IKLAN JAWATAN-JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM

    DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM               

(TARIKH TUTUP : 2 JULAI 2007)

BILANGAN IKLAN:  35/2007/SPA/BMI/ 38 (A) (SPA/BMI)

 

 

 

NO

NAMA JAWATAN

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN

 

 1.

 PENGURUS SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

ATAU

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

 

 

 

 

 

 

1  HINGGA 8

&

CARA PERMOHONAN

 

 

 

 2.

 TIMBALAN PENGAWAL STOR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA,

KEMENTERIAN KEWANGAN,

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

 

 3.

 PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERBIDANAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH,

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
M.12 ($2,840 -$3,700 SEBULAN) ATAU M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)                                                    

 

 4.

 PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERUBATAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH,

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.12 ($2,840 -$3,700 SEBULAN) ATAU M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)

 

 5.

 SETIAUSAHA SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

BW1 ($1,880 - $2,750 SEBULAN) ATAU BW2 ($2,880 - $ $3,100 SEBULAN)

 

 6.

 PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,28O - $2,270 SEBULAN)

 

 7.

 TUKANG KAYU TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 8.

 

JURTEKNIK LAMPU

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

 

 

                                      

<< Kembali Ke Maklumat Semasa

 

 

1.

PENGURUS SISTEM

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

KUMPULAN 2 ($5,400 SEBULAN)

ATAU

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

 

           

           

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 2: 

 

a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan hal ehwal

                  Komputer.   

 

                  Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)     Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pengurus Sistem dalam tanggagaji Kumpulan 3 tidak kurang dari 3 tahun atau sebagai Penganalisa

        Sistem Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI KUMPULAN 3: 

 

a)      i)       Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer / Sistem  Maklumat / Kejuruteraan Elektronik atau bidang berkaitan dengan

                  hal ehwal Komputer.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

ii)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Penganalisa Sistem Kanan dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 4 tahun dan telah  ditetapkan           dalam jawatan.

 

b)        Hendaklah terlebih dahulu menyediakan dua (2) kertas kerja yang asli (original) yang memuaskan pihak panel penilaian, berkaitan dengan

           tugas pegawai tersebut, dalam dua (2) daripada bidang-bidang berikut satu penilaian kenaikan pangkat:

 

i)                   Kertas Pembaharuan Perkhidmatan Awam

ii)                  Kertas Kedudukan Pendirian Negara bagi mesyuarat di luar negeri

iii)                 Kertas Penggubalan / Penelitian Dasar

iv)                 Laporan Tahunan Jabatan

v)                  Penyediaan Peruntukan Jabatan

vi)                 Kertas Kerja yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing

 

Kertas kerja yang telah disediakan hendaklah disahkan terlebih dahulu oleh Setiausaha Tetap/Ketua Jabatan masing-masing sebelum dihadapkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

 

c)         Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

           

i)               Peperiksaan Jabatan (jika ada)

ii)              Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan  Perkhidmatan

iii)             Peraturan-Peraturan Kewangan

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan juga perkara-perkara di bawah ini:

 

  1. Memantau/memastikan kualiti dan prestasi pengurusan fungsi dan perkhidmatan Teknologi Maklumat dijalankan dengan jujur, cekap, amanah dan sempurna mengikuti dasar dan amalan baik.

 

  1. Mengurus perancangan, pembentukan dan perlaksanaan program-program teknologi maklumat yang inovatif yang sejajar dengan menjurus serta menyumbang kepada pencapaian wawasan, misi dan matlamat Jabatan Teknologi Maklmuat dan Stor Negara.

 

  1. Mengetuai/mengurus fungsi dan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab Pusat tersebut.

 

  1. Tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) bagi mengetuai/mengurus fungsi dan perkhidmatan Pusat Teknologi Maklumat meliputi perkara-perkara utama seperti berikut:

 

i)   Mengurus Customer Relationship Management yang meliputi          perkhidmatan   Call Center, Helpdesk, Service Level,  User  

     System Requirements Appraisal dan lain-lain perkhidmatan  yang berkaitan     dengannya.

 

ii)   Mengurus Infostruktur yang meliputi pembangunan, perkembangan pemeliharaan sistem-sistem applikasi utama dan kandungan-

      kandungan sistem informasi lain-lainnya.

 

iii)    Mengurus Infrastruktur yang meliputi pembangunan dan pengendalian prasarana rangkaian, 24 x 7 Operation Systems Administration, 

        Networks and Facilities.

 

 

  

<< Atas

 

2.

TIMBALAN PENGAWAL STOR

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN STOR NEGARA,

KEMENTERIAN KEWANGAN

KUMPULAN 3 ($4,750 SEBULAN)

 

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:

 

a)        i)   Ijazah Sarjana Muda dalam bidang  Perdagangan / Perniagaan / Perbankan / Ekonomi / Perakaunan / Kewangan / Perbekalan atau

               Teknologi Infokomunikasi, atau kelulusan Professional seperti Chartered Institute Purchasing And Supply / Institute of Chartered Accountants

               and Institute of Chartered Secretaries.

 

Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

b)         i)          Berkhidmat di Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 4 tahun.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji B.3 tidak kurang dari 5 tahun.

 

c)         Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan baik merupakan keutamaan.

 

d)         Mempunyai pengalaman praktikal dalam :

           

            i)          mengetuai Bahagian Perkhidmatan - Perkhidmatan Stor.

ii)         Pengurusan Perkhidmatan-Perkhidmatan Stor, Pembelian dan Perbekalan barangan.

iii)        dasar dan peraturan Kerajaan dalam bidang pejabat, kakitangan, kewangan dan stor.

 

e)         Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam:

 

            i.          Peperiksaan Jabatan (jika ada)

            ii.         Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

            iii.        Peraturan–Peraturan Kewangan

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Bertanggungjawab kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) dan juga perkara-perkara di bawah ini:

 

1.        Mengetuai dan mengurus Divisyen perkhidmatan-perkhidmatan Stor yang diarahkan oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara

           (atau   wakilnya).

 

2.        Memantau dan memastikan kualiti dan prestasi pelaksanaan penggunaan Divisyen berkenaan dijalankan dengan amanah, sempurna dan selaras dengan peraturan, dasar, kaedah dan kehendak Jabatan dan Kerajaan termasuk pelaksanaan rancangan-rancangan dan pengurusan sumber-sumber Divisyen berkenaan.

 

3.        Menganalisa masalah dan keperluan Divisyen berkenaan, menyelaras dan mengendali tindakan-tindakan yang perlu diambil mengenainya mengikut bidang kuasa diberikan. Jika perlu mengemukakan sokongan kepada Pengarah Teknologi Maklumat dan Stor Negara (atau wakilnya) untuk kebenaran.

 

4.         Mengkaji dan membuat sokongan pembaikan yang innovatif terhadap sistem-sistem, proses-proses dan struktur yang sedia ada yang boleh membantu Jabatan Teknologi Maklumat dan Stor Negara mencapai misi, matlamat dan objektif-objektifnya.

 

5.        Memudahkan dan mengetuai kumpulan (teams dan task force) yang mengkaji proses re-engineering dan sistem-sistem kualiti melibatkan perkhidmatan-perkhidmatan Stor.

 

 

 

 

 

<< Atas

 

3.

PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERBIDANAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH,

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.12 ($2,840 -$3,700 SEBULAN) ATAU M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)                                                     

 

KELAYAKAN MINIMUM:          

 

a)        i)       Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.

 

ii)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Perbidanan atau bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

b)        i)        Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.

 

ii)         Diploma lanjutan dalam bidang Pentadbiran Kejururawatan atau bidang berkaitan.

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan) atau jawatan sebanding tidak kurang dari 7 tahun.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.          Menjalankan sebarang arahan Pengetua Pegawai Jururawat (Pendidikan) dalam mengendalikan Pentadbiran di Bahagian Latihan Perbidanan.

 

2.          Mengajar dan menilai pelajar-pelajar jururawat di bidang teori dan amali.

 

3.          Bertanggungjawab kepada Pengetua Pegawai Jururawat (Pendidikan) dalam cadangan, perkembangan dan penyelesaian masalah yang dihadapi.

 

4.          Mengawasi dasar-dasar kejururawatan dan tatacara perawatan dijalankan dengan teratur.

 

5.          Merancang dan mengatur penempatan bidan pelatih dalam semua peringkat di wad-wad dan lain-lain bahagian di hospital dan bahagian kesihatan

             di mana perkhidmatan bidan-bidan pelatih diperlukan.

 

6.          Bersedia menjadi Penasihat, Kaunselor dan Pegawai Perhubungan di antara Jururawat dan pegawai-pegawai kanan hospital yang lain jika diperlukan.

 

7.          Berkerjasama dengan Pegawai Jururawat Kanan (Perubatan)/Pegawai Jururawat Kanan (Kesihatan) untuk menyalurkan penempatan yang

             bersesuaian  kepada bidan pelatih untuk pengalaman semasa mengikuti kursus.

  

8.          Bersedia menjadi Pengerusi dalam perjumpaan Jururawat-Jururawat.

 

9.          Menyediakan dan menghadapkan penilaian prestasi pegawai-pegawai di bawah jagaanya.

 

 

<< Atas

 

4.

PEGAWAI JURURAWAT KANAN (PENDIDIKAN PERUBATAN)

MAKTAB JURURAWAT PENGIRAN ANAK PUTERI RASHIDAH SA`ADATUL BOLKIAH,

JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

M.12 ($2,840 -$3,700 SEBULAN) ATAU M.13-14 EB.15 ($2,300-$4,220 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:          

 

a)        i)        Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.

 

ii)         Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Kejururawatan atau  bidang berkaitan, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan)  atau jawatan sebanding tidak kurang dari 5 tahun.

 

ATAU

 

b)        i)       Sijil Jururawat Am dan berdaftar sebagai “State Registered Nurse” dari Lembaga Kejururawatan Brunei (Brunei Nursing Board) atau Badan Professional yang diiktiraf.

 

            ii)         Diploma lanjutan dalam bidang Pendidikan Kejururawatan atau bidang berkaitan.

 

iii)        Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Pegawai Jururawat (Pendidikan)   atau jawatan sebanding tidak kurang dari 7 tahun.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Menjalankan sebarang arahan Pengetua, Timbalan Pengetua (Akademik atau Pentadbiran) di dalam mengendalikan penyelarasan program-program pendidikan kejururawatan.

 

2.          Mengajar dan menilai pelajar-pelajar jururawat di bidang teori dan amali.

 

3.         Bertanggungjawab kepada Pengetua, Timbalan Pengetua (Akademik atau Pentadbiran) mengenai dengan perkembangan dan kemajuan pelajar-pelajar.

 

4.          Mengawasi dasar-dasar pendidikan asas dan lanjutan kejururawatan dan tatacara perawatan dijalankan dengan teratur.

 

5.         Merancang dan mengatur penempatan pelajar-pelajar dalam semua peringkat di wad-wad dan lain-lain bahagian di hospital dan bahagian kesihatan untuk mendapatkan pengalaman amali.

 

6.        Bersedia menjadi Penasihat, Kaunselar dan Pegawai Perhubungan di antara Jururawat dan pegawai-pegawai kanan hospital yang lain jika di perlukan.

 

7.         Berkerjasama dengan Pegawai dan Tenaga Pengajar untuk mengaturkan penempatan yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar untuk pengalaman semasa mengikuti kursus.

 

8.         Bersedia menjadi Pengerusi dalam perjumpaan pegawai dan tenaga pengajar yang lain.

 

9.         Menyediakan dan menghadapkan penilaian prestasi pegawai-pegawai di bawah jagaannya.

 

 

  

<< Atas

 

 

 

5.

SETIAUSAHA SULIT

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

BW1 ($1,880 - $2,750 SEBULAN) ATAU BW2 ($2,880 - $ $3,100 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW1:        

 

a)            i)       Private Secretary’s Diploma atau Certificate yang sebanding.

 

                                                            DAN

 

ii)      Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 5 tahun.

 

                                                          ATAU

 

b)          i)   Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 7 tahun.

 

                                                          DAN

 

        ii)      Sijil Trengkas dengan kepantasan 110 p.s.m dan Sijil Menaip dengan kepantasan 50 p.s.m atau Sijil Trengkas dan Menaip di Peringkat Tertinggi

                yang di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Brunei dan lain-lain Lembaga Peperiksaan.

 

                                                         ATAU

 

     c)             Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Kerani Sulit tidak kurang dari 10 tahun.

 

 

K KELAYAKAN MINIMUM BAGI TANGGAGAJI BW2:       

 

a)               Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Setiausaha Sulit dalam tanggagaji BW1 tidak kurang  dari 10 tahun.

 

Peperiksaan, latihan/kursus, tempoh percubaan dan penetapan jawatan serta syarat-syarat am adalah seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tanggagaji dan Syarat-Syarat Perkhidmatan pada 01 Februari, 1996.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

Pada umumnya tugas-tugas dan tanggungjawab jawatan-jawatan dalam perkhidmatan ini ialah tugas-tugas yang berkaitan dengan kesetiausahaan dan kerja-kerja sulit termasuk kerja-kerja menaip.

 

 

                                                                                                                                                                                                         << Atas

 

 

 

6.

PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT II

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

C.1-2 EB.3 ($1,28O - $2,270 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:          

 

a)         i)      BDTVEC/BTEC Diploma Kebangsaan Peringkat Biasa (ND) dalam bidang Perakaunan / Kewangan / Ekonomi / Pengurusan atau bidang bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang-bidang yang sama serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan dengan bidang perakaunan dan/atau kewangan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 3 tahun.

 

                        Kelulusan lebih tinggi atau pengalaman dalam bidang perakaunan dan/atau kewangan adalah kelebihan.

 

ATAU

 

ii)         Berkhidmat di Jabatan Perbendaharaan sebagai Kerani Kewangan dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 5 tahun dan telah  ditetapkan dalam jawatan.  

 

ATAU

           

                  iii)       Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang berkaitan dengan bidang perakaunan atau kewangan dalam tanggagaji D.1  

                       tidak kurang   dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

1.         Memproses serta membuat kerja-kerja pejabat seperti persuratan, book keeping, pinjaman, baksis, gaji, bonus, percukaian, tambahan, pembayaran, pertanyaan audit pendaftaran, failing dispatching dan lain-lain hal mengikut Peraturan Kewangan dan lain-lain peraturan.

 

2.        Bersama-sama dengan Penolong Pegawai Kewangan Tingkat I, bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja dan disiplin Kerani Kewangan dan Pelayan-Pelayan.

 

3.         Tugas-tugas adalah mengikut arahan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

 

 

7.

TUKANG KAYU TINGKAT KHAS

JABATAN-JABATAN KERAJAAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN

 

 

KELAYAKAN MINIMUM:          

 

a)      i)             4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge   Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

                                                                  ATAU

 

ii)             BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang   Pertukangan Kayu (Carpentary) atau bidang   bersesuaian, atau kelulusan sebanding dalam bidang yang sama.

                        

               Kelulusan lebih tinggi dalam bidang sama adalah kelebihan.

 

                                                                                       ATAU

 

 iii)          Berkhidmat dengan Kerajaan sebagai Tukang Kayu atau jawatan berkaitan dalam tanggagaji Bahagian V tidak kurang dari 7 

              tahun. 

 

 

b)      Cekap dalam menggunakan perkakas tukang kayu yang biasa termasuk alat-alat yang menggunakan tenaga elektrik.

     

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

  1. Membuat jadual kerja-kerja harian tukang kayu dan laporan mingguan kepada pengawas Tukang Kayu.

 

  1. Bertanggungjawab sebagai ketua kumpulan tukang kayu.

 

  1. Mempastikan perlaksanaan tugas tukang kayu mengikut arahan, diusahakan dengan selamat dan sempurna serta mengikut masa yang ditetapkan.

 

  1. Mempastikan semua peralatan dan kelengkapan tukang kayu mencukupi dalam simpanan dan berkeadaan / berfungsi dengan baik.

 

  1. Bersedia melaksanakan tugas tukang kayu dibahagian kawasan pendalaman.

 

  1. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah / Penolong Pengarah dan Ketua Bahagian.

 

 

                                                                                                                                                                                                         << Atas

 

 

 

8.

JURTEKNIK LAMPU

JABATAN LAUT

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

D.2 EB.3-4 ($650 - $1,465 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM:          

 

a)         i)          4 Kepujian/Kredit mata pelajaran Sijil Am Pelajaran Brunei-Cambridge   Peringkat Biasa atau kelulusan sebanding.

 

                                                                        ATAU

 

ii)         BDTVEC/BTEC National Trade Certificate Grade 2 (NTC2) dalam bidang Elektrik atau bidang bersesuaian, atau kelulusan  

            sebanding dalam bidang yang sama.

 

iii)        Pemohon-pemohon mestilah pernah menjalani latihan perantis letrik dan mempunyai pengalaman dalam bidang Elektrikal.

           

                      Mempunyai pengalaman di dalam kerja-kerja membaiki dan menyelanggara lampu-lampu pelayaran laut dan komponen elektronik

                      adalah   kelebihan.

 

                                                                        ATAU

 

b)         i)      Berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam     tanggagaji E.1 tidak kurang dari 7 tahun dan telah  ditetapkan dalam jawatan.

 

            ii)     Pernah menjalankan tugas Juruteknik Lampu dan berpengalaman dalam kerja-kerja membaiki dan menyediakan kertas kerja adalah kelebihan.

 

c)         Boleh menggunakan komputer dan bertutur serta menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

           

d)         Pemohon-pemohon yang dikehendaki adalah terdiri dari lelaki sahaja.

 

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 

 

           Menyelanggara, memelihara lampu pelayaran laut yang menggunakan kuasa bateri atau letrik yang dipasang di lampu-lampu pancang laut dan menara-menara serta boya-boya lampu laut. Membuat lain-lain tugas am pemasangan-pemasangan kuasa letrik di darat dan di kapal-kapal apabila dikehendaki.

 

 

                                                                                                                                                                                                     << Atas

 

 

 

TEMPAT MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BAGI

BILANGAN 1 HINGGA 8:

 

 

 PENYAMBUT TETAMU TINGKAT 1

PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

BANGUNAN SPA, LAPANGAN TERBANG LAMA

BERAKAS BB3510

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TEL NO: 2381961/2383455