IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 25 JUN 2008)

BILANGAN IKLAN: 23/2008/SPA/BMI/ 38(A)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

1.

PEGAWAI PENYELIDIK DAN PERKEMBANGAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

1 – 4

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN

SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

 

4.

 

PENGUASA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 (  $2,270 - $3,760 SEBULAN )

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

  

 

                                 

<< Kembali Ke Maklumat Semasa                            

 

 

 

 

 

1.

PEGAWAI PENYELIDIK DAN PERKEMBANGAN

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

B.3 (  $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a) i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan / Pentadbiran Awam atau bidang bersesuaian; atau

        kelulusan sebanding dalam bidang bersesuaian.    

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang

     dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah seperti di para a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan

     dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan atau Pentadbiran Awam.

 

c)   Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PENYELIDIK DAN PERKEMBANGAN:

 

  Membentuk  Ketua Bahagian Dasar dan Perancangan dalam penyelidikan dan perkembangan serta penelitian

  isu-isu, masalah-masalah serta cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor pengangkutan dan perhubungan

  dalam negeri, serantau dan antarabangsa seperti berikut:-

 

1. Membentuk dan meribiu hala tuju dasar dan strategi dalam bidang pengangkutan dan perhubungan

    ke arah mencapai visi Kementerian Perhubungan 2004.

 

2. Meneliti, merancang dan menilai pencapaian perlaksanaan program serta plan jangka pendek, sederhana

    dan panjang bagi merealisasikan visi dan hala tuju Kementerian Perhubungan.

 

3. Memberi cadangan-cadangan bagi penggubalan undang-undang dan peraturan-peraturan dan perhubungan

    untuk menjadi kompetitif.

 

4. Menganalisa, merancang dan mengenal pasti penglibatan perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi

   dalam perdagangan dan pasaran dan mencadangkan langkah-langkah bagi mempertingkatkan lagi

   penglibatan pengusaha tempatan dalam sektor pengangkutan dan perhubungan.

 

5. Menganalisa keupayaan Negara Brunei Darussalam dalam menyaingi negara-negara serantau dan antarabangsa

   demi memperkembangkan bidang pengangkutan dan perhubungan serta untuk merealisasikan visi hala

   tuju Kementerian Perhubungan.

 

6.  Memantau projek-projek Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan dibawahnya termasuk projek-

    projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN).

 

7.  Mengumpul data, menganalisa dan menyimpan dalam bentuk statistik dan kadar-kadar perkhidmatan.

 

8.  Menyelaras isu-isu Agenda Memorandum of Understanding ( MOU).

 

9.  Menyelaras penyediaan laporan Study Groups yang diteliti oleh jawatankuasa MoC Strategic Direction.

 

10. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.

 

  

<< Atas    

 

 

 

2.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)   i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pelancongan / Ekonomi / Pengurusan / Pentadbiran / Pemasaran; 

          atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.    

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian

    dalam bidang berkaitan dalam tanggagaji B.2 EB.3  tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan

    dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii) Bagi yang tidak mempunyai Ijazah seperti di para a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan

    sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.2 tidak

    kurang 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Mempunyai pengalaman dalam hal ehwal pengurusan pelancongan adalah kelebihan.

 

c)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN:

 

1.  Merangka, merancang dan menyelaras semua aktiviti-aktiviti pelancongan tempatan di kesemua daerah

     di Negara Brunei Darussalam.

 

2. Merancang dan memajukan pembangunan produk-produk industri pelancongan di peringkat perusahaan kecil

    dan sederhana (small and medium enterprises).

 

3. Menyediakan cadangan peruntukan Rancangan Kemajuan Negara dan juga peruntukan tahunan dan

   memantau program-program dan juga peruntukan tahunan dan memantau program-program pelancongan

   di dalam Rancangan Kemajuan Negara.

 

4.  Menyediakan memantau dan menganalisa perangkaan pelancongan.

 

5.  Menyelaras penyediaan Laporan Tahunan dan rancangan-rancangan umum mengenai pelancongan.

 

6.  Menyelaras penyertaan di mesyuarat-mesyuarat di luar negara seperti BIMP-EAGA, ASEAN, APEC, OIC,

    Commonwealth dan sebagainya dan memantau perkembangan projek-projek di bawahnya.

 

7. Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pejabat, Ketua Unit dan

    pegawai-pegawai atasan yang lain dari semasa ke semasa.

 

  

<< Atas    

 

 

 

3.

PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I

PUSAT PENGURUSAN BENCANA KEBANGSAAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

B.3 ( $3,880 - $4,240 SEBULAN )

 

 

 

   KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Bencana / Pentadbiran Awam / Kejuruteraan IT atau

         bidang bersesuaian; atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)  Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II atau jawatan bersesuaian

    dalam tanggagaji B.2 EB.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Bagi yang tidak mempunyai Ijazah seperti di para a) i) hendaklah berkhidmat dengan Kerajaan

    sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dalam tanggagaji B.2 tidak kurang dari 8 tahun dan

    telah ditetapkan dalam jawatan.

 

b)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS TINGKAT I DI PUSAT PENGURUSAN

   BENCANA KEBANGSAAN:

 

1. Membantu, memastikan fungsi Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (PPBK) dilaksanakan dengan berkualiti

    dan sempurna selaras dengan Perintah Pengurusan Bencana, 2006.

 

2. Merancang, membentuk dan melaksanakan program-program PPBK yang mengikut kehendak semasa

    serta mendokong peranan dan hasrat PPBK.

 

3. Membantu Pengarah PPBK dalam perlaksanaan, penyelarasan peranan serta hal ehwal pentadbiran dan

    kewangan PPBK.

 

4. Membantu Pengarah PPBK dalam membentuk dasar dan polisi PPBK bagi memantapkan keupayaan PPBK

    serta penyelarasan SOPs, Pelan Kontingensi dan penghasilan Joint Emergency Operation (JOE) Plan.

 

5. Membantu Pengarah PPBK dalam memantapkan hubungan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan

    (Focal Points) nasional, serantau dan antarabangsa.

 

6.  Membantu Pengarah PPBK (selaku Urusetia kepada Majlis Bencana Kebangsaan) dalam mengetuai PPBK.

 

 

 

<< Atas    

 

 

 

4.

PENGUASA

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

B.2 (  $2,270 - $3,760 SEBULAN )

 

 

 

  KELAYAKAN MINIMUM: 

 

a)  i)  Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam / Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan

         Struktural / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)    BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) dalam bidang Kejuruteraan Awam /

       Kejuruteraan Bangunan / Kejuruteraan Struktural / Kejuruteraan Mekanikal / Ukur Bahan atau

       kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta berkhidmat dengan Kerajaan dalam

       jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

ATAU

 

iii)  Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan berkaitan dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun.

 

b)  Calon-calon yang telah mengikuti serta lulus dengan kepujian kursus-kursus dalam bidang teknikal yang

      berkaitan yang dianjurkan atau diakui oleh Jabatan Kerja Raya adalah kelebihan.

 

c)  Tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh 3 tahun kebelakangan. 

 

 

  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB  PENGUASA:

 

1.  Bertanggungjawab kepada Ketua Unit, Jurutera, Arkitek dan Juruukur Bahan.

 

2.  Mengetuai kumpulan pengawasan dalam kerja-kerja pemeliharaan bangunan.

 

3.  Memeriksa dan membuat laporan aduan kerosakan dan menyukat kerja bagi keperluan pemeliharaan bangunan.

 

4.  Membantu dalam penyediaan dokumen sebutharga dan tawaran.

 

5.  Membantu dalam pengurusan hal-hal kontrak.

 

6.  Membantu dalam meneliti dan mengesahkan tuntutan dan pembayaran.

 

7. Ikut menghadiri dan menyelaras mana-mana kerja Unit Pemeliharaan Istana pada mesyuarat bersama

    Unit-Unit, Jabatan-Jabatan, pihak Pelanggan, Kontraktor-Kontraktor dan Specialist yang berkenaan.

 

8. Membantu dalam pemantauan kemajuan kerja dan cost control pada projek-projek pemeliharaan

    bangunan-bangunan.

 

9.  Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Unit dan pihak atasan.

 

 

<< Atas      

 

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG
BAGI BILANGAN
1 HINGGA 4:

 

PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
BANGUNAN SPA,
LAPANGAN TERBANG LAMA, BERAKAS BB3510
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
TEL NO : 2381961 / 2383455
(BHG. IKLAN)