menyusun maklumat serta data-data untuk dijadikan satu sumber rujukan di proses untuk di simpan di dalam komputer.
     

  3. Menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan dari semasa ke semasa.
     

  4. Bertanggungjawab pada memelihara dengan sempurna kerahsiaan sesuatu perkara yang berhubung  rapat dengannya.
     

  5. Tugas-tugas dan tanggungjawab yang disebutkan di atas bukanlah merupakan ketetapan yang  tertentu mengenai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan ini tetapi ianya adalah merupakan huraian di mana jawatan itu diperlukan.

 

 

<< Atas    

 

 

 

11.

PENYELIA PEJABAT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 – EB.3  ($1,280 - $2,270 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:   

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani dalam tanggagaji D.1-2-3 EB.4-5 tidak kurang dari 5 tahun.
     

  2. Lulus Peperiksaan Kerani Rendah

 

·    Aturan Pejabat

·    Pengetahuan Am

·    Surat Menyurat

 

  1. Telah mengikuti kursus-kursus Induksi dan Profesional bagi Kerani yang dikendalikan Institut Perkhidmatan Awam.
     

  2. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 

  1. Mengetuai pengawasan bahagian atau unit termasuk kakitangan bawahan. 
     

  2. Tertakluk kepada fungsi bahagian atau unit, tanggungjawab termasuk urusan pengawasan kewangan, pentadbiran pejabat, pengawasan buruh, keselamatan dan kebersihan pejabat, pengawasan  sistem failing dan peralatan pejabat.
     

  3. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti disenaraikan oleh Kementerian/Jabatan di dalam  huraian tugasnya (Job Description).
     

  4. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang diarahkan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas    

 

 

 

12.

TUKANG KAYU TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 (  $650 -  $1,465 SEBULAN )

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM :  

  1. i. 4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau  kelulusan sebanding.

 

 ATAU       

  1. BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Pertukangan Kayu (Carpentary) atau bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.
     

          Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU     

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Kayu atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

  1. Cekap dalam menggunakan perkakas tukang kayu yang biasa termasuk alat-alat yang menggunakan tenaga elektrik.
     

  2. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 
 

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG KAYU TINGKAT KHAS: 

  1. Membuat jadual kerja-kerja harian Tukang Kayu dan laporan mingguan kepada Pengawas Tukang Kayu atau Ketua Bahagian.
     

  2. Bertanggungjawab sebagai Ketua Kumpulan Tukang Kayu.
     

  3. Memastikan perlaksanaan tugas Tukang Kayu mengikuti arahan, diusahakan dengan selamat dan sempurna serta mengikuti masa yang ditetapkan.
     

  4. Memastikan semua peralatan dan kelengkapan Tukang Kayu mencukupi dalam simpanan dan berkeadaan/ berfungsi dengan baik.
     

  5. Bersedia melaksanakan tugas Tukang Kayu di bahagian kawasan pendalaman.
     

  6. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah/Penolong Pengarah dan Ketua Bahagian.

<< Atas    

 

 

 

13.

TUKANG ELEKTRIK

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

D.2 EB.3-4 (  $650 -  $1,465 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik / Elektronik atau

        kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

         Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

   

    ii)    Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari

          3 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan atau dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang

          dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB TUKANG ELEKTRIK:

 

1.  Menjalankan tugas-tugas pemeliharaan dan pengendalian elektrik di Jabatan Pertanian.

 

2.  Membuat laporan kerosakan elektrik.

 

3.  Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

<< Atas     

 

 

 

14.

PEMANDU / OPERATOR

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.1 EB.2  ( $530 -  $820 SEBULAN)

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM :

 

a   i.   4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge Peringkat Biasa atau
          kelulusan sebanding.

 

          Kelulusan lebih tinggi adalah kelebihan.

 

ATAU

 

  1. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji E.2 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji E.1 tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 6 tahun.

 

b)  Mempunyai lesen memandu kelas 3 dan 5 yang sah dan mempunyai rekod memandu yang baik.

 

c)  Mempunyai lesen memandu 11 adalah kelebihan. ( Keperluan lesen tertakluk kepada kehendak

     Kementerian / Jabatan berkenaan ).

 

d)  Berpengalaman memandu semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat dan boleh membaiki

     kerosakan-kerosakan kecil kenderaan adalah kelebihan.

 

e)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 


 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI PEMANDU / OPERATOR:

 

  Secara amnya: 

  1. Memandu/membawa kenderaan Jabatan untuk menghantar dan mengambil pegawai kakitangan bagi urusan-urusan rasmi Jabatan dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
     

  2. Bertugas mengikut seperti jadual waktu bertugas yang telah disediakan.
     

  3. Bersedia untuk ditempatkan untuk bertugas di mana-mana daerah jika diperlukan.
     

  4. Memeriksa/menyemak keadaan kenderaan dan juga peralatannya setiap hari untuk memastikan kenderaan adalah di dalam keadaan yang selamat dan sempurna untuk digunakan sebelum memulakan tugas.
     

  5. Sentiasa memelihara/memastikan kesempurnaan dan kebersihan kenderaan-kenderaan Jabatan samada bagi kenderaan darat atau kenderaan laut.
     

  6. Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera mengenai kerosakan ataupun tanda-tanda kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan Jabatan dengan seberapa segera kepada Ketua Bahagian.
     

  7. Memastikan kenderaan-kenderaan Jabatan adalah digunakan bagi urusan-urusan rasmi Jabatan sahaja.
     

  8. Sentiasa mencatatkan setiap perjalanan-perjalanan menggunakan kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  9. Sentiasa menggunakan buku khas bagi pengambilan minyak dan mencatatkan setiap pengambilan minyak bagi kenderaan-kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  10. Membantu menguruskan kerja-kerja pemeliharaan/pembaikan kenderaan ke workshop/pengurusan penyambungan cukai jalan.
     

  11. Memandu jentera-jentera berat seperti Wheel Loader dan Bulldozer untuk sampah dan mengisi tanah ke dalam truck bagi penembokan pembuangan sampah dan berbagai kegiatan kerja harian yang diungkayahkan oleh Kementerian/Jabatan. (Tugas ini adalah tertakluk kepada keperluan Kementerian/Jabatan)
     

  12. Bersedia menerima arahan-arahan bertugas dari Pengarah, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Ketua   Bahagian dari semasa ke semasa.

 

<< Atas   

 

 

 

15.

PEMANDU TINGKAT I

PEMANDU TINGKAT KHAS

PEMANDU KERETA TINGKAT KHAS

PEMANDU KENDERAAN TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.2-3 EB.4  ( $590 -  $875 SEBULAN)

 

 

16.

PEMANDU TINGKAT II

PEMANDU TINGKAT KHAS

PEMANDU KENDERAAN TINGKAT I

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

E.1-2-3 EB.4  ( $515 -  $875 SEBULAN)

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM BAGI BILANGAN 15 DAN 16 : 

  1. Hendaklah tahu menulis dan membaca.
     

  2. Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan hal ehwal memandu kenderaan dalam tanggagaji F.3 tidak kurang dari 3 tahun atau dalam tanggagaji F.1 tidak kurang dari 5 tahun.
     

  3. Mempunyai lesen memandu kelas 3 dan 5 yang sah dan mempunyai rekod memandu yang baik.
     

  4. Mempunyai lesen memandu kelas 6 adalah kelebihan. ( Keperluan lesen tertakluk kepada kehendak Kementerian / Jabatan berkenaan ).
     

  5. Berpengalaman memandu semua jenis kenderaan termasuk kenderaan berat dan boleh membaiki  kerosakan-kerosakan kecil kenderaan berat adalah kelebihan.
     

  6. Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB BAGI JAWATAN  BILANGAN 15 HINGGA 16:

 

   Secara amnya: 

  1. Memandu/membawa kenderaan Jabatan untuk menghantar dan mengambil pegawai kakitangan bagi  urusan-urusan rasmi Jabatan dan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
     

  2. Bertugas mengikut seperti jadual waktu bertugas yang telah disediakan.
     

  3. Bersedia untuk ditempatkan untuk bertugas di mana-mana daerah jika diperlukan.
     

  4. Memeriksa/menyemak keadaan kenderaan dan juga peralatannya setiap hari untuk memastikan  kenderaan adalah di dalam keadaan yang selamat dan sempurna untuk digunakan sebelum memulakan tugas.
     

  5. Sentiasa memelihara/memastikan kesempurnaan dan kebersihan kenderaan-kenderaan Jabatan samada bagi kenderaan darat atau kenderaan laut.
     

  6. Membuat dan menghadapkan laporan dengan seberapa segera mengenai kerosakan ataupun tanda-  tanda kerosakan ke atas kenderaan-kenderaan Jabatan dengan seberapa segera kepada Ketua Bahagian.
     

  7. Memastikan kenderaan-kenderaan Jabatan adalah digunakan bagi urusan-urusan rasmi Jabatan sahaja.
     

  8. Sentiasa mencatatkan setiap perjalanan-perjalanan menggunakan kenderaan Jabatan ke dalam buku  catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  9. Sentiasa menggunakan buku khas bagi pengambilan minyak dan mencatatkan setiap pengambilan minyak bagi kenderaan-kenderaan Jabatan ke dalam buku catatan (LOG) yang telah dikhaskan.
     

  10. Membantu menguruskan kerja - kerja pemeliharaan / pembaikan kenderaan ke workshop / pengurusan penyambungan cukai jalan.
     

  11. Bersedia menerima arahan-arahan bertugas dari Pengarah, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Ketua Bahagian dari semasa ke semasa.

 

<< Atas     

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 16

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455

(BHGN. IKLAN)